Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Benda baru.. Perkara baru..

Add comments

Lama sudah ingin update blog ini. Tapi kemalasan untuk mengemas kini walaupun boleh dikatakan sepanjang masa berada di Internet. Baru – baru ini juga Fakhrul telah mendapat awek baru. Haa.. Awek baru? Ya.. Laptop Dell Studio 1555. Buah jantung hatiku yang baru. Begitu juga dengan pc lamaku.. Telah di upgrade barang dalam lagi. Setelah lama mengusha Dell Studio dan membuat kajian maka ia wajar untuk dimiliki berbanding laptop lain dan amat menarik dengan harganya.. Pada mulanya hendak membeli online. Tapi ada seorang member bagitau yg bahawa pada masa tu Dell akan bawak kluar spec baru untuk studio dan menunggu. So lepas tunggu tgk harga naik sedikit. Ohh.. Terlepas peluang pada masa tu. So selepas tu bercadang untuk ke Kuala Lumpur untuk mengusha Studio andaikata ada di Lowyat.. Tetapi selepas diberitahu oleh seorang lagi kawan bahawa pada masa tersebut ada PC Fair di KLCC. Jadi Fakhrul tidak melepaskan kesempatan pada kali ini untuk memilikinya. Selepas mengusha harga di internet untuk pc fair maka wajar untuk dimilik dengan harganya walaupun terdapat satu dua spec yg takda seperti yang di idamkan iaitu Backlight Keyboard, High Speed Hdd, dan Creative Audio.

Pada 10hb Fakhrul bertolak ke Kuala Lumpur bersama 3 orang kawan sekelas. Perjalanan ke Kuala Lumpur dilakukan kerana pada petang itu kelas Network dibatalkan. So dapat bertolak lebih awal sedikit berbanding perlu menunggu kelas yang habis pukul 5. Perjalanan dengan penuh liku itu memberikan bermacam2 keadaan cuaca ketika di dalam perjalanan. Tapi majoriti perjalanan pada masa itu cuacanya adalah Hujan. Dari hujan rintik2 hinggalah hujan yang lebat sangat2. Namun Alhamdulillah sampai juga Fakhrul ke Kuala Lumpur. Ketika sampai hujan sudah tiada. So ketika pada awal sampai tu terus terjah ke kg baru untuk menikmati nasi lemak. Selepas selesai menikmati nasi lemak Fakhrul dan kawan – kawan pergi ke KLCC untuk mengambil angin malam di situ. So lepak2 di situ sehingga rasa boring dah. Pastu terus pusing – pusing Kuala Lumpur pada waktu malam untuk memerhati keadaan dan persekitaran KL pada waktu malam. Selepas semua sudah letih dan kepenatan Fakhrul pun menghantar mereka pulang. Selepas tu terus pergi ke Pandey yang berada di Cheras. Pada ketika itu Fakhrul disambut oleh Cipun dan Pandey. Kelihatan Cedin yg terbongkang tidoq. Ahaks. So bersembang dengan pandey sebentar dan membuat surat makan untuk pakcik. Tetapi ketika di dalam membuat surat itu Fakhrul tertidur di situ sahaja. Mungkin letih agaknya.

So pada keesokkan harinya Fakhrul keluar untuk mengambil mereka. Selepas itu makan pagi dengan mereka berdekatan dengan Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee. So selepas makan kami pergi ke Pasar Seni untuk mencari kedai baju tshirt. Untuk buat quotation harga T-Shirt kelas. So selepas selesai sudah kami semua terus ke KLCC untuk ke PC Fair. Dengan harapan PC Fair kali ini lebih meriah adalah mendapat tanggapan yang salah. Tiada lagi tempat audio untuk 1 Hall. Digantikan dengan tempat laptop. Agak kecewa sedikit memandangkan pada ketika itu hendak membeli Speaker 5.1 Blue Thunder. So selepas selesai survey semua tempat sehingga ke pintu keluar sekali lagi kami masuk untuk membeli laptop. Padahal pada awalnya tidak pun membuat survey laptop. Just usha2 mcm tu ja. Selepas itu Fakhrul ke Booth Dell untuk mengusha Dell Studio 15′. Dan ketika dalam mengusha tu mengharapkan orang2 melayu kerna hendak memberi mereka tip hasil jualan laptop. Tetapi tidak seorang pun yang layan sehingga didatangi oleh seorang perempuan cina. Jadi selepas nego so dapat kurangkan harga sebanyak RM50 daripada RM3299 dan dengan still dapat freebies. Fakhrul juga ada bertanyakan tentang backpack. Namun perlu menambah RM50 untuk memiliki backpack tersebut. Ketika itu apa yg berlegar di ruang minda Fakhrul entah apa.. Sebab pada masa la ni sudah menyesal tidak mengambil backpack tersebut yang jika dibeli di luar dengan harga RM230. Fuhh.. Satu backpack yang mahal. Takpa.. Akan Fakhrul beli juga selepas ini. InsyaALLAH.

So selepas membuat pembayaran melalui maybank Visa jadi testing pun ok so terus turun ke bawah untuk membuat tawaf lagi sekali. Selepas keluar terus menuju ke KLCC untuk ke tempat parking. Alhamdulilah cuaca ketika keluar sudah cerah berbanding ketika hendak masuk tu hujan renyai – renyai. Selepas KLCC, Fakhrul menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Lowyat untuk membeli sedikit kelengkapan pc. Jadi apa yg dapat ketika itu adalah Processor AMD Athlon X2 7750 Black Edition, Motherboard Asus, Ram DDR2 800 2GB, dan speaker Sonic Gear Blue Thunder RR. Selepas selesai membeli kami meneruskan perjalanan ke UIA dan selepas ke UIA singgah makan berdekatan Maluri. Selepas itu Fakhrul membawa mereka ke Bukit Ampang untuk melihat KL dari atas bukit. Ternyata pada malam tersebut Kuala Lumpur tetap nampak cantik. Selepas itu Fakhrul menghantar mereka pulang. Ketika boring tidak tahu kemana Fakhrul sekali lagi contact pandey dan katanya dia berada di Cheras. Dan ketika itu juga Epih dan Adam ada di sana. Jadi Fakhrul meneruskan perjalanan ke cheras dan ketika hendak untuk berjumpa dengan mereka. Ketika hendak berehat mereka mengajak untuk keluar. Jadi pada sangkaan Fakhrul biarlah keluar sekejap sahaja memandangkan ingin ke Shah Alam untuk tidur di rumah kawan. Tapi sampai terus ke pukul 5.30 Pagi. Hahaha.. Jadi apa lagi.. Tidoq di Cheras la jawabnya..

Selepas sesudah bangun Fakhrul terus bersiap untuk pulang. Dan selepas mengambil mereka terus untuk pulang ke Perlis. Namun ketika di dalam perjalanan singgah di Pantai Dalam untuk menghantar surat ke rumah pakcik, Sungai Buloh dan Taiping.

Ketika di Taiping pada awalnya hendak makan bihun sup. Tapi tak bukak la pulak. Jadi terus ke Tasik Taiping menikmati angin – angin sepoi bahasa pada petang tersebut. Bak kata pepatah “From Taiping With Love”. Jadi memang bersesuai dengan tema dan keindahan Tasik Taiping. Ketika di Tasik Taiping juga Fakhrul melakukan sedikit pengembaraan untuk assingment Video Clip Audio Video Digital. Lagu tema Fakhrul untuk Video Clip tersebut ialah Lemon Tree. Memandangkan susah hendak mencari lemon tree.. Jadi pokok ketapang pun jadilah. Ahaks. Selepas itu kami semua meneruskan perjalanan kembali untuk pulang ke Perlis.

Inilah serba sedikit gambarnya.

viere227

viere228

18042009420

18042009427

copy-of-18042009422

viere232

viere233

dsc01379

dsc01500

dsc01396

Dan sebenarnya alhamdulilah murah rezeki Fakhrul kalini. Semua benda dan perjalanan ke KL itu menggunakan duit hasil forex. Rasa puas apabila dapat membeli impian yang diidamkan menggunakan duit sendiri. Pada hujung minggu haritu juga Fakhrul dilanda Sakit Otak dan pening kepala dengan beberapa masalah yang tetiba timpa. Dari satu lepas ke satu. Selepas itu hujung minggu haritu juga buat bbq bersama dengan kawan-kawan sekelas di kuala perlis. Best jugak. Boleh lah untuk melupakan sebentar masalah. Sebelum bbq itu juga kami melakukan shooting video untuk final project. Letih juga. Namun puas hati lah. Cuma hanya tinggal fasa editing sahaja yang belum habis. Pada hujung minggu tersebut juga membawa balik kawan-kawan untuk tidur di rumah. Pada semenjak dua ni Fakhrul juga kurang untuk balik ke rumah. Asyik dok poli ja di sebelah petang. Wahh.. satu kemajuan untuk tidak keluar selalu. Haih.. Terlalu banyak kerja pulak pasni. Banyak kerja yang belum lagi settle. Malam ni juga ada kelas. Huh.. Letihh lagu ni. Esok juga ada assingment yang perlu dihantar dan interview untuk modul English For Technical. Nampaknya berpakaian formal pulak lah esok. Ahaks..

Pada hujung minggu ni ada malam pra – graduan. Nampaknya persembahan juga akan dilakukan. Tak ketahuan hala lagi ni. Huhu.. Takpalah.. Berfikir untuk ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat ni. Hmm.. Bilatah.. Kelmarin juga dapat call dari pegawai khas pakcik. Katanya sponsor makanan itu diluluskan. Ok lah tu. Hadie pun akan mencari sponsor satu tempat. Ayah juga mencadangkan membuat dua lagi surat untuk diminta kepada MB Perlis dan Datuk Azmi Khalid. InsyaALLAH. Akan Fakhrul usahakan dalam masa terdekat. Banyak kerja nak kena settle dalam masa terdekat ni. Letih..

Life April 22nd 2009

5 Responses to “Benda baru.. Perkara baru..”

  1. Adam Says:

    Salam.

    Saya ada beberapa soalan yang saya nak tanya kepada saudara selepas sahaja selesai membaca tulisan saudara.

    Tapi, selepas sahaja menulis perenggan pertama di ruangan komen ini semua soalan itu terbang jauh bersama angin lalu. Jadi, untuk tidak menghampakan saudara — apakah prestasi Dell Studio itu benar-benar memberikan saudara kepuasan?

  2. MsWanie Says:

    Kelihatan Cedin yg terbongkang tidoq. << wakakaka!!! =)

    p/s: fakhrul punya wallpaper tu sama dgn saya punya boot screen! hoho! sejibik!

    [erm.. mcm mana nak cari coding utk show comment ar? template blog saya tu hidden kan utk post comment.. da try buat, tp semua komen masuk ke entry pertama saya]

  3. Viere Says:

    @ Adam – Ahaks.. Rasanya mcm puas kot.. Cuma tak puas takda backlight kebod ja.. Takleh nak nmpak lampu2 kat kebod.. hahaha..

    @MsWanie – Ohh yaka wallpaper sama? Heh.. Takpa2.. pasni nak tukaq da wallpaper ni. InsyaALLAH kot..
    pasai tu taktau la plak.. Tak besa guna blogspot.. Awat tak guna wordpress ja?

  4. ariffdin Says:

    amboi… besaqnya screen… main bola besh tuh./…

  5. Afiq Says:

    Haha.. Besala.. Untuk kepuasan mcm tu lah..

Leave a Reply