Ini adalah kesinambungan sambungan pada Dan dugaannya pada post yang lepas. Selepas encode video sehingga mengecilkan size video pun masih bepuluh2 MB. So sapa yang nak tgk tu pastikan anda menggunakan streamyx. Kelajuan terjamin berbanding broadband. Ada lagi 3 video akan dipaparkan di bawah.. Tapi sebelum tu masuk dulu posting.. Ahaaa..

Pada hujung minggu yang lepas Fakhrul ke Taman Budaya Perlis untuk menonton Teater Muzikal Rubiah. Ia dijalankan oleh Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual PTSS dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kerajaan Perlis. Pada mulanya takut juga kot2 takda tempat. Tapi dah sampai tu Alhamdulillah ada tempat kosong yang telah di booking oleh aiman awal2 lagi. Di situ Fakhrul bersama aiman, boyot, bear, dan z menonton Teater Rubiah tu sampai ke habis. Jalan penceritaan yang menarik. Cuma rasanya mungkin perlu ditambah ending pada scene last. Cerita seperti tergantung di situ sahaja. Di dalam teater ini banyak unsur yang diterapkan sehingga ada menyebabkan penonton ketawa sampai keras perut (bak kata orang perlis). Biarpun ia disiarkan selama tiga hari tapi dari apa yang di dengar semuanya sama cuma untuk membolehkan orang ramai menonton. Mungkin jika harini takleh esok boleh lagi. Mcm tu lah kot. Syabas dan tahniah pada budak semester akhir dan semester2 yang tgh berjalan seperti biasa. Bukan senang nak menghafal skrip. Bukan satu jalan yang mudah Fakhrul rasakan dengan memerlukan latihan yang selalu.
Melangkah dengan kalimah
Berlindung dalam nur-Nya
Berdiri dengan Alif
Tenggelam dalam titiknya.
Pada minggu lepas juga ada sambutan Hari Talasemia Antarabangsa peringkat Kebangsaan di PTSS. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan. Namun untuk ujian talasemia ia perlu ke klinik arau untuk menjalani ujian. Jadi Fakhrul cancel lah.. Malas nak p ke sana. Jadi rencah. Jadi di situ hanya buat pemeriksaan kesihatan yang disediakan percuma. Alhamdulillah paras darah ok. Gula pun 3.8.. Cuma yang ditegur ialah berat badan sahaja. Takpalah yg ni. Nak buat mcm mana. Dari dulu lagi dok mcm ni ja. Heh..
Berkaitan dengan dugaan pula, Fakhrul terus menerima dugaan. Memang betul. Tapi takpa. Kesabaran tetap ada. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan setiap orang sabar.. Baru ingin gembira tetapi sedih mai semula. Biarlah.. Nampaknya masa sudah semakin suntuk. Minggu depan 19/5/2009 bermulalah final paper Visual Basic. Dapat rasa getarnya untuk menjawab nanti.. Wish me Luck.. Semoga dapat buat yang terbaik kalini. Tadi dah dapat markah test Multimedia authoring.. Amat mengecewakan.. Huh..
Berkenaan dengan gambar2 Malam pra graduan dah di upload ke myspace. Boleh usha di situ. Malas nak upload masuk sini. haha..
Tonton video di bawah..
Video terlalu panjang. Tapi editing smart
Dari kumpulan Boy
SIT 4B

June 24th, 2009 at 4:41 pm
cantik blog….tq sbb mnghargai dak2 sit 4a…harap blh jmp 5 thn lg…ok
June 28th, 2009 at 4:35 am
Ahaks.. Insyallah.. berjumpa lagi 5 taun.