Dalam beberapa hari ni sedikit kalut. Sepertimana celcom broadband memang mengalami masalah dengan browser firefox bila tidak dapat publish dan save segala content yang telah ditaip.. Hujung minggu ni 2 orang kawan yang berada di perantauan balik. Man balik singgah di SP. Jadi alang-alang tu pi amek dia terus. Memandangkan takdak buat apa. Jadi dok sembang2 dengan member dia dah terus gegas pulang ke Perlis memandangkan sudah lewat malam. Ketika dalam perjalanan barulah Fakhrul faham situasi sebenar. Tapi biarlah. Numan bagitau dia dah settle perkara tu. Pada esoknya hari sabtu Fakhrul bangun dan terus bersiap ke poli. Kelihatan terdapat orang-orang yang mengadakan larian amal untuk Gaza. Takpa. Tunggulah malam 25hb nanti. Baju dah siap dah. Ahaks.. Lagipun larian amal ni pada mulanya menyaksikan pelajar tidak dibenarkan pulang di hujung minggu. Tapi setelah desakkan pelajar maka ia tidak diwajibkan. Untuk larian amal ini peserta perlu membayar sebanyak RM15. Akan diberi sehelai baju, derma dan apa tah satu lagi. Lagipun ia di buat oleh course DUP3. Heh..
Tapi Fakhrul tak mengambil bahagian dalam larian pun kerana pada awalnya ada perancangan lain bersama roomate. Pada mulanya untuk ke Alor Star. Tapi selepas ditolak tilik ketika berada di atas highway terus menerus ke Pulau Pinang. Dengan harapan untuk ke Bukit Bendera membawa depa yang tak penah sampai. Apabila sampai di Bukit Bendera kami ingin membeli tiket tapi malangnya kaunter sudah ditutup buat sementara waktu. Jadi kena tunggu setengah jam sebelum boleh beroperasi semula. Selepas tu terus kerabat Bukit Bendera. Ini adalah pengalaman kedua Fakhrul. Pada dulu hanyalah ketika kecil. Tu pun tak ingat apa dah. Lagipun time tu Ayah bekerja di Bukit Mertajam. Dan tak ingat sangat. Ketika berada di atas kami dikejutkan dengan kemalangan member di Jitra. Seorang luka dan seorang lagi kena jahit dekat lutut. Nasib baik takda pa. Jadi tole telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai ketua kelas untuk pergi mengambil mereka memandangkan pada masa tu Fakhrul sudah pun berada di dalam perjalanan ke puncak.
Selepas tu kami pergi ke Padang Kota Lama untuk pekena Pasemboq Padang Kota. Memandangkan 2 orang luar tu taktau apa tu pasemboq jadi bawak depa pi pekena. Pada mulanya Aiman takut kerana pedas yg amat. Tapi takdak pa pun. Hanya ketakutan lebih saja. haha. Selepas tu kami bergegas pulang ke poli dan singgah di Gurun untuk menunaikan solat maghrib. Lepas tu terus tekan sampai ke Poli.
Selepas habis tu Fakhrul terus ke Kangar untuk berjumpa Ayah dan kawan-kawan yg lain. Last sebelum pukul 12 terus pulang ke rumah untuk berehat. Esok dengar katanya Aiman hendak mengajak ke Alor Star. Nampaknya Fakhrul sudah mula susah untuk lekat di Perlis masa hujung minggu. Asyik keluar berjalan ja. Kata-kata Faiz ialah Fakhrul keluar Perlis bukan apa. Tapi “Membawa Hati Yang Lara”. Haih.. Jadi2 pait oih.. Bukan kehala dah tu. Haha..
Ketika ini masih terdapat lagi 9 Assingment masih belum disiapkan. Tujuh hendak minggu depan. Dan manakala minggu depan pula akan sibuk dengan Karnival ICT. Haduihh.. Memang terlalu sibuk. Lagipun kalini Poli membuat semester pendek. Tu yg jadi tak ketahuan tu. Karnival ICT juga menyaksikan kelas SIT4A tidak banyak kerja dan tugas yang diberi seperti tahun lepas. Ada khabar angin mengatakan ia kerana berkenaan dengan semester lepas. Entahlah. Biarlah mcm mana pun. Tapi yg Fakhrul tau Fakhrul diberi tugas untuk membuat pemplate. Dan pemplate telah pun siap. Dan menolong pait untuk mendesign Kad Jemputan. Minggu depan kalau nak ikut nak turun KL. Tapi memandangkan hari jumaat tu ada malam Gaza jadi mungkin terpaksa membatalkan saja hasrat tu.
