Dah begitu lama ingin mengupdate blog ini. Tapi entah kenapa ketika itu tiada idea untuk menaip padahal pada mulanya terdapat banyak perkara – perkara yang ingin di taip.. Tapi pada petang ini Fakhrul akan mengupdate blog ini biarpun dengan sedikit penulisan.
Pada masa sekarang Fakhrul telah pun berada di Politeknik Seberang Perai untuk mengikuti kursus 3P Prestariang. 3P ialah Program Pentauliahan Profesional yang dianjurkan khusus untuk pelajar di bawah KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Pada kursus kali ini Fakhrul dipilih untuk menyertai Dreamweaver CS3. Kelas sudah pun bermula harini dan pembelajaran adalah menyeronokkan. Banyak ilmu yang Fakhrul dapat selain dari ilmu Dreamweaver sahaja.
Pada masa sekarang juga Honda Civic Fakhrul sedang diubah suai untuk lebih keterampilan. Tunggu edisi dimana ia keluar kedai cat nanti. Buat masa sekarang jika dihitung banyak jugalah duit yang habis untuk membeli bodykit dan aksesori yang sepatutnya. Namun oleh kerana azam ingin berubah yang sudah lama meluap akan Fakhrul teruskan pada kali ini. Sudah banyak kali tertangguh.. Takpalah.. Semoga modify kereta kali ini menjadi kenyataan.. InsyaALLAH.
Pada hujung minggu yang lepas juga Fakhrul berkesempatan untuk menonton wayang bersama rakan – rakan sekelas. Cerita yang kami tonton adalah Jangan Pandang Belakang Congkak. Cerita adalah amat menarik dan tambah menarik apabila ia dirakamkan di Negeri Perlis yang tercinta dan indah lagi permai. Boleh kata gelak keras perut gak la dalam pawagam tu.. Bukan kami sahaja. Tapi hampir keseluruhan penonton.
Pada keesokan harinya adalah akan keluar keputusan final exam. Berdebar-debar rasanya untuk menunggu keesokan hari. Namun akan Fakhrul tempuh dengan penuh sabar andaikata result tidak memberansangkan. Mungkin AKJ tidak lagi di dalam gengaman selepas mengetahui result Visual Basic sangatlah teruk. Aduhh.. Apalah nak jadi. Time exam jawab ikut suka ja.. La ni menyesal takdak dah. Heh..
Banyak cabaran yang berlaku pada hari – hari yang lepas.. Namun biarlah.. Alhamdulillah..Berjaya juga Fakhrul tempuh..
Pada kali ini banyak juga Fakhrul belajar walaupun dah belajar dah.. Di mana orang yang akan mencari kita di masa susah tetap akan ada dimana masa senangnya dilupakan begitu sahaja. Biarlah..
Layan sebentar lagu The Lonely Shepherd. Lagu ini telah mengusik hati kalbu Fakhrul. Ahaks.

Sunrise!!

menerjah ke awan biru

Langit itu biru warnanya

Mai makan derian ramai2
Ohh ya.. Happy Fathers Day.. Terima Kasih Bapa

June 17th, 2009 at 12:34 am
bestnye makan durian~
June 18th, 2009 at 6:50 pm
hehe… best mmg best.. tambahan lpas mandi plak.. sejuk2 ja time tu.