Sudah lama ingin mengepost berkenaan dengan Karnival ICT. Tapi masa dan kealpaan dan kelupaan membataskan. Biasalah manusia. Tak semua sempurna. Alhamdulillah semoga dengan kesempatan dan keingatan ini ingin mencoret serba sedikit mengenai Karnival ICT 2009. Buat Karnival ICT 2009 ini Fakhrul ditugaskan untuk membuat design pemplate yang akan diedarkan semasa majlis perasmian Karnival ICT nanti. Berbeza dengan tahun lepas yang mempunyai lebih sedikit tugasan.
Bagi Fakhrul walaupun pada tahun lepas tidak berkesempatan untuk join Karnival ICT ni tapi Fakhrul dapat rasakan dan dapat feedback daripada kawan-kawan berkenaan antara syoknya. Ternyata Karnival ICT tahun lepas lebih seronok.
Namun itu cerita lepas. Fakhrul pun tak terlibat sangat dengan aktiviti memandangkan pada masa itu berada di Kem Tasoh. Pada kali ini Fakhrul mengambil bahagian di dalam dua acara. Iaitu RPG Games, Counter Strike dan CISCO Basic Networking. Semasa Cisco Basic Networking Fakhrul mewakili kelas SIT 4A bersama dengan Zikril Hakim. Namun kesilapan cramping telah menyebabkan kami gagal untuk memenangi tempat pertama. Ia hanyalah kesilapan unshield yang dipotong sedikit sahaja sehingga bila cramping menyebabkan kepala RJ 45 pecah. Namun biarlah. Selepas ini biar lambat dan teliti. Insyallah..
Semasa di dalam permainan RPG Games Fakhrul bersama 4 orang classmate yg disertai oleh Faiz, Aiman, Sham dan Aidil. Dengan menggunakan sedikit kekuatan mouse Razer Cooperhead 2000dpi dan mousepad Razer ExactMat Xspeed telah memberikan kemenangan kepada kumpulan Reflector Studio. Biarpun melalui detik – detik yang cemas namun itu semua hanyalah seperti di celah gigi sahaja untuk diharungi. hehehe..
Kumpulan Reflector Studio telah memenangi sedikit demi sedikit perlawan dan akhirnya bertempur ke peringkat akhir. Biasanya kami memerlukan 3 round untuk menang. Tapi pada kali ini kami mendominate kedua – dua round tersebut. Biarpun pada kasarnya lawan yang kami lawan itu dikhabarkan telah mempraktiskan diri dengan bermain adbot expert yang boleh dikatakan susah untuk dikalahkan tetapi kami hanya mengalahkan dengan begitu senang. Biarpun pada selepas perlawan terdengar anasir – anasir tidak kepuas hati tapi biarlah. Mungkin mereka tidak memahami apa itu strategi games dan apa itu adat perlawanan. Ia ada kalah dan menang. Tiada menang dan menang. Dan seharusnya kita tak boleh mendabik dada walaupun berlawan dengan pasukan underdog dan kerdil seperti kami.
Semasa Karnival ICT juga Fakhrul berada di sekitar boot IT Explorer untuk membantu serba sedikit jualan di situ. Begitu juga dengan tangkapan gambar sana sini. Aktiviti yang paling menyeronokkan ditonton ialah ketika explorace SIT 4A menyeberangi Tasik Poli dan aktiviti Music Chair. Sham dan Afif bermain – main ketika perlawanan akhir iaitu penentuan.
Semoga Karnival ICT 2010 akan lebih best daripada karnival ICT 2009. Harapnya begitu.
Pada sebelah malam di hari Jumaat pula ada Malam Untukmu Gaza Peringkat Negeri Perlis. Ia juga disertai oleh orang ramai dan kehadiran ekslusif Menteri Besar Perlis dan Exconya.






