Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Kesibukkan?

Add comments

Jam dah menunjukkan tepat pukul 3.51 pagi pada mula post ini ditaip. Dalam beberapa minggu ni memang ada ingatan dan harapan untuk menaip serba sedikit di blog ini tapi apakan daya. Tiada masa yang terlalu panjang untuk dihabiskan di blog ini. Pada 2 post yg lepas dibuat lirik lagu dan mp3 untuk budak2 aras 5. Pada mulanya ingin juga menyelitkan sedikit posting pantas. Tapi tidak sempat di situ memandangkan time tu ada yang dah pukul 5 pagi. Terlewatkan sudah. Ahaks.

Pada minggu kali ini nampaknya Fakhrul berada di perlis dan luar perlis jugak. Kemana Fakhrul pergi? Biarlah, kawan-kawan pun dah tau byk dah. Pada yang lepas juga memang keluar dari perlis. Dan akan datang pada cuti semester yang hanya seminggu sahaja. Pada asalnya dua minggu. Tapi pekeliling baru dikeluarkan oleh KTPM dan menyatakan bahawa cuti dipendekkan kepada seminggu. Aduss.. Tiada masa nampaknya nanti. Lagipun banyak yang nak kena di selesaikan dengan Assingment dah Final Project. Begitu juga dengan kuiz dan ujian yang akan menyusul selepas ini. Pada isnin cuti nanti Fakhrul akan ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan sedikit urusan perniagaan dan pergi ke putrajaya untuk mengambil kembali sijil SPM memandangkan sudah hilang di dalam jagaan. Entah kemana diletakkan dahulu. Tiada di dalam fail sijil-sijil. Mengenai dengan projek ya, Alhamdulillah ada juga satu dua tender yang akan dimasuk beberapa hari saja lagi. Begitu juga dengan forex. Sudah start bermain akaun untuk kawan – kawan dan hasilnya profit memanjang. Memang ada lost. Tapi profit mengatasi lost itu. Alhamdulillah. Murah rezeki. Berdasarkan ayat untuk Fakhrul, Fakhrul hendak menafkahkan harta ke Jalan Allah ( Surah Al-Baqarah ). Insyallah. Nanti akan dikeluarkan yang sepatutnya dan menafkahkan ke Jalan Allah.

Beberapa minggu yang lepas juga Fakhrul telah mengikuti rombongan kelas untuk ke Air Panas Lenggong, Baling pada hujung minggu. Ia amat menyeronokkan walaupun bermotosikal. Dengan ini mengeratkan kembali hubungan dan lagipun selepas habis ni mungkin susah dah nak jumpa. Selepas bermandi manda kami balik ke Jeniang untuk tidur dan rehat sebentar di rumah hadie. Selepas tu memulakan perjalanan pulang ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin beramai – ramai. Ternyata ketika di dalam pertengahan jalan kami dipintas oleh bas Politeknik dan aksi ligan meligan dilakukan tapi itu hanya sementara sahaja memandangkan terdapat dua buah motosikal EX5 yang memungkinkan mereka akan ketinggalaan jauh.

Bil Celcom broadband juga sudah sampai. Nampaknya sudah hampir sebulan Fakhrul menggunakan broadband. Cepat masa berlalu begitu sahaja.

Masa dah pukul 4 lebih. Perlu tidur untuk rehat ke kelas sebentar lagi.

Life March 11th 2009

Leave a Reply