Pada ketika ini sudah pukul 3.03 AM. Semua kerja-kerja tertangguh rasanya dah settle. Pendaftaran domain, upgrade wordpress, sedikit final project yg akan di collect esok dan study untuk ujian di esok dan ada satu dua lagi. Eh ada apa yg tertinggal lagi? Mengenai dengan tajuk Ah internet. Sebelum ini diakui capaian 3.6Mbps celcom broadband amat memuaskan hati. Tapi apabila masuk di bulan 3 ia sudah semakin lama semakin lembab di waktu puncak. 6 Ptg – 12Tgh Malam. Ia sudah menjadi seperti wireless di PTSS. Kadang2 pukul 1 @ 2 pagi baru ok kembali. Berbeza dengan pada masa pagi ia amat laju seperti biasa. Mungkin pada ketika ini tidak ramai penggunaan dan ramai yang ada kelas. Namun pada hari ini baru tau rupanya slow untuk sehari dua ini berkenaan dengan talian internet international dasar laut yang mengalami masalah. Ah.. Masalah lagi. Dulu pun ada masalah. Bila nak bleh settle pun taktau? Tapi alhamdulillah. Boleh juga surf cuma capaian sahaja lambat dari yang perlu dicapai.
Pada hujung minggu ni di hari ahad akan ada pesta konvo. Dan Fakhrul bersama rakan – rakan akan memasuki kembali pertandingan Counter – Strike untuk RPG GAMES. Dengan menggunakan nama Reflector Studio insyallah semoga beroleh kemenangan. Pada hematnya dah tgk tadi iklan RPG Games. Ada logo RS di dalam itu. Dengan ini sedikit mempromotekan nama RS di seluruh PTSS. Dan jika beroleh kemenangan mungkin ianya lebih best lagi. Tapi sapa tau kan? Kot2 ada otai lagi ka. Tapi kami sedia turun sebagai pasukan tidak terpilih tapi mempunyai angan – angan untuk ke final dan memenangi perlawanan RPG tersebut. Ada juga pertandingan DOTA. Oh, tak masuk yg tu. Cuma CS ja yg masuk. Minggu depan insyallah Fakhrul akan ke Kuala Lumpur untuk mengusha buah hati baru. Ada dua di dalam ingatakan ketika ini iaitu samada DELL STUDIO 15′ atau pun DELL STUDIO XPS 16′. Semua itu akan terjawab pada nanti dan akan tgk budget memandangkan budget untuk lappy tersebut hanyalah 4k sahaja. Heh.. Nampaknya tak cat kereta lagi lah. Takpa. Tunggu tgk lah lpas nih.
Bersama ini juga Fakhrul sudah seminggu mendapat kembali HP N82 yang tertinggal di Shah Alam haritu. Di dalam ini juga terkandung beberapa keping gambar yang dirasakan amat menarik untuk diupload. Ahaks. Jangan marah pada orang yang berada di dalam gambar tersebut. Ia berkisar mengenai karaoke yang disertai oleh beberapa orang kawan.
Baru – baru ini juga Fakhrul ditawarkan untuk mengikuti kursus 3P anjuran Prestariang. Apa yang menariknya kursus ini adalah percuma. Pernah mendengar ceramah ketika di semester dua dahulu tapi blah mcm tu ja dengan keciwa selepas mengetahui ia hanyalah untuk pelajar semester last. Jadi kali ini pilihan Fakhrul ialah CCNA (Cisco Certified Network Associate) dan MCITP (Microsoft Certified IT Professional). Pada mulanya kegembiraan jelas terpancar. Walaupun di buat di hujung bulan 6, Fakhrul tak kisah sebab time tu pun rasanya takda buat apa sangat. Tapi selepas itu di telefon oleh pihak Prestariang memberitahu bahawa student-student sijil hanya layak untuk Adobe Dreamweaver dan Adobe Flash sahaja. Sungguh sadis dan tak sepatutnya terjadi. Kursus Comptia A+ yang menjadi pilihan ramai juga tidak dapat. Selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak Prestariang alasan mereka adalah Project Manager mereka tak bagi student sijil ambil kursus lain. Takut tak leh bawak.. FTW!! Taktau kah dia silibus juga adalah sama? Cuma beza 2 semester sahaja. Tahukah beliau bahawa student sijil lebih belajar daripada budak diploma yang eksyen? Tahukah beliau ada golongan cerdik pandai teori diploma menanyakan student sijil? Tahukah beliau networking hanya ada satu semester dan silibusnya sama? Tahukah beliau???? Mungkin dia taktau. Jadi keciwa begitu sahaja. Mungkin tiada rezeki buat masa ini. Insyallah jika dimurahkan rezeki akan Fakhrul ambil exam CCNA di satu hari nanti untuk menjelaskan bahawa jangan pandang rendah pada student sijil. Mungkin Project Manager tu B**** kot. Oh ya, ucapan tahniah kepada kawan – kawan DNS yang menang peringkat kebangsaan di Poli Shah Alam. Ada pertandingan Cisco Netriders Challenge dan pertama kali diadakan membabitkan universiti di seluruh malaysia. Mungkin berkat aku buat crossover cable kot
hahahaha..
Dah.. Nak tidur. Esok perlu bangun awal untuk menjalani ujian Cyber.. Semoga beroleh keberkatan.

Abang hadie tgh goreng satu lagu… Kekasih Gelapku wohhh.. Berpeluh muka2 tarik punya pasai. Ahahaha

Sabry menanyi dengan penuh emosi..

Tak lupa pait yang menyanyi dengan penuh emosi jugak..

Ni dkt atas genting..

MU? Oh… Apa ni.. Ni lah pulau kepada fans mu di dalam bilik ni. Ahaks. Sapa mai kena ja kucai..

Zooomm Sket tgk apa yg patut.. Banyak tu.. Wakakaka..

Oh ya.. Iklan RS di RPG GAMES.. Thanks to amir.
Dan last sekali… Dont Disturb…

