Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang.. Sesetengah orang ada kata,
“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”
Mcm tu juga seharian. Kadang – kadang hujan di tengah jalan. Rebah di situ. Alhamdulillah, cuba untuk bangun semula. Mencari yang hilang dalam kelam. Ketika di dalam penulisan entri ini Fakhrul berada di Shah Alam. Pada ketika ini Politeknik berada di dalam alam cuti selama seminggu.. Jadi hampir seminggu juga Fakhrul berada di Kuala Lumpur. Fakhrul bertolak dari Perlis pada Isnin petang untuk ke Kuala Lumpur. Dari perjalanan perlis berseorangan. Tetapi menunggu Fitri dan membernya di penang yang ingin menumpang ke Depoh Fru di Cheras. Jadi pada malam itu Fakhrul ke Cheras dahulu untuk menghantar mereka dan meneruskan perjalanan ke Shah Alam.
Fakhrul sampai tepat pukul 1.30 Pagi. Memandangkan kawan2 semua tiada di KL jadi Fakhrul menumpang di rumah kawan yang berada di Seksyen 19, Komuter Raya. Kedatangan Fakhrul ke Kuala Lumpur mempunyai banyak urusan dan matlamat yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah selesai sudah selepas selama beberapa hari berada di sini. Pada esok petang Fakhrul akan bertolak untuk pulang ke Perlis. Di kesempatan cuti ini juga Fakhrul sempat keluar bersama classmate yang berada sekitar Pahang dan KL. Pada hari ini cadangan Fakhrul adalah untuk ke Melaka. Tapi di pertengahan jalan semasa sebelum sampai junction nilai & bangi Fakhrul rasakan seperti sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku ketika di atas highway seremban. Jadi Fakhrul patah balik ke Kuala Lumpur. Selepas memikirkan tiada apa hendak dibuat, Fakhrul meneruskan perjalanan untuk menaiki Genting Highland. Pada awalnya cuaca nampak elok. Tapi Langit tak semestinya cerah. Selepas itu hujan mula turun. Alhamdulillah Fakhrul dapat sampai ke puncak dengan selamat. Fakhrul juga bernasib baik kerana dapat tempat parking yang hanya 70m daripada outdoor park. Selepas mengunci kereta ada seorang lelaki cina menegur Fakhrul. Dia menanyakan samada Fakhrul ini anak Aziz @ tak. Jadi Fakhrul mengatakan YA. Selepas bersembang rupanya Ayah pernah menolong dia di tengah highway satu ketika dahulu ketika keretanya mengalami masalah. Katanya dia masih cam no plate kereta civic itu. Selepas bersembang beliau juga mempunyai banyak perniagaan pada masa sekarang. Dan dengan lantas itu Fakhrul menghulurkan business card kepadanya. Dia kata kalau ada apa2 projek nanti dia akan kontek Fakhrul. Jadi tak sia2 juga krabat tinggi2 ni. Ada jgak kenai.
Selepas itu Fakhrul bersiar2 sekitar tempat mesin slot dan bermain game di situ. Ketika hendak bermain game motor ada seseorang menegur Fakhrul. Pada mulanya tak lah kenai sangat. Tapi selepas ditegur barulah ingat. Beliau merupakan kawan baik semasa darjah 1 dan dua dahulu. Cuma lepas tu ja dia pindah. Katanya muka Fakhrul taklah berubah banyak mana. Heh. Patutlah mamat ni senang nak cam. Mcm tu katanya. Aiseh.. Jd selepas bersembang dan bertukar maklumat beliau meminta diri untuk beredar memandangkan beliau hendak ke Genting Sky Way. Jadi pada kali ini sudah 2 orang menegur Fakhrul. Ingatkan takda orang dah yang kenal. Selepas tu Fakhrul mengambil keputusan untuk makan sebentar di sebuah fast food rest. Selepas itu Fakhrul bersiar-siar di dalam outdoor theme park. Jam dah hampir ke petang. Jadi Fakhrul mengambil keputusan untuk terus pulang. Lagipun hujan masih renyai renyai yang mengakibatkan trek perjalanan untuk pulang ke KL menjadi basah. Tetapi Fakhrul berbangga dengan tayar Turanza. Tiada masalah untuk corner. Ketika dalam penurunan ini pula tiba2 lagu soundtrack Initial D muncul di corong speaker. Menyemarakan lagi pembawakan kereta pada masa itu. Selepas itu Fakhrul menuju ke Imbi. Di situ Fakhrul ke Berjaya Times Square. Selepas pusing ternampak akan GSC. Jadi menonton cerita Wich to the mountain. Tgk sorang naa.. Takda orang lain pun. Selepas tu Fakhrul bergegas pulang ke Shah Alam dan berada di depan laptop ni.. Fuhhh.. Hari yang letih….
p/s: Someone is Happy


