Akhirnya bermula juga kelas harini. Tapi tiada apa sangat pun. Dan Fakhrul dilantik oleh puan sya untuk menjadi ketua kelas Web Development. Bkn ketua kelas untuk semua tapi hanya untuk kelas tu saja. Biarpun terasa berat untuk diterima tapi akhirnya terpaksa diterima juga dan mencuba untuk buat yang terbaik. Kelas pun dok tgk mmg akan pack dah lepas ni. Pkul 4-5ptg baru habis. Dan semester ini juga antara semester yang kalau ditengok kembali agak susah juga. Banyak subjek2 yang memerlukan tumpuan sepenuhnya. Tak boleh main lagi. Tapi dalam satu dua subjek sudah di setkan dan target sekurangnya A atau A-. Pada semester ini juga akan dibuat lagi Karnival ICT. Insyallah, Akan mencuba buat kerja dengan sebetulnya tidak seperti tahun lepas terpaksa tangguh dan buat kerja pun sikit ja. Pada semester ini juga akan ada lawatan kelas memandangkan semester akhir. Banyak tempat yang difikirkan hendak pergi. Tapi serahkan sajalah pada depa. Biarlah depa uruskan kesemuanya. Kecuali kalau ada minta pertolongan apa-apa insyallah Fakhrul akan tolong.
Dalam dok tgk harini balik ke rumah jugak. Baru saja masuk ke dalam poli semalam. Malam ni tidoq rumah balik. Ahaks.. Mmg takleh nak kata apa lah. dah biasa dengan mcm ni dari semester 1 lagi. Tadi pula ada terima email dari seorang kawan. Katanya akan ada perjumpaan traders – traders satu asia. Mungkin juga antara dunia akan turun. Bertempat di KL Convention Center. Namun jika difikirkan pada bulan tiga juga ada cuti daripada poli mungkin selama seminggu atau dua minggu. Tgklah. Masa masih ada lagi. Kalau rasa perlu akan Fakhrul sampai juga di situ. Boleh bertukar – tukar pendapat.

