Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Habis sudah Adobe Dreamweaver CS3 Certification

Add comments

Wah.. Panjang benar tajuk kalini. Ahaks.. Bukan apa saja nak interframe tajuk tu. Hehe. Yup, Dah habis sudah segalanya setelah apa yang dilalui selama 3 minggu. 3 minggu rasa macam sat ja.. Mau tak nya hujung minggu tala balik perlis. Memang rasa sat saja lah.. Dan di dalam ujian untuk mendapatkan 100% juga amat susah.. Di masa menjawab tu agak berdebar – debar kerana sudah dirasakan seperti ada kesalahan. Tapi kejayaan dicipta apabila menekan END dengan terkeluarnya keputusan 100% lulus. Syukur Alhamdulilah Fakhrul dapat lulus dengan cemerlang. Bukan senang nak lulus. Kalau terlebih yakin pun susah gak kan. Baik low profile buat seperti taktau apa dan budak baru nak belajar. Lagipun kita akan belajar setiap hari perkara baru. Teknologi akan berubah dari hari ke hari. Jadi nak kata terer terus tu rasanya tak perlu lah.. Bukan ditujukan kepada siapa2 cuma ingatan buat diri sendiri ja. Dimana kita berada tak semestinya kita dah terer. Ada lagi orang lebih terer dan mengetahui banyak dari kita. So kena terima la. Jangan hasad dengki kalau boleh.. Tu ja.. Adoi, apa melalut sampai kesitu plak.. Takpa lah. Sekadar ingatan sahaja..

Sijil original akan di pos ke rumah. Mungkin di dalam sebulan dua ni kot lah.. Tak sabar rasanya nak tgk sijil tu camna.. Jangan risau nanti dah sampai akan Fakhrul masukkan kedalam ni. Yehaaa.. I’m 100%..

viere281

Nah ni la resultnya..

Ok.. Terima kasih juga buat lecturer iaitu En Siva yang bertungkus lumus mengajar kami selama 3 minggu ni. Di dalam kelas juga sibuk kadang kala bermain CS. Sampaikan ada masa break sat pun boleh jadi dok main CS. Memang gilakan game sungguh sampaikan lepas makan terus masuk kelas main. Kalaulah dibuat pengiktirafan masuk paling awal rasanya Dreamweaver G1 mesti dah menang dah.. Hahaha.. Mau tak nya.. Bleh kata makan cepat2 dan masuk pun cepat2.. Seperti tak bersabar. Tapi alhamdulilah di dalam bermain kami semua lulus dengan cemerlang. Terima Kasih buat kawan2 di PSP. Banyak juga dapat kawan baru. Walaupun boleh dok gelak sekali tapi kenangan tu takmai dah la.. Tunggu pasni lah plak..

Di hari nak balik tu juga pembalingan telur ke Faiz dilakukan. Pada awalnya telur tu untuk Along (Polimas). Tapi selepas Fakhrul memikirkan ada seseorang seperti nak terlepas jadi buat sahaja terus. So seperti dirancang dapat juga kerjasama dari kawan-kawan yang lain. Ya, dah terjadi pun. Ok lah tu.. Jangan marah na. Bufday boi takleh marah.. hahahaha..

Oh berkenaan dengan kereta. Takpa, nak tunjuk sikit.. NeW!.. Civic RS in The Making. Taktau lagi bila nak bleh siap. hahaha.. Tunggu masa ja lah kot. Kalau siap tu boleh interframe sket. Ahaks.. Pa2 pun nantikan kemunculan. Biarlah ia menjadi kereta jahat dulu buat masa lah.. haha..

05072009135

Semasa di dalam kelas softskill yang diajar oleh Mr NG juga dapat banyak ilmu dari dia. Nampaknya dia trainer yang tidak seperti tahu nak marah.. Nak marah tapi takleh jadi marah terlebey.. Ok lah dia ajar pun macam2 dapat. Dari percakapan sehinggalah aktiviti yang dilakukan di dalam Kumpulan. Nampaknya Fakhrul terkandung di dalam kumpulan D. Apa itu kumpulan D? D ialah Dominance. Dominance also know as “Driver” style. Ini adalah personal skill. Selain daripada tu ada lagi bermacam2.. Wateva lah..

03072009130

Time nak cara berjalan dan bersalaman.

imag0097

Di masa pembentangan final project

imag0145

Bersama rakan – rakan seperjuangan

l_911dc5e5c1df485b89e4d646b0a92a1d

Terima Kasih pada cokey yang buat gambar ni.

Wah dah pukul 3 pagi.. Mengantuk nak tido.. ZzzZzz. Apa2 pun terima kasih banyak – banyak pada Kerajaan Malaysia dan Prestariang kerana memilih Fakhrul untuk belajar dan mendapat certification adobe expert ni. Free pula tu. heuu..

Life July 6th 2009

2 Responses to “Habis sudah Adobe Dreamweaver CS3 Certification”

  1. tole Says:

    ala.. bukan selalu kita pekena pait.lpas ni kita pekena lagi.. “civic jahat” yang x berapa nak jahat, bnyak menabur bakti sewaktu di 3p.tq. xpa lpas ni dia jadi baik la tu..

  2. Afiq Says:

    haha… tunggu masa nak jadi bumblebee ja. haha

Leave a Reply