Bismillah…

Ketika ini 10 May adalah sambutan hari Ibu seluruh dunia. Fakhrul tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mak.. Sesungguhnya engkaulah permata hatiku. Dan di kala final exam akan mendatang ku ingin memohon restumu dan doalah yang terbaik. Nasib lah ketika ini masih belajar di Perlis. So boleh balik ke rumah.
Ibu,
Terima kasih kerana membesarkanku
walaupun di landa kesusahan kau tetap
mengutamakan anak daripada ibu sendiri
biarpun pada ketika itu ku hanya tahu
meminta sahaja..
Ibu,
Terima kasih kerana membesarkanku
Ku tahu banyak peritnya membesarkanku
akan ku balas jasa-jasamu nanti
Tidak akan ku lupa segalanya..
Ibu,
Terima kasih kerana membesarkanku
Melayan segala kerenahku
Mendengar segala masalah ku
Sesungguhnya kasih sayangmu sangat tinggi
Ibu,
Anak ibu dan ayah sudah besar,
Sudah berumur 20 tahun
Sudah pandai mengurus diri
Sudah pandai berdikari…
Ibu,
Anak ibu dan ayah sudah besar
Sudah tahu mana yang baik
Sedang menuju alam dewasa
Sedang dalam perjalanan menjadi manusia
Ibu,
Anak ibu dan ayah sudah besar
Tak macam dahulu kala
Asyik memeningkan kepala sahaja
Suka buat hati ibu dan ayah terasa..
Ibu,
Anak ibu dan ayah sudah besar…
Terima kasih ibu…
Terima kasih ayah…
Kerana membesarkan aku sebagai anakmu
Dalam penuh kepayahan dan ujian dari Tuhan..
Dengan sabar dan tegas..
Ibu,
Maafkanku jika ada kesilapanku sebelum ini
Jika membuatkan kau terasa kecil hati
Jika membuatkan kau risau tentangku
Maafkanku Ibu dan Ayah..
Itu sahaja… Buatmu ibu dan juga ayah.. Terima Kasih. Semoga Fakhrul menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu
Terimalah lagu dari aeman – Buatmu Ibu


May 16th, 2009 at 2:00 am
suka entry ni =)