Alhamdulilah.. Selesai sudah malam pra-graduan untuk pelajar – pelajar semester akhir Jabatan Teknologi Maklumat. Ianya amat gembira dan bercampur sedih. Ya lah.. Masa dah semakin hampir dengan final. Dan dengan itu juga semua akan berpisah membawa haluan masing – masing. Di malam pra graduan juga kami disajikan dengan makanan yang enak. Terima Kasih buat Cik Wati yg bertungkus lumus membuat malam pra graduan. Pelajar SIT 4A juga tidak terlepas untuk membuat persembahan. Satu persembahan yang mantap. Kira ok lah. Begitu juga persembahan kelas2 lain. Amat best lah.. Di kesempatan ini Fakhrul ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tak terhingga buat semua pensyarah yang mengajar Fakhrul dari semester 1 hinggalah semester 4. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu yang tak terhingga untuk bekalan Fakhrul di alam pekerjaan nanti. Jasa-jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat. Halalkan ilmu. Terima kasih juga buat PA SIT 4A iaitu Cik Wan kerana menjaga kami dari semester 1 hinggalah semester 4 yang dengan penuh kerenah. Maafkan kami semua jika ada salah dan silap sebelum ini.
Pada malam pra graduan ini juga beratus – ratus keping gambar ditangkap. Semuanya untuk kenangan bersama. Semoga berjumpa lagi 5 tahun lagi di reunion yang mungkin di Pulau Pangkor. InsyaALLAH. Final exam akan menjenguh tiba 2 minggu lagi. Semoga pointer kali ini bagus-bagus belaka dan mendapat AKJ. Berjumpa kita juga nanti semasa hari graduan yg mungkin dalam bulan 9 @ 10.
Sebenarnya pada kali ini juga Fakhrul menerima undangan Ariffdin dan Amran yang bertanyakan samada untuk ke Hari Pengakap 100 Tahun Malaysia atau tak. Tapi selepas memikirkan baik pergi malam pra graduan ini. Sudah lah tahun lepas Fakhrul terlepas kerana mengikuti kem Jambori di Kem tasoh. Mungkin kali ini tidak. Dunia pengakap hanyalah hobi. Kelas telah menjadi keutamaan. Dan ada hikmahnya malam ini. Tak terlepas juga peluang untuk bergambar ramai2.. Gelak ramai2.. Makan ramai2.. Sembang ramai2.. Angan ramai2.. Semualah.. Namun, selepas 1hb Jun 2009 semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang terindah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Mungkinkah Fakhrul akan menjejak kaki semula itu bergantung pada sambung belajar nanti. Jika murah rezeki Insyallah semoga dapat di sini. Mungkin lebih dekat dan senang. Tapi sekali sekala nak jugak dekat luar. Ahaks..
Tgk lah nanti apapun yang terjadi semua tu dah ditakdirkan.. Tunggu dan lihat. Bagi Fakhrul, Fakhrul akan menyambung belajar sehinggalah di tahap zon selesa. Mungkin degree. Tapi diploma pun ok. Pastu amek sahaja professional certificate spt Cisco dan Microsoft. Mesti ok punya.
Okeh itu sahaja setakat malam ini. Letih penat menari tadi ni.. Gambar hanya ada sikit ja.. Takpalah.. Akan menyusul di kemudian hari untuk tatapan ramai.

Hadie

Dgn aiman

Dengan PA. Cik Virakwan.
Nantikan gambar seterusnya
Selama beberapa hari ini juga Fakhrul sibuk menghabiskan kerja2 yang tertangguh.. Sudah banyak kerja yang tertangguh. Begitu juga dgn assignment. Ada yang tidak sempat hantar pada dateline nya.. Tak mengapa. Akan diusahakan untuk dalam beberapa hari ini..
Hari ini juga ada kuiz network. Terdapat dua kuiz sekaligus. Boleh juga buat. Tapi ada salah. Semoga beroleh kejayaan.. Ujian multimedia authoring juga dah dapat. Dapat 32 1/2 / 50.. Heh.. Boleh lah.. Menanti pula untuk ujian 2. Bila pulak la ek. Hemmm..
Gambar kelas juga dah siap. Tapi tak bawak balik la plak. Mau tidak boleh scan. Tapi copynya ada.. Agak menjadi kes sket la perihal gambar pun. Namun takpa.. Biarkan aja. Ahaa.. Web juga hampir siap. Kecewa juga kerana terpaksa menggunakan frame. So tak dapat nak menggunakan template. Heuu.. Ruginya.. Takpalah, nak buat mcm mana. Terimala kenyataan. Malam ni berada di rumah biarpun pada keesokan harinya ada gotong royong di politeknik. Malas nak amek bahagian so balik je lah rumah. Lagipun ni pun agak letih gak dengan petang tadi ada training untuk persembahan pra-graduan.. Nampaknya makin lama makin dah nak habis. Sedar tak sedar dah nak grad dah pun. heuu…

Gambar kelas..

Gambar candid
Ohh ya.. Ada video clip yg agak best untuk ditonton.. Namun tak dapat nak shooting habis. Hasil budak2 SIT 4A.
Selamat menonton
Video ini adalah inisiatif seorang rakan sekelas bernama irwan ozid. Tajuk Bukan Superstar.. Tahniah.. Video Fakhrul? Oh no.. Rasanya tak perlu kot. Hahaha… Hasil student Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ni adalah salah sebuah video dari student poli gak.. Berhenti Berharap.. Nampaknya kena berhenti berharap lah. Ahaks.. Tapi ni hasil student Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
Lama sudah ingin update blog ini. Tapi kemalasan untuk mengemas kini walaupun boleh dikatakan sepanjang masa berada di Internet. Baru – baru ini juga Fakhrul telah mendapat awek baru. Haa.. Awek baru? Ya.. Laptop Dell Studio 1555. Buah jantung hatiku yang baru. Begitu juga dengan pc lamaku.. Telah di upgrade barang dalam lagi. Setelah lama mengusha Dell Studio dan membuat kajian maka ia wajar untuk dimiliki berbanding laptop lain dan amat menarik dengan harganya.. Pada mulanya hendak membeli online. Tapi ada seorang member bagitau yg bahawa pada masa tu Dell akan bawak kluar spec baru untuk studio dan menunggu. So lepas tunggu tgk harga naik sedikit. Ohh.. Terlepas peluang pada masa tu. So selepas tu bercadang untuk ke Kuala Lumpur untuk mengusha Studio andaikata ada di Lowyat.. Tetapi selepas diberitahu oleh seorang lagi kawan bahawa pada masa tersebut ada PC Fair di KLCC. Jadi Fakhrul tidak melepaskan kesempatan pada kali ini untuk memilikinya. Selepas mengusha harga di internet untuk pc fair maka wajar untuk dimilik dengan harganya walaupun terdapat satu dua spec yg takda seperti yang di idamkan iaitu Backlight Keyboard, High Speed Hdd, dan Creative Audio.
Pada 10hb Fakhrul bertolak ke Kuala Lumpur bersama 3 orang kawan sekelas. Perjalanan ke Kuala Lumpur dilakukan kerana pada petang itu kelas Network dibatalkan. So dapat bertolak lebih awal sedikit berbanding perlu menunggu kelas yang habis pukul 5. Perjalanan dengan penuh liku itu memberikan bermacam2 keadaan cuaca ketika di dalam perjalanan. Tapi majoriti perjalanan pada masa itu cuacanya adalah Hujan. Dari hujan rintik2 hinggalah hujan yang lebat sangat2. Namun Alhamdulillah sampai juga Fakhrul ke Kuala Lumpur. Ketika sampai hujan sudah tiada. So ketika pada awal sampai tu terus terjah ke kg baru untuk menikmati nasi lemak. Selepas selesai menikmati nasi lemak Fakhrul dan kawan – kawan pergi ke KLCC untuk mengambil angin malam di situ. So lepak2 di situ sehingga rasa boring dah. Pastu terus pusing – pusing Kuala Lumpur pada waktu malam untuk memerhati keadaan dan persekitaran KL pada waktu malam. Selepas semua sudah letih dan kepenatan Fakhrul pun menghantar mereka pulang. Selepas tu terus pergi ke Pandey yang berada di Cheras. Pada ketika itu Fakhrul disambut oleh Cipun dan Pandey. Kelihatan Cedin yg terbongkang tidoq. Ahaks. So bersembang dengan pandey sebentar dan membuat surat makan untuk pakcik. Tetapi ketika di dalam membuat surat itu Fakhrul tertidur di situ sahaja. Mungkin letih agaknya.
So pada keesokkan harinya Fakhrul keluar untuk mengambil mereka. Selepas itu makan pagi dengan mereka berdekatan dengan Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee. So selepas makan kami pergi ke Pasar Seni untuk mencari kedai baju tshirt. Untuk buat quotation harga T-Shirt kelas. So selepas selesai sudah kami semua terus ke KLCC untuk ke PC Fair. Dengan harapan PC Fair kali ini lebih meriah adalah mendapat tanggapan yang salah. Tiada lagi tempat audio untuk 1 Hall. Digantikan dengan tempat laptop. Agak kecewa sedikit memandangkan pada ketika itu hendak membeli Speaker 5.1 Blue Thunder. So selepas selesai survey semua tempat sehingga ke pintu keluar sekali lagi kami masuk untuk membeli laptop. Padahal pada awalnya tidak pun membuat survey laptop. Just usha2 mcm tu ja. Selepas itu Fakhrul ke Booth Dell untuk mengusha Dell Studio 15′. Dan ketika dalam mengusha tu mengharapkan orang2 melayu kerna hendak memberi mereka tip hasil jualan laptop. Tetapi tidak seorang pun yang layan sehingga didatangi oleh seorang perempuan cina. Jadi selepas nego so dapat kurangkan harga sebanyak RM50 daripada RM3299 dan dengan still dapat freebies. Fakhrul juga ada bertanyakan tentang backpack. Namun perlu menambah RM50 untuk memiliki backpack tersebut. Ketika itu apa yg berlegar di ruang minda Fakhrul entah apa.. Sebab pada masa la ni sudah menyesal tidak mengambil backpack tersebut yang jika dibeli di luar dengan harga RM230. Fuhh.. Satu backpack yang mahal. Takpa.. Akan Fakhrul beli juga selepas ini. InsyaALLAH.
So selepas membuat pembayaran melalui maybank Visa jadi testing pun ok so terus turun ke bawah untuk membuat tawaf lagi sekali. Selepas keluar terus menuju ke KLCC untuk ke tempat parking. Alhamdulilah cuaca ketika keluar sudah cerah berbanding ketika hendak masuk tu hujan renyai – renyai. Selepas KLCC, Fakhrul menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Lowyat untuk membeli sedikit kelengkapan pc. Jadi apa yg dapat ketika itu adalah Processor AMD Athlon X2 7750 Black Edition, Motherboard Asus, Ram DDR2 800 2GB, dan speaker Sonic Gear Blue Thunder RR. Selepas selesai membeli kami meneruskan perjalanan ke UIA dan selepas ke UIA singgah makan berdekatan Maluri. Selepas itu Fakhrul membawa mereka ke Bukit Ampang untuk melihat KL dari atas bukit. Ternyata pada malam tersebut Kuala Lumpur tetap nampak cantik. Selepas itu Fakhrul menghantar mereka pulang. Ketika boring tidak tahu kemana Fakhrul sekali lagi contact pandey dan katanya dia berada di Cheras. Dan ketika itu juga Epih dan Adam ada di sana. Jadi Fakhrul meneruskan perjalanan ke cheras dan ketika hendak untuk berjumpa dengan mereka. Ketika hendak berehat mereka mengajak untuk keluar. Jadi pada sangkaan Fakhrul biarlah keluar sekejap sahaja memandangkan ingin ke Shah Alam untuk tidur di rumah kawan. Tapi sampai terus ke pukul 5.30 Pagi. Hahaha.. Jadi apa lagi.. Tidoq di Cheras la jawabnya..
Selepas sesudah bangun Fakhrul terus bersiap untuk pulang. Dan selepas mengambil mereka terus untuk pulang ke Perlis. Namun ketika di dalam perjalanan singgah di Pantai Dalam untuk menghantar surat ke rumah pakcik, Sungai Buloh dan Taiping.
Ketika di Taiping pada awalnya hendak makan bihun sup. Tapi tak bukak la pulak. Jadi terus ke Tasik Taiping menikmati angin – angin sepoi bahasa pada petang tersebut. Bak kata pepatah “From Taiping With Love”. Jadi memang bersesuai dengan tema dan keindahan Tasik Taiping. Ketika di Tasik Taiping juga Fakhrul melakukan sedikit pengembaraan untuk assingment Video Clip Audio Video Digital. Lagu tema Fakhrul untuk Video Clip tersebut ialah Lemon Tree. Memandangkan susah hendak mencari lemon tree.. Jadi pokok ketapang pun jadilah. Ahaks. Selepas itu kami semua meneruskan perjalanan kembali untuk pulang ke Perlis.
Inilah serba sedikit gambarnya.










Dan sebenarnya alhamdulilah murah rezeki Fakhrul kalini. Semua benda dan perjalanan ke KL itu menggunakan duit hasil forex. Rasa puas apabila dapat membeli impian yang diidamkan menggunakan duit sendiri. Pada hujung minggu haritu juga Fakhrul dilanda Sakit Otak dan pening kepala dengan beberapa masalah yang tetiba timpa. Dari satu lepas ke satu. Selepas itu hujung minggu haritu juga buat bbq bersama dengan kawan-kawan sekelas di kuala perlis. Best jugak. Boleh lah untuk melupakan sebentar masalah. Sebelum bbq itu juga kami melakukan shooting video untuk final project. Letih juga. Namun puas hati lah. Cuma hanya tinggal fasa editing sahaja yang belum habis. Pada hujung minggu tersebut juga membawa balik kawan-kawan untuk tidur di rumah. Pada semenjak dua ni Fakhrul juga kurang untuk balik ke rumah. Asyik dok poli ja di sebelah petang. Wahh.. satu kemajuan untuk tidak keluar selalu. Haih.. Terlalu banyak kerja pulak pasni. Banyak kerja yang belum lagi settle. Malam ni juga ada kelas. Huh.. Letihh lagu ni. Esok juga ada assingment yang perlu dihantar dan interview untuk modul English For Technical. Nampaknya berpakaian formal pulak lah esok. Ahaks..
Pada hujung minggu ni ada malam pra – graduan. Nampaknya persembahan juga akan dilakukan. Tak ketahuan hala lagi ni. Huhu.. Takpalah.. Berfikir untuk ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat ni. Hmm.. Bilatah.. Kelmarin juga dapat call dari pegawai khas pakcik. Katanya sponsor makanan itu diluluskan. Ok lah tu. Hadie pun akan mencari sponsor satu tempat. Ayah juga mencadangkan membuat dua lagi surat untuk diminta kepada MB Perlis dan Datuk Azmi Khalid. InsyaALLAH. Akan Fakhrul usahakan dalam masa terdekat. Banyak kerja nak kena settle dalam masa terdekat ni. Letih..
Petang tadi ketika hujan panas renyai – renyai Fakhrul meredah pulang ke kampung halaman daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pada hari ini hanya satu sahaja tujuan iaitu untuk menggunting rambutku yang sudah panjang. Biarpun kali ini lebih pendek dari biasa tapi oklah. Mungkin bertahan lama. Agarnya.. Sebelum ni pun dah banyak bulan dah rasanya tak gunting. Selepas tu balik rumah just tgk sedikit pc dan burn dvd untuk game Fifa09 dan Tom Clancy H.A.W.K. Fifa 09 amat menarik memandangkan kalini terdapat sedikit mod yg Fakhrul jumpa. Iaitu mod berkenaan dengan TM Liga Super. Ini menandakan bahawa pasukan Perlis dan seangkatan dengannya berada di dalam permainan sukan bolasepak Fifa 09. Manakala game H.A.W.K pula berkenaan dengan kapal terbang fighter. Di mana Fakhrul membawa Fighter dan melakukan aksi tembak menembak. Sebelum ni sudah bermain. Tapi itu hanyalah demo sahaja. Dapat dari Fathuddin. Thanks din. Dan selepas mengusha di torrent maka terjumpalah game H.A.W.K..
Hari ini juga pc terpaksa di format sekian kalinya. Terlupa nak scan pendrive telah memakan diri sendiri. Awat tak amek. Tudia lah. Haduihh.. Takpa.. Perkara biasa saja format tu. Mengisi masa lapang jugak dari takda buat apa. Pada hari ini juga ada ujian Web Authoring. Alhamdulillah.. Boleh buat semua dan siap kesemuanya. Tiada masalah berkenaan dengan soalan web. Lagipun buat radio button, comment box. So simple..
Jika di tgk kepada que kerja rasanya banyak lagi yg tak settle. Insyallah minggu ni akan settle 3 benda. Iaitu T-Shirt, Telefon dan Lappy.
Berkisar berkenaan dengan moto? Oh.. Sudah hendak dicuri. Kunci dipecahkan.
Ya, ada sedikit kisah mengenai Prestariang. Perkataan tu terungkap apabila melihat list nama yang ditampal di JTMK. Memang mengejutkan berbanding dengan kenyataan prestariang sebelum ini. List itu menampakan apa yang dibuat prestariang pun taktau. Sebelum ini mereka berkata bahawa student sijil hanya boleh mengambil Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash sahaja. Tapi selepas kami meneliti, terdapat banyak yg dapat Comptia A+. Dan kesemuanya perempuan. Heh. Apa ingat perempuan tau ka bab Comptia A+ sgt? Tapi tak mengapalah. Persoalan sudah dihantar. Hanya menunggu balasan sahaja. Bagi Fakhrul mungkin perlu bersangka baik bahawa ianya mungkin sebagai alasan mereka untuk mengisi kekosongan yang banyak di Adobe Flash dan Adobe Dreamweaver.
Biarlah benda tu berlalu. Kita tgk nanti apa akan jadi. So latihan untuk persembahan malam pra-graduan juga semakin hebat di buat sehingga step last. Tgk pada next training pulak nanti mcm mana. Pada hari ahad yg lepas Fakhrul ke penang bersama 3 orang rakan sekelas. Pada hari ini juga ada exam Visual Basic. Ohh.. Nasib baik boleh jawab dengan pantas. Masa masih berbaki 30 minit sudah keluar (1 jam). Alhamdulillah. Yaqin dengan apa yang dibuat. Pada pesta konvo juga tiada apa yg menarik. Kekalahan di pertandingan Counter Strike terpaksa dihadapi. Ia kerana strategi yang tidak menjadi. Tak mengapa. Mungkin tiada rezeki kalini. Lagipun kalini amat pelik dia punya rules. Map random dan ada friendly fire. Pelik kan? Jarang sekali nampak di tournament mana2. Walaupun pada dasarnya mendapat 2 map favourite iaitu de_dust dan de_dust2. Namun kekalahan di pusingan kedua memaksa berlakunya pusingan ke tiga. Dan ketika seri 2-2 akhirnya terpaksa akur pada saat akhir. Tak mengapa. Terima kekalahan dengan seadanya.
Ohh.. Perlu study untuk kuiz Audio Video Digital sekejap lagi.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras.. Bekerja keras..
Fakhrul juga berpeluang menonton Fast and Furios 4. Ternyata ianya amat menarik dan menakjubkan. Berpuas hati dengan cerita tersebut.

Tidoq

Apa la tole buat kat si afif tu.. G** ka hapa. haha
Pada ketika ini sudah pukul 3.03 AM. Semua kerja-kerja tertangguh rasanya dah settle. Pendaftaran domain, upgrade wordpress, sedikit final project yg akan di collect esok dan study untuk ujian di esok dan ada satu dua lagi. Eh ada apa yg tertinggal lagi? Mengenai dengan tajuk Ah internet. Sebelum ini diakui capaian 3.6Mbps celcom broadband amat memuaskan hati. Tapi apabila masuk di bulan 3 ia sudah semakin lama semakin lembab di waktu puncak. 6 Ptg – 12Tgh Malam. Ia sudah menjadi seperti wireless di PTSS. Kadang2 pukul 1 @ 2 pagi baru ok kembali. Berbeza dengan pada masa pagi ia amat laju seperti biasa. Mungkin pada ketika ini tidak ramai penggunaan dan ramai yang ada kelas. Namun pada hari ini baru tau rupanya slow untuk sehari dua ini berkenaan dengan talian internet international dasar laut yang mengalami masalah. Ah.. Masalah lagi. Dulu pun ada masalah. Bila nak bleh settle pun taktau? Tapi alhamdulillah. Boleh juga surf cuma capaian sahaja lambat dari yang perlu dicapai.
Pada hujung minggu ni di hari ahad akan ada pesta konvo. Dan Fakhrul bersama rakan – rakan akan memasuki kembali pertandingan Counter – Strike untuk RPG GAMES. Dengan menggunakan nama Reflector Studio insyallah semoga beroleh kemenangan. Pada hematnya dah tgk tadi iklan RPG Games. Ada logo RS di dalam itu. Dengan ini sedikit mempromotekan nama RS di seluruh PTSS. Dan jika beroleh kemenangan mungkin ianya lebih best lagi. Tapi sapa tau kan? Kot2 ada otai lagi ka. Tapi kami sedia turun sebagai pasukan tidak terpilih tapi mempunyai angan – angan untuk ke final dan memenangi perlawanan RPG tersebut. Ada juga pertandingan DOTA. Oh, tak masuk yg tu. Cuma CS ja yg masuk. Minggu depan insyallah Fakhrul akan ke Kuala Lumpur untuk mengusha buah hati baru. Ada dua di dalam ingatakan ketika ini iaitu samada DELL STUDIO 15′ atau pun DELL STUDIO XPS 16′. Semua itu akan terjawab pada nanti dan akan tgk budget memandangkan budget untuk lappy tersebut hanyalah 4k sahaja. Heh.. Nampaknya tak cat kereta lagi lah. Takpa. Tunggu tgk lah lpas nih.
Bersama ini juga Fakhrul sudah seminggu mendapat kembali HP N82 yang tertinggal di Shah Alam haritu. Di dalam ini juga terkandung beberapa keping gambar yang dirasakan amat menarik untuk diupload. Ahaks. Jangan marah pada orang yang berada di dalam gambar tersebut. Ia berkisar mengenai karaoke yang disertai oleh beberapa orang kawan.
Baru – baru ini juga Fakhrul ditawarkan untuk mengikuti kursus 3P anjuran Prestariang. Apa yang menariknya kursus ini adalah percuma. Pernah mendengar ceramah ketika di semester dua dahulu tapi blah mcm tu ja dengan keciwa selepas mengetahui ia hanyalah untuk pelajar semester last. Jadi kali ini pilihan Fakhrul ialah CCNA (Cisco Certified Network Associate) dan MCITP (Microsoft Certified IT Professional). Pada mulanya kegembiraan jelas terpancar. Walaupun di buat di hujung bulan 6, Fakhrul tak kisah sebab time tu pun rasanya takda buat apa sangat. Tapi selepas itu di telefon oleh pihak Prestariang memberitahu bahawa student-student sijil hanya layak untuk Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash sahaja. Sungguh sadis dan tak sepatutnya terjadi. Kursus Comptia A+ yang menjadi pilihan ramai juga tidak dapat. Selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak Prestariang alasan mereka adalah Project Manager mereka tak bagi student sijil ambil kursus lain. Takut tak leh bawak.. FTW!! Taktau kah dia silibus juga adalah sama? Cuma beza 2 semester sahaja. Tahukah beliau bahawa student sijil lebih belajar daripada budak diploma yang eksyen? Tahukah beliau ada golongan cerdik pandai teori diploma menanyakan student sijil? Tahukah beliau networking hanya ada satu semester dan silibusnya sama? Tahukah beliau???? Mungkin dia taktau. Jadi keciwa begitu sahaja. Mungkin tiada rezeki buat masa ini. Insyallah jika dimurahkan rezeki akan Fakhrul ambil exam CCNA di satu hari nanti untuk menjelaskan bahawa jangan pandang rendah pada student sijil. Mungkin Project Manager tu B**** kot. Oh ya, ucapan tahniah kepada kawan – kawan DNS yang menang peringkat kebangsaan di Poli Shah Alam. Ada pertandingan Cisco Netriders Challenge dan pertama kali diadakan membabitkan universiti di seluruh malaysia. Mungkin berkat aku buat crossover cable kot
hahahaha..
Dah.. Nak tidur. Esok perlu bangun awal untuk menjalani ujian Cyber.. Semoga beroleh keberkatan.

Abang hadie tgh goreng satu lagu… Kekasih Gelapku wohhh.. Berpeluh muka2 tarik punya pasai. Ahahaha

Sabry menanyi dengan penuh emosi..

Tak lupa pait yang menyanyi dengan penuh emosi jugak..

Ni dkt atas genting..

MU? Oh… Apa ni.. Ni lah pulau kepada fans mu di dalam bilik ni. Ahaks. Sapa mai kena ja kucai..

Zooomm Sket tgk apa yg patut.. Banyak tu.. Wakakaka..

Oh ya.. Iklan RS di RPG GAMES.. Thanks to amir.
Dan last sekali… Dont Disturb…

Sudah lama ingin mengepost berkenaan dengan Karnival ICT. Tapi masa dan kealpaan dan kelupaan membataskan. Biasalah manusia. Tak semua sempurna. Alhamdulillah semoga dengan kesempatan dan keingatan ini ingin mencoret serba sedikit mengenai Karnival ICT 2009. Buat Karnival ICT 2009 ini Fakhrul ditugaskan untuk membuat design pemplate yang akan diedarkan semasa majlis perasmian Karnival ICT nanti. Berbeza dengan tahun lepas yang mempunyai lebih sedikit tugasan.
Bagi Fakhrul walaupun pada tahun lepas tidak berkesempatan untuk join Karnival ICT ni tapi Fakhrul dapat rasakan dan dapat feedback daripada kawan-kawan berkenaan antara syoknya. Ternyata Karnival ICT tahun lepas lebih seronok.
Namun itu cerita lepas. Fakhrul pun tak terlibat sangat dengan aktiviti memandangkan pada masa itu berada di Kem Tasoh. Pada kali ini Fakhrul mengambil bahagian di dalam dua acara. Iaitu RPG Games, Counter Strike dan CISCO Basic Networking. Semasa Cisco Basic Networking Fakhrul mewakili kelas SIT 4A bersama dengan Zikril Hakim. Namun kesilapan cramping telah menyebabkan kami gagal untuk memenangi tempat pertama. Ia hanyalah kesilapan unshield yang dipotong sedikit sahaja sehingga bila cramping menyebabkan kepala RJ 45 pecah. Namun biarlah. Selepas ini biar lambat dan teliti. Insyallah..
Semasa di dalam permainan RPG Games Fakhrul bersama 4 orang classmate yg disertai oleh Faiz, Aiman, Sham dan Aidil. Dengan menggunakan sedikit kekuatan mouse Razer Cooperhead 2000dpi dan mousepad Razer ExactMat Xspeed telah memberikan kemenangan kepada kumpulan Reflector Studio. Biarpun melalui detik – detik yang cemas namun itu semua hanyalah seperti di celah gigi sahaja untuk diharungi. hehehe..
Kumpulan Reflector Studio telah memenangi sedikit demi sedikit perlawan dan akhirnya bertempur ke peringkat akhir. Biasanya kami memerlukan 3 round untuk menang. Tapi pada kali ini kami mendominate kedua – dua round tersebut. Biarpun pada kasarnya lawan yang kami lawan itu dikhabarkan telah mempraktiskan diri dengan bermain adbot expert yang boleh dikatakan susah untuk dikalahkan tetapi kami hanya mengalahkan dengan begitu senang. Biarpun pada selepas perlawan terdengar anasir – anasir tidak kepuas hati tapi biarlah. Mungkin mereka tidak memahami apa itu strategi games dan apa itu adat perlawanan. Ia ada kalah dan menang. Tiada menang dan menang. Dan seharusnya kita tak boleh mendabik dada walaupun berlawan dengan pasukan underdog dan kerdil seperti kami.
Semasa Karnival ICT juga Fakhrul berada di sekitar boot IT Explorer untuk membantu serba sedikit jualan di situ. Begitu juga dengan tangkapan gambar sana sini. Aktiviti yang paling menyeronokkan ditonton ialah ketika explorace SIT 4A menyeberangi Tasik Poli dan aktiviti Music Chair. Sham dan Afif bermain – main ketika perlawanan akhir iaitu penentuan.
Semoga Karnival ICT 2010 akan lebih best daripada karnival ICT 2009. Harapnya begitu.
Pada sebelah malam di hari Jumaat pula ada Malam Untukmu Gaza Peringkat Negeri Perlis. Ia juga disertai oleh orang ramai dan kehadiran ekslusif Menteri Besar Perlis dan Exconya.





