Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Seminggu.. Dua Minggu

Add comments

Tiada apa sangat. Cuma taktau nak tulis tajuk apa. Tiada masa untuk online dan meninggalkan sedikit coretan di sini. Lagipun ni pun selepas pertanyaan dua orang member lama iaitu Fathudin dan Nasser. Semester pun dah bermula. Memang kalut dengan pelajaran. Mungkin pada lepas ini pun susah juga nak tgk online.. Hujung minggu pun mmg takda dkt perlis. Dah ber minggu berturut-turut keluar dari perlis pada hujung minggu. Pada hari raya cina berada di Manjung, Genting Highland, dan Kuala Lumpur. Pada hujung minggu haritu berada di Terengganu dan baru – baru ni berada di Ipoh dan KL. Banyak coretan jika hendak menulis. Takpa. Pelan – pelan buat.

Ok. Semasa di dalam alam Poli banyak sibuknya. Kadang – kadang boleh kata sampai takda masa dan terlupa apa yg perlu dibuat. Kalau kata nak sibuk dengan assingment dan final projek yang menimpa nimpa tak tentu hala memang ya. Begitu juga dengan masa la ni. Bermain game sudah menjadi ketagihan kembali. Setelah sekian lama meninggalkan arena game maka start masuk balik sudah mula bermain balik. Boleh kata tiap2 hari tidoq lewat. Assingment pun selalu tolak ketepi dulu. Apa2 pun gameee saja. Dan dengan adanya Grafik Card yang terbaru menyemarakan lagi dunia game pada masa kini. Ketika di poli juga kad matrik Fakhrul ditahan. Dan selepas di selidik antara tindakan yang boleh diambil ialah ditahan pengajian di poli. Apa-apa pun dah settle menda tu. Nasib baik. Namun ia tidak berakhiran di situ saja. Mungkin selepas ini boleh lagi dikenakan tindakan memandangkan memang rasa malas dah sangat.

Pada Cuti Hari Raya Cina yang lepas Fakhrul bersama miown memulakan perjalanan ke ipoh untuk mengambil Numan dan meneruskan perjalanan ke manjung. Selepas tiba di manjung di rumah os dan kb untuk rehat dan makan kami berlima bertolak ke kuala lumpur dengan hasrat untuk menghabiskan cuti di masa lapang di samping menggunkan duit keuntungan daripada forex. Aktiviti yg dilakukan ialah menghabiskan seharian masa di Genting Highland. Walaupun sampai ke malam tapi akhirnya kami berlima+pandey amat puas menghabiskan sisa-sisa bermain di atas sana. Boleh dikatakan semua permainan di main dan pelbagai ragam dapat di lihat ketika berada di atas sana. Biarpun pada sebelah malamnya hujan membantutkan usaha untuk turun namun kami sempat lagi bersiar – siar mencari wireless untuk saja nak usha bilik di atas itu dengan kemudahan card e-genting. Pengalaman berjumpa dengan orang perlis yg bekerja sebagai agensi perlancongan juga tidak dapat dilupakan. Kb, own dan os kusyuk mendengar. Biarpun pada ketika itu tiada apa yang hendak dibuat namun dengar sahaja. Banyak pengalaman yang di ceritakan kepada kami semua.

Pada keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke sunway piramid untuk bermain ice skating. Amat menarik dan menyeronokan sekali. Selepas itu kami semua ke Mid Valley untuk bermain bowling dan bersiar – siar sebentar. Banyak perkara yang dibincangkan semasa di dalam kereta. Selepas itu bersiar-siar sebentar di bandar Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya kami makan malam dan pulang ke Pandan Indah untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Perlis. Di dalam perjalanan pulang kami singgah di Bukit Gantang untuk makan durian. Amat menyelerakan. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Perlis dipandu oleh saudara Nu’man.

Tu saja. Selepas tu hari hari lain berjalan seperti biasa ketika berada di politeknik. Pada hujung minggu tu juga Fakhrul keluar lagi sekali untuk ke Terengganu. Sempat juga bersiar-siar di Terengganu dan berjumpa saudara mara di situ. Ketika di dalam gerik akhirnya Fakhrul tumpas jua ketika dalam pendakian dengan Alphard. Pada sebelah malamnya Fakhrul kembali ke politeknik. Penghujung minggu yg lepas juga menyaksikan Fakhrul keluar lagi daripada perlis. Ketika di dalam perjalanan untuk pulang ke poli tiba-tiba cancel pula. Mula2 ingat nak patah balik. Tapi alang-alang dah dok atas highway baik teruskan. Lagipun ikut pepatah seorang kawan ketika hendak memasuki highway iaitu no turning back. Jadi pada permulannya destinasi tujuan pertama ke Ipoh. Alhamdulillah. Akhrinya sampai juga ke Ipoh disambut oleh ganu, seorang member man. Selepas menunggu man yg ke rumah member dia sempat juga bersembang dengan member dia yang lain. Selepas itu Fakhrul dibawa ke rumah member man memandangkan dia nak study. Jadi sembang punya sembang sampai membawa Fakhrul ke alam tidur. Selepas dikejutkan Fakhrul pulang ke rumah Nu’man untuk tidur semula. Pada sebelah paginya, selepas bangun dari tidur perancangan pada ketika itu tiada lagi. Tapi apabila difikirkan Kuala Lumpur hanyalah tinggal lebih kurang 200km lagi. Jadi apa salahnya untuk terus pergi ke sana. Selepas menempuh perjalanan selama 2 jam setengah akhirnya Fakhrul sampai juga ke KL. Destinasi pertama yang ditujui ialah Plaza Lowyat untuk membeli barang komputer. Selepas berjalan di dalam Plaza LowYat. Fakhrul ditegur oleh seseorang. Rupanya ia adalah anak cikgu sabry.

Selepas bersembang dan dia menawarkan untuk tolong membeli barang di situ pada harga diskaun. Fakhrul membeli sebuah Grafik Kad ATI Radeon 4850 yang berharga RM580. Harga sebenar ialah RM589. Begitu juga dengan sebuah lagi PSU Cooler Master 500w dengan pada harga RM179. Selepas bersembang kembali dan akhirnya Fakhrul meminta diri untuk pergi ke Pandan Indah. Dan lagipun malas nak kacau dia. Tgk dia pun bz melayan customer ja. Jadi selepas tu calling Adam. Dikhabarkan mereka semua akan ke Cyberjaya. Jadi Fakhrul mengambil keputusan untuk terus ke rumah dan selepas meletakkan barang keluar untuk mencari makanan. Kemudian teringat kawan lama yg tak jumpa. Selepas tu membuat keputusan untuk berjumpa di The Pavillion memandangkan dia ada tugas di sekitar tu pada ketika itu. Jadi selepas lepak2 minum di situ Adam menyuruh balik. Jadi balik ke Pandan Indah dan berehat sebentar. Selepas makan malam Fakhrul meneruskan perjalanan untuk pulang ke Perlis. Memang tak caya. Kalau nak di-ikutkan sat ja mai. Tapi apa nak buat. Like Father like Son. Ayah pun mcm tu jugak. Pagi mai kl. Petang @ malam balik ke perlis. Drive plak tu. Ketika dalam perjalanan Fakhrul singgah di Ipoh sekali lagi untuk ke rumah Nu’man.

Hujung minggu ni? Entah.. Masih belum difikirkan lagi.. Tgk lah mcm mana nanti.

Life February 13th 2009

Leave a Reply