Alhamdulilah.. Selesai sudah malam pra-graduan untuk pelajar – pelajar semester akhir Jabatan Teknologi Maklumat. Ianya amat gembira dan bercampur sedih. Ya lah.. Masa dah semakin hampir dengan final. Dan dengan itu juga semua akan berpisah membawa haluan masing – masing. Di malam pra graduan juga kami disajikan dengan makanan yang enak. Terima Kasih buat Cik Wati yg bertungkus lumus membuat malam pra graduan. Pelajar SIT 4A juga tidak terlepas untuk membuat persembahan. Satu persembahan yang mantap. Kira ok lah. Begitu juga persembahan kelas2 lain. Amat best lah.. Di kesempatan ini Fakhrul ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tak terhingga buat semua pensyarah yang mengajar Fakhrul dari semester 1 hinggalah semester 4. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu yang tak terhingga untuk bekalan Fakhrul di alam pekerjaan nanti. Jasa-jasamu akan dikenang sehingga akhir hayat. Halalkan ilmu. Terima kasih juga buat PA SIT 4A iaitu Cik Wan kerana menjaga kami dari semester 1 hinggalah semester 4 yang dengan penuh kerenah. Maafkan kami semua jika ada salah dan silap sebelum ini.
Pada malam pra graduan ini juga beratus – ratus keping gambar ditangkap. Semuanya untuk kenangan bersama. Semoga berjumpa lagi 5 tahun lagi di reunion yang mungkin di Pulau Pangkor. InsyaALLAH. Final exam akan menjenguh tiba 2 minggu lagi. Semoga pointer kali ini bagus-bagus belaka dan mendapat AKJ. Berjumpa kita juga nanti semasa hari graduan yg mungkin dalam bulan 9 @ 10.
Sebenarnya pada kali ini juga Fakhrul menerima undangan Ariffdin dan Amran yang bertanyakan samada untuk ke Hari Pengakap 100 Tahun Malaysia atau tak. Tapi selepas memikirkan baik pergi malam pra graduan ini. Sudah lah tahun lepas Fakhrul terlepas kerana mengikuti kem Jambori di Kem tasoh. Mungkin kali ini tidak. Dunia pengakap hanyalah hobi. Kelas telah menjadi keutamaan. Dan ada hikmahnya malam ini. Tak terlepas juga peluang untuk bergambar ramai2.. Gelak ramai2.. Makan ramai2.. Sembang ramai2.. Angan ramai2.. Semualah.. Namun, selepas 1hb Jun 2009 semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang terindah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Mungkinkah Fakhrul akan menjejak kaki semula itu bergantung pada sambung belajar nanti. Jika murah rezeki Insyallah semoga dapat di sini. Mungkin lebih dekat dan senang. Tapi sekali sekala nak jugak dekat luar. Ahaks..
Tgk lah nanti apapun yang terjadi semua tu dah ditakdirkan.. Tunggu dan lihat. Bagi Fakhrul, Fakhrul akan menyambung belajar sehinggalah di tahap zon selesa. Mungkin degree. Tapi diploma pun ok. Pastu amek sahaja professional certificate spt Cisco dan Microsoft. Mesti ok punya.
Okeh itu sahaja setakat malam ini. Letih penat menari tadi ni.. Gambar hanya ada sikit ja.. Takpalah.. Akan menyusul di kemudian hari untuk tatapan ramai.

Hadie

Dgn aiman

Dengan PA. Cik Virakwan.
Nantikan gambar seterusnya

July 22nd, 2009 at 1:49 pm
salam… jemput ke forum pelajar & alumni Politeknik seluruh Malaysia