Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Apabila Terlebih Kejar Masa

No Comments »

Apabila terlebih mengejar masa banyak perkara boleh berlaku. Keletihan, tidak cukup tidur, sengal2 badan dan bermacam lagi. Buat masa sekarang di dalam beberapa hari mendatang ini Fakhrul agak sibuk menyelesaikan apa yang patut. Balik perlis pun dan rehat sekejap ja. Selepas itu Epih mai amek untuk pergi ke Air Panas Lenggong. Di dalam perjalanan pergi Fakhrul lebih banyakkan tidur kerana sudah keletihan yang melampau. Rehat pun dah tak cukup. Macam2 kan? heh.. Pada hari Sabtu ni juga bangun2 trus dok depan pc buat apa yang patut. Pastu baru teringat akan untuk menonton wayang Transformer 2 : Revenge Of Fallen. Terus keluar mengambil farid, own dan yon. Semasa di dalam perjalanan sempat juga singgah sebentar di kedai cat untuk melihat progress kerja kereta. Bila p tgk macam ok lah pulak. Entah apa yg tak oknya berdasarkan apa yang diberitahu di dalam telefon. Entah lah.. Ada juga 1-2 tak settle lagi di kereta tu. Nampaknya lambat lagi lah. Mungkin juga siap masa birthday nanti? Ahaks.. Apa2 saja lah..

Berkenaan dengan Transformer pada mulanya terus tekan dan memecut laju ke Alor Star Mall memandangkan sudah terlepas wayang pada pukul 2.20 di Jitra Mall. Tapi apakan daya. Sampai2 tgk dah habeh dah. So terpaksa p ke Jitra Mall semula. Ketika mencari parkir ternampak cedin dan adiknya. Jadi kami pun mencari tiket. Alhamdulillah ada jugak. Sebenarnya ini adalah kali kedua Fakhrul menonton cerita Transformer 2. Yalah tak puas tgk haritu tgk lagi sekali. Macam tu jgak cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Fakhrul sudah pun menonton sebanyak dua kali. Memang kalini kaki wayang sungguh. Haha.. Apa2 sajalah.

Minggu ni ada di penang dengan motosikal. Ya sudah lama tidak bermotor luar dari perlis. Nampaknya rider kembali aktif. Heh, tapi takda pa pun sangat. Ada masa baru kluaq. Mau tadak tu dok saja la dalam poli tu. Tapi terima kasih kepada rombongan dari Perlis yang mai amek exam radio di nibong tebal yang sanggup mengambil Fakhrul dan melepak di Penang dahulu walaupun masing – masing dalam keadaan yang letih. Maaflah kerana tempat last yang dibawa itu tidak seperti yang di rasakan sepatutnya. Haha.. Takpa tunggu next turn ja.

Kisah mengenai hidup terdapat juga banyak. Walaupun orang kata dok jadi apa hidup sorang – sorang. Tapi biarlah.. Lupakan bab tu. Masuk cerita balik ketika kelas Dreamweaver. Alhamdulilah kami semua sudah begitu rapat. Taktau la camna plak bila dah hari – hari last nanti kan. Mesti rasa tak best ja. Dalam kelas macam2 bleh buat. Kadang2 di masa kelapangan walaupun seminit dua pun di isi perkara yang sepatutnya. Agak best gak lah. Dapat bergelak skali. Lawan mengata sekali. Hahaha.. Wateva lah. Oh ya, tahniah pada Faiz kerana dapat hadiah yang paling bermakna buat hari jadinya. Ternyatalah susah nak dapat peluang begitu di lain kali. Hahahaha..

Dah dapat tema baru.. “without racing, there is no HONDA”. hahaha.. wateva la.
p/s: found a reason for me

Life June 28th 2009

Result Final Examku..

2 Comments »

Ahaks.. Banyak pertanyaan kawan – kawan bertanyakan mengenai result. Pada sebenarnya bagi Fakhrul rasanya tak perlu lah untuk mengetahui result memandangkan ia tidak seperti yang di khendaki. Cuma mungkin di sini Fakhrul ingin memberitahu bahawa result web yang diharapkan sangat2 sebelum ini menjadi iaitu mendapat A = 4.00. Alhamdulillah.. Terima Kasih buat cik zaza yang mengajar dan memberi segala ilmu. Result lain pun bagus2 juga. Tapi biarlah.. Kalau rasa nak bagitau nanti Fakhrul bagitau lain lah.. Result dah keluar dah 17hb iaitu kelmarin. Namun pada mulanya ada juga kawan – kawan dapat mengetahui lebih awal memandangkan link yang digunakan boleh didapati di Internet dan ada juga yang bagus dan tak bagus.. Namun semua itu telah berlalu. Alhamdulillah kerana dapat graduate dengan cemerlang. Tak perlu lah nak risau sangat tak lulus satu dua subjek.

result

Harini tak keluar kemana pun. Just lepak2 di bilik dan melayan sinar.fm. Pada kelmarin kami keluar untuk ke pantai dan lepak2.. Selepas itu terus pergi ke Jusco bandar Perda (belakang poli ni ja) untuk beli apa yang patut.. Tu aja.. Pastu masuk balik dan makan2 sebelum tertido awal jugak lah..

Harini kelas mengantuk lagi.. Entah mengapa.. Nak kata tidoq lewat tak gak.. Tidoq agak awal dalam pukul 10-11 camtu.. Tapi bila mai masuk kelas rasa mengantuk mai terus ja. Heuu.. Mungkin kerana air condnya? Ahahaha.. Wateva lah.. Harini dalam kelas belajar CSS.. Hangpa tau ka apa tu CSS? CSS tu Cascading Style Sheet. Yang dok edit2 color la gambaq la dalam myspace tu banyak guna CSS la.. Banyak kelebihan CSS ni.. Sebenarnya dah belajar dah dimasa sem 4 aritu. Tapi kalini belajar lebih advance dan menggunakan dreamweaver dimana pada sebelum ini menggunakan notepad dan Frontpage.

18062009093

Keadaan dalam kelas

18062009097

Mejaku

18062009096

Tanda 1 tu adalah tahap Fakhrul. Sebenarnya ada 0 – 10.. Jadi bab dreamweaver ni 1 dah la.. Hahaha

viere279

Oh ya, Ada wireless yang dibuat di sini.. Tapi untuk 5 orang sahaja lah kerna ada akses internet broadband. :P

viere280

Server.. Semak kan? Haha

Life June 18th 2009

The Lonely Shepherd

2 Comments »

Dah begitu lama ingin mengupdate blog ini. Tapi entah kenapa ketika itu tiada idea untuk menaip padahal pada mulanya terdapat banyak perkara – perkara yang ingin di taip.. Tapi pada petang ini Fakhrul akan mengupdate blog ini biarpun dengan sedikit penulisan.

Pada masa sekarang Fakhrul telah pun berada di Politeknik Seberang Perai untuk mengikuti kursus 3P Prestariang. 3P ialah Program Pentauliahan Profesional yang dianjurkan khusus untuk pelajar di bawah KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Pada kursus kali ini Fakhrul dipilih untuk menyertai Dreamweaver CS3. Kelas sudah pun bermula harini dan pembelajaran adalah menyeronokkan. Banyak ilmu yang Fakhrul dapat selain dari ilmu Dreamweaver sahaja.

Pada masa sekarang juga Honda Civic Fakhrul sedang diubah suai untuk lebih keterampilan. Tunggu edisi dimana ia keluar kedai cat nanti. Buat masa sekarang jika dihitung banyak jugalah duit yang habis untuk membeli bodykit dan aksesori yang sepatutnya. Namun oleh kerana azam ingin berubah yang sudah lama meluap akan Fakhrul teruskan pada kali ini. Sudah banyak kali tertangguh.. Takpalah.. Semoga modify kereta kali ini menjadi kenyataan.. InsyaALLAH.

Pada hujung minggu yang lepas juga Fakhrul berkesempatan untuk menonton wayang bersama rakan – rakan sekelas. Cerita yang kami tonton adalah Jangan Pandang Belakang Congkak. Cerita adalah amat menarik dan tambah menarik apabila ia dirakamkan di Negeri Perlis yang tercinta dan indah lagi permai. Boleh kata gelak keras perut gak la dalam pawagam tu.. Bukan kami sahaja. Tapi hampir keseluruhan penonton.

Pada keesokan harinya adalah akan keluar keputusan final exam. Berdebar-debar rasanya untuk menunggu keesokan hari. Namun akan Fakhrul tempuh dengan penuh sabar andaikata result tidak memberansangkan. Mungkin AKJ tidak lagi di dalam gengaman selepas mengetahui result Visual Basic sangatlah teruk. Aduhh.. Apalah nak jadi. Time exam jawab ikut suka ja.. La ni menyesal takdak dah. Heh..

Banyak cabaran yang berlaku pada hari – hari yang lepas.. Namun biarlah.. Alhamdulillah..Berjaya juga Fakhrul tempuh..
Pada kali ini banyak juga Fakhrul belajar walaupun dah belajar dah.. Di mana orang yang akan mencari kita di masa susah tetap akan ada dimana masa senangnya dilupakan begitu sahaja. Biarlah..

Layan sebentar lagu The Lonely Shepherd. Lagu ini telah mengusik hati kalbu Fakhrul. Ahaks.

lonely

Sunrise!!

15062009092

menerjah ke awan biru

15062009086

Langit itu biru warnanya

img_2754

Mai makan derian ramai2

Ohh ya.. Happy Fathers Day.. Terima Kasih Bapa

Life, Music June 16th 2009

[Mp3&Lirik] Tomok – Rindu Terhenti

No Comments »

tomok

Rata-rata laman blog di seluruh Malaysia menghebahkan tentang penabalan Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 25, sebagai juara One In A Million musim ke-3 apabila undian yang diberikan oleh rakyat Malaysia lebih berpihak kepadanya. Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Kemenangan tersebut membenam impian dua finalis lain iaitu Esther dan Aweera untuk bergelar juara pada pertandingan akhir terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati di sini

Lama dah nak publish tentang Tomok. Tapi disebabkan oleh kekangan masa tak sempat untuk publish. Jadi masa yg ada ini diambil untuk Tomok sahaja. Ahaks..

Lirik

Telah ku tinggalkan
memori silamku itu
tidak ku biarkan
hidupku dibelit pilu
walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

telah ku tinggalkan
memori silamku itu
tidak ku biarkan
hidupku dibelit pilu
walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

ku lupakan mu jua disini
rinduku terhenti
sejak kau pergi menjauhi
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

Nak dengaq?

Download

Download Mp3 Tomok – Rindu Terhenti

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Life, Music June 4th 2009