Kekalutan ini berkisar mengenai campus life di PTSS.. Apa yg kalutnya? Ya, banyak yg kalutnya.. Mau kata bab final projek memang dok start buat sikit2 dah.. Mau tidak saheh takdan buat dah. Bulan tiga dah cuti dua minggu. So dah rugi dkt situ sket dah. Bulan 4 dah nak kna present dah sbb masuk ja bulan 5 Fakhrul akan menghadapi Final Exam. Selain final project, Fakhrul juga sibuk dengan tugasan yg diberikan oleh pensyarah untuk design dan buat pemplate dan kad undangan untuk Karnival ICT 2009. Walaupun pada tahun lepas Fakhrul tidak berkesempatan untuk join aktiviti Karnival ICT, namun kali ini insyallah. Mencuba yang terbaik. Begitu juga dengan kuiz dan assingment. Terlalu banyak. Dengan melukis lagi storyboard. Buat video lagi.. Letih tak terkata la.. Tiap2 malam memang tidur lewat tak sangga. Nak siapkan kerja pun banyak. Masa main game pun dah kurang. Cuma kadang2 peruntuk juga masa selama sejam @ dua untuk rest. Takleh nak straight.. Nanti dok atas katil tidoq la jawabnya.
New Gadget yang dikatakan itu adalah sebuah broadband celcom dengan pelan D98. Memandangkan di sini celcom menawarkan line 3.6Mbps. Jadi Fakhrul terus melanggan hanya talian manakala modem akan sampai 2 hari kerana membeli dari seorang kawan di internet. Ia lebih murah dari harga yang ditawarkan. Dengan ini mungkin akan memudahkan pencarian assingment dan maklumat – maklumat yang berkaitan. Dan memungkinkan Fakhrul kurang untuk pulang ke rumah pada sebelah petang selepas habis kelas kerana selalunya balik rumah pun main internet lebih kurang lagutu lah.. Mungkin ada tertanya sebab apa ambil 3.6Mbps? Oh ya, memandangkan celcom ada Fair Policy iaitu limited 5GB saja bandwith untuk bulanan. Dan selepas tu speed akan down sehingga 128Kbps untuk pelan D98 dan 64Kbps untuk pelan D68. Jadi kalau dah kena cut speed pun nanti still bleh surf dengan biasa lagi. Insyallah.. Mungkin juga lepas ni boleh main aktif berforex sedikit jika ada kelapangan masa. Insyallah.
Baru – baru ni juga Fakhrul dapat sebuah lagi projek untuk membina sebuah laman web Nutrimetics. Discussion dengan lecturer baru dijalankan samada boleh atau tak. Memandangkan Adam ada menanyakan projek. Jadi mungkin akan passing kepada dia lepas ni. Tu pun kalau dia berminat lah.
Masa pun dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Sambung buat kerja flash.. Masih ada yang tak siap.. Lalalala… Pergii.. Esok dah ada perjumpaan pulak awai2 pagi.. Nak buat apa tah.. Pastu kelas 3 jam praktikal.. Heuuu.. Ni pun penat letih petang tadi pun tak hilang lagi.. Menolong lecturer En Ariff untuk berpindah rumah. Berpeluang untuk membawa Toyota Altis!
