Heh.. Masa la ni Fakhrul sudah kembali kepada asalnya. Kegilaan untuk bermain game sudah kembali. Memandangkan sudah membeli grafik kad yang baru lagipun apa salahnya kalau test drive kan. Akhirnya puas jugak lah. Dah katam 2 game dah dalam masa 2 hari. Sehinggakan pada pukul 7 malam hari sabtu baru balik ke rumah. Dan di dalam kegilaan game juga banyak benda telah ditangguh. Time blajaq dalam kelas pun main-main banyak. Assingment telah la, pakai tak siap. Last2 minit baru buat. Tu pun sebelum pi ke kelas. Apa nak jadi taktau lah. Kalau nak dikira banyak lagi game yg menarik perhatian untuk dimain. Hemm.. Tgk lah. Hidup dah jadi tak menentu. Tadi sebelum balik juga moto terjatuh. Calar cover belakang dengan patah kacip clutch. Jadi clutch hanya tinggai separuh ja. Begitu juga dengan antara mud gad dengan aksober. Pecah… Dah la cover original. Hmm.. Moto pun nak kena servis pula… Carb teruk. Gear 6 mengalami masalah. Hmm.. Mcm2. Dalam keadaan la ni mcm2 jadi. Esok perancangan untuk ke big field bersama roomate. Katanya nak membeli barang. Takpa. Bawak jalah..
Life February 15th 2009
