

Alhamdulillah. Habis sudah kesemua final exam Fakhrul. Selepas 2 minggu bertungkus lumus di dalam menjawab final exam akhirnya Fakhrul selesai dengan jayanya. Kalau nak kata jawab tu mmg boleh jawab kesemua. Cuma jawapan tu saja yg taktau samada betul ataupun tidak. Ada juga peperiksaan yang buat senang ja tak study sungguh2.. Petang tu nak exam maka pagi tu baru start study. Nasiblah paper Keusahawanan Siber saja. So kot mana pun bleh goreng gak. Cuma taktau samada gorengan itu betul ataupun tidak. Tak mengapa. Tinggalkan ia berlalu di situ sahaja. Final Exam dah lepas berlalu. Tunggu sahaja resultnya bagaimana nanti. Harapnya tiada masalah lah.
Pada ketika ini Fakhrul baru sahaja pulang dari lawatan kelas selama 3 hari di Kuala Lumpur. Pada hari khamis dan pukul 9.30 malam kami semua bertolak ke Kuala Lumpur. Biarpun pada awalnya dijangka kan kami akan melawat Finas tapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana mereka kata tiada menerima surat padahal sebelum ini sudah membuat confirmation dan mereka kata tiada masalah untuk datang. Apakah yang terjadi sebenarnya? Harap pengurusan Finas mengambil hal serius. Nasib baik kami menelefon dahulu sehari sebelum datang. Andaikata kami terus datang tepat pada masanya mungkin terpaksa pulang begitu sahaja. Kami semua sampai ke Restoren Jejantas Sungai Buloh pada pukul 6.30 pagi. Selepas membuat apa yang patut kami bertolak pergi ke Art Square iaitu dimana syarikat yang mengeluarkan majalah gempak, utopia dll. Kami mula memasuki bangunan mereka pada pukul 10 pagi dan selepas itu diberi penerangan oleh Ketua Editor mereka bagaimana sesebuah magazine itu diterbitkan dan proses-proses yang akan terjadi. Selepas itu kami berpeluang melawat kesemua floor iaitu dimana kami boleh melihat para designer mendesign kartun – kartun yang ada di dalam majalah gempak. Boleh dikatakan kesemua menggunakan komputer Apple. Dan hasil photoshop mereka juga amat pantas dimana mereka perlu menyiapkan 1 page di dalam masa 3-4 jam sahaja. Selepas itu kami berpeluang melihat bagaimana printing transparent plastik dilakukan untuk page yang bercolour. Di setiap floor ada bahagian masing-masing. Semuanya sedang membuat kerja dan ada yang kongsikan ilmu dengan kami semua.
Selepas semuanya selesai kami membeli cenderahati dan buku yang dijual. Fakhrul tidak ketinggalan membeli 2 buah buku cerita dan sehelai T-Shirt. Kami juga diberi poster percuma dan air minuman Gempak Starz percuma. Terima Kasih pada pengurusan Art Square. Selepas itu kami terus ke Kepong untuk menunaikan solat jumaat dan makan tengah hari. Pada kali ini ia ditaja oleh Pak cik Fakhrul. Pada selepas makan itu kami terus ke Hotel di Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Di situ melepak sehinggalah ke aktiviti seterusnya pada sebelah malam iaitu ke One Utama. Di One Utama pada mulanya hendak tgk Wayang. Tapi tak jadi lah pulak disebabkan oleh kerana terlalu ramai yang hendak tgk pada ketika itu. Mungkin disebabkan oleh terminator salvation. Kami memutuskan untuk bermain bowling sahaja dan selepas menghabiskan kami ke McD untuk membeli makan pulang ke Hotel. Walaupun letih ia tidak menghalang untuk membuat There is no secret. Dimana apa jua terasa dan iri hati disebutkan juga malam itu. Alhamdulillah. Bagi Fakhrul walaupun satu ketika dulu pernah terasa dengan mereka tapi itu dah ditutup buku dan sudah di settlekan di semester 2. Dan selepas itu kami semua happy sehingga ke hari ini. Yang ada pun hanyalah sakat menyakat mcm tu sahaja. Biarlah. Tiada yang penting pun bab kucai ni. Ahaks.. Selepas itu di Hotel just bersembang2 dengan beberapa orang kawan di floor sehingga pukul 4 lebeh. Letih juga dan selepas itu terpaksa tidur jugak lah.
Esok harinya kami bersiap untuk checkout dan pergi ke The Mines untuk ke Pesta Buku. Fakhrul hanya membeli sebuah buku sahaja dan bersiar2 di sekitar Mines Shopping Complex pada selepas itu. Kami makan di Kg. Baru yang pada kali ini ditaja pula oleh Menteri KPTM sendiri. Terkejut juga pada mulanya apabila ayah memberitahu dia pass surat tu kepada Menteri KPTM. Terima Kasih kepada beliau. Selepas itu kami ke Puduraya untuk membeli tiket untuk menghantar kawan-kawan pulang ke kampung. Banyak juga kerenah yang perlu dilalui. Yalah.. Pada masa itu terus pecahkan kepada 2 group. Tak sanggup nak dok di situ. Mungkin lagi banyak air mata akan menitis lagi. Mungkin muka Fakhrul time tu kelihatan ok. Tapi dalam hati sebak jugak lah.. Lepas ni akan merubah segalanya. Kerinduan semua pelajar SIT. InsyaALLAH. 5 tahun lagi akan Fakhrul kumpulkan kesemua kita 34 orang di pulau tioman. Biarlah hanya ajal dan maut sahaja yang memisahkan kita tak boleh berjumpa pada ketika itu. Andaikata hayat dikandung badan akan Fakhrul cari sehingga jumpa. Macam manalah agaknya pada ketika itu kan. Hmmm.. Masa dah 5 pagi lebih. Perlu tidur rasanya. Sudah kot. Ada lagi nak tulis. Tapi biarlah ia kekal di memori. Pada mulanya ingatkan ini adalah lawatan yang agak best. Tapi tak best juga disebabkan oleh pemandu bas yang panas baran dan tak reti hormat lecturer. Benar kata orang kesilapan jurupandu suasana akan menjadi tidak seronok. Tak mengapalah. Asalkan dapat berjumpa dengan kawan-kawan buat kali terakhir sebelum berpisah ok lah.
Bagi Fakhrul, semasa mengambil Sijil Teknologi Maklumat dari Sesi Julai 2007 – Januari 2009 adalah sebuah lagi kenangan terindah yang tidak akan pernah luput di fikiran Fakhrul. Kami hidup seperti satu family yang besar di bawah jagaan Cik Virakwan. Terima Kasih cik wan kerana sanggup menghadapi kerenah dan masalah yang kami hadapi. Dan terima kasih buat lecturer – lecturer yang pernah mengajar Kelas SIT 1A, 2A, dan 4A semasa Sesi Julai 2007 hingga Januari 2009. Kami faham kami kadangkala nakal di dalam kelas. Tapi kami tetap jua tumpukan perhatian untuk setiap ujian dan exam yang akan kami hadapi. Sekarang sudah tamat pembelajaran kami semua. Harap dihalalkan ilmu dunia akhirat. Teruslah berbakti pada nusa dan bangsa. Anak-anak murid masih lagi menanti ilmu dari anda semua.
Berjumpa lagi kita nanti di Pulau Tioman ok. 5 tahun lagi. Sila buat countdown. Ahaks.
Hemm.. Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Kawan datang dan pergi tapi sahabat kekal selamanya.. Memori takkan terpadam begitu sahaja. Ia akan tetap menjadi satu ingatan kenangan yang terindah
Layan Samson – Kenangan Terindah
Gambar? Ada Bawah ni










June 4th, 2009 at 12:53 pm
weiiii… sdih si0t yg ni…
xleh bla tme kt pudu…
leh wt ak ngis sx ag…
yg pnting “SIT 1A 2A 4A the best”
June 18th, 2009 at 6:51 pm
Heuu.. tu lah.. nak wat camna ain.. sedeh woo.. Takpa.. jumpa 5 taun lagi