Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

2 dah lepas.. 3 menanti

Add comments

viere

Saja tadi masuk google.. Keboringan taktau nak buat apa saja taip viere. Dan tak sangka naik di first plak viere.net.my dengan carian sebanyak 99,200 result.. Fuh.. Apa yg dicari dengan viere.net.my entah la kan. Tapi takpalah. Sebelum ni pun sebenarnya banyak silent reader. Terdiri dari kawan2, pensyarah dan lain2. Apabila berjumpa mungkin mereka akan ada tanya serba sedikit mengenai perkembangan semasa yang dibaca di blog. Mungkin hits itu dibantu dengan kawan – kawan yang menggunakan subdomain viere.net.my.. Antara yang teraktif ialah sejuk. Takpa.. Akan memantapkan lagi selepas ini.

Ok.. Tinggalkan sebentar itu, kembali kepada tajuk. 2 dah lepas dan 3 menanti ialah final exam. Ternyata 2 subjek killer iaitu Visual Basic dan Multimedia Authoring telah Fakhrul berjaya jawab dengan cemerlang. Insyallah. Kalau PB ok maka result pun mungkin takdak masalah. Apa2 pun tunggu pada result akan datang. Mungkin awal bulan 7? Sama2 nantikan.. Pada selepas ini yang harus difokus ialah Keushawanan Siber, Network dan Web Authoring. Web mungkin takdak masalah.. Network mungkin bermasalah sedikit dengan ada yg tak cukup hafal lagi. Tapi tip yang didapati mungkin akan menyenangkan sedikit dalam menjawab soalan. Pada ujian VB dan Multimedia kami semua mencari soalan dan soalan. Dan alhamdulilah murah rezeki kami semua. 2 soalan yang membawa 50 markah naik 2 kali iaitu ketika di VB dan Multimedia.. Sebelum ini nak menjawab punyalah takut. Yalah.. Sem ni tak seperti semester yang lepas – lepas. Semester yang lepas mungkin ok lagi. Tapi semester ni banyak final mencari sendiri tanpa dibantu banyak oleh lecturer di dalam tip untuk menjawab final. Terima kasih kepada en fadh yang menolong serba sedikit dan memberi pinjam buku.

Tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru dan pensyarah. Tak kisah la apa panggilan. Andaikata ia mengajar kita maka ia layak untuk di panggil cikgu. Dan besar pengorbanan. Cikgu di sekolah masih lagi mengajar anak muridnya untuk berjaya di dalam kehidupan yang akan mendatang. Tak leka sanggup berdiri berjam2 lamanya. Dulu penah ada cikgu kata ” Hangpa kalau tak belajaq sungguh2 takleh sambung belajaq nanti ” Ingat lagi Fakhrul pada perkataan itu. Sungguh. Tanpa usaha kita takkan dapat belajar sampai ke tahap ini dan tertinggi.. Jadi berusahalah untuk belajar kerana ilmu itu tidak habis.

Pada masa ni keletihan dah melanda. Dah puas tidoq harini. Hairan.. Jawab exam pun boleh letih. Ahaks… Minggu depan kami semua akan ke Kuala Lumpur. Lawatan. Harapnya takdak la letih mcm ni. Mau tidak tak syok la plak.

OKeh.. Masa untuk keluar. Buat yang mengenali. Jemput ke rumah ahad. Ada kenduri sepupu kahwin.

Life May 21st 2009

4 Responses to “2 dah lepas.. 3 menanti”

  1. kYle Says:

    Teruskan berblogging :)

  2. Adam Says:

    Canggih. Mau dok perabih BW 30GB tu baru canggih ;)

  3. Afiq Says:

    Ahaks.. Bandwith 100GB kot..

  4. Afiq Says:

    Terima kasih kYle

Leave a Reply