Dugaannya.. Dalam seminggu dua ni Fakhrul banyak menghadapi dugaan. Dari lepas satu kepada dugaan satu lagi. Dugaan yang menyentuh kesemua bab. Termasuk kewangan, perasaan, kehidupan, dll.. Namun alhamdulilah Fakhrul dapat tempuhi semua dugaan tu dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya kesabaran yang tinggi diperlukan. Jika tidak mempunyai kesabaran tak tau lah nak jadi mcm mana.
Dan disini juga Fakhrul kehilangan.. Kehilangan sebuah memori yang indah. Handphone Nokia 6233 yang Fakhrul beli menggunakan duit hasil titik peluh bekerja satu ketika dulu sudah rosak ketika di dalam perjalanan pulang ke Politeknik. Dan memandangkan pada ketika itu hujan sangat lebat. Jadi tak teringat pun dekat HP. Just terus ja meredah hujan yang lebat kerna pada ketika itu sudah basah lencun dah. Begitu juga Nokia N82 Fakhrul.. Hilang begitu sahaja.. Namun, ia digantikan dengan Nokia E71 iaitu seperti yang digunakan oleh Saudara Adam dan Mat Arip. InsyaALLAH mungkin selepas habis final Fakhrul mencuba untuk mendapatkan Hp baru. Terfikir di dalam otak la ni apakah yang nak beli. Ahaks..
Dugaan juga berterus pada sebelum itu iaitu motosikal dan kereta membuat hal. Semua itu berkait rapat dengan kewangan. Nasib lah dah ok kesemuanya. Selepas itu juga agak kecewa apabila mendapat markah test untuk audio video digital kerana terlupa untuk memberi jawapan penerangan. Kehilangan markah disitu. Tak mengapalah.. Semoga beroleh kejayaan nanti. Dalam seminggu dua ni dah jadi semakin kalut. Yalah, kalut dengan penghantaran tugasan, final project dan Test yang belum dibuat. Begitu juga dengan kelas gantian. Terpaksa membuat kelas gantian memandangkan pada sebelum ini ada yang banyak kali takdak. Takpalah.. Tu semua dugaan yang harus ditempuhi. Menjelang pada 19hb ini Fakhrul akan menghadapi paper Visual Basic. Perlu study lebih nampaknya memandangkan pada kali ini dikatakan lebih banyak soalan coding akan keluar. Heuu.. Keletihan semua itu.
Ini juga adalah video klip pendek yang dirakamkan oleh budak2 sit 4a untuk final project Audio Video Digital. Biarpun editing last minit namun berpuas hati jugalah.. Takpa.. akan cuba untuk buat yang terbaik.. Biasalah ni kerja last minit. Render pun siap 2 minit sebelum presentation! Nasib.. Ahaks.
Ni adalah hasil kerja daripada kumpulan Fakhrul. Ada satu dua scene yang terlupa untuk shooting..
Hasil kerja group perempuan SIT4A
p/s: ada lagi video. Tapi takdan nak upload kat rumah tadi.. Lain kalilah.. Pepun layannn ja.
