Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

PPSMI dimansuhkan

Add comments

Assalamualaikum. Posting kali ini berkaitan dengan PPSMI di mansuhkan. Banyak cakap2 ada yang syok dan malah ada yang tidak menyokong pemansuhan ini pula. Bagi Fakhrul, lebih elok ia tidak dimansuhkan dan diteruskan. Kenapa Fakhrul berkata begitu? Di dalam dunia pada masa sekarang bahasa inggeris amat diperlukan. Ketika di dalam persekolahan Fakhrul tidak dapat mendalami PPSMI kerana batch Fakhrul ialah batch yang terakhir sekali pengajaran di dalam BM. Apabila kita menjenguh ke IPTA / IPTS atau ke mana2 sahaja menara gading pada masa itu bahasa melayu tidak digunakan di dalam teknologi, sains dan matematik. Ini kerana setiap hari ada sahaja kajian santifik dan teknologi baru dikeluarkan setiap hari. Ya, setiap hari. Dan dengan mahirnya kita di dalam bahasa inggeris akan mempercepatkan lagi pemahaman apabila sesuatu berita itu keluar. Kalau andaikata nak tunggu semua itu dimelayukan? 2 tahun lagi belum tentu lagi artikel itu dimelayukan dengan teknologi yang semakin hari semakin pantas. Kenapa perlu bahasa inggeris? Kerana kita akan cepat paham berbanding bahasa melayu. Ok, amek contoh yang terdapat di dalam internet ni.

Istilah Komputer Orang Malaysia Beginilah akibatnya orang Malaysia
menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah:
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client= pelanggan

Contoh:
“That server gives a plug and play service to the clients using either hardware
or software joystick. The joystick goes into the port of the client.”

Translated:
“Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan
batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia
itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan

Ya, apabila di bahasa melayukan ia seperti entah apa2. Fikirlah hard disk sebagai cakera keras. Tak ke pelik bunyinya. pernahkah anda pergi ke kedai komputer dan meminta dan menyebut cakera keras? Fakhrul pasti mungkin ada sesetengah. Tapi boleh dikatakan hampir semua akan ke kedai dan tanya “Tokey, hard disk ada tak?”

Jika hendak dimelayukan sekalipun negara kita tidak cukup penterjemah. Rasanya sasterawan yang membangkang tu pun takmau jadi penterjemah dan penterjemah bahasa seumur hidup. Jika kita cukup dan banyak penterjemah maka ini tidak menjadi masalah. Mungkin ada suara2 sumbang mengatakan bahawa perancis, jepun dsb hanya menggunakan bahasa ibunda mereka dan boleh maju. Benar, kerana mereka ada penterjemah dan mencipta teknologi. Pada masa sekarang Malaysia boleh dikategorikan sebagai transfer teknologi. Kita bukan lagi mencipta. Kalau kita mencipta pun adakah kita mencipta di dalam bahasa melayu? Adakah rujukan kita menggunakan bahasa melayu? Tentu tidak sekali. Bahasa inggeris lah yang digunakan.

Negara-negara seperti Itali, German, Perancis, Jepun, Austria, Czech, Poland, Russia, China, Sweden, Finland. Mereka mempunyai cendiakawan yang mungkin lebih hebat dan bijak dari kita dan Profesor berganda-ganda ramai berbanding kita. Tetapi negara-negara ini tidak pernah untuk menjahanamkan tamadun dan bahasa sendiri malah penguasaan Omputeh(English) mereka masih terbaik dibandingkan dengan kita dan mereka maju dan mara ke hadapan. Ini kerana mereka mempunyai banyak cendiakawan berbanding malaysia yang tidak menolong orang2 malaysia sendiri

Dan masalah satu lagi ialah di mana ada sesetengah (Harus di ingat sesetengah bukan semua ya) cikgu yang malas nak mengajar di dalam BI. Pengalaman dan luahan ni dapat ketika di sekolah dahulu. Masa tu dah mula dah dalam english. Ada cikgu mengeluh. Ya, kenapa perlu mengeluh. Bukan kah tanggungjawab pendidik itu kepada anda. Sekiranya ada mengeluh dan malas nak mengajar maka murid2 apa lagi. Lagilah bertambah malas nak belajar dan kurangnya minat untuk belajar. Dan luahan ini boleh di dengari di radio sehari selepas pemansuhan PPSMI ini. Ramai dok canang kot balik radio yang setuju dan kurang rasa malas.

Pada hemat Fakhrul kita sebenarnya memerlukan tuning yang bagus dan dengan itulah kita akan berjaya. Sistem pendidikan perlu distruktur semula. Sebab ada cikgu tidak dapat fokus pada pembelajaran. Yalah, kena check rekod tu lah, rekod ni lah, buat kerja tu lah, buat kerja ni lah kena p kursus lah. Banyak lagi idea untuk memantapkan sistem pendidikan negara. Lagipun bahasa arab tidak dilupakan kerana kelas bahasa arab juga diajar pada sek rendah pada masa sekarang.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains boleh mendedahkan pelajar pada keadaan sebenar sesuatu teknologi yang kita pelajari sekarang. Bukannya kita membelakangi bahasa ibunda kita sekiranya pengajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

Dengan adanya PPSMI ini pelajar2 takkan mengalami kejutan budaya ketika memasuki menara gading. Rasulullah S.A.W pernah berkata tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China. Kalau kita ke China sekalipun kita perlu belajar bahasa mereka. Mereka ada gedung ilmu. Macam Fakhrul kata tadi yang buat masa sekarang Malaysia masih banyak transfer technology dari create technology. Apabila kita berjaya di dalam transfer technology pada masa itu nak buat bahasa melayu pun tiada masalah dan masa tu kita dah boleh cipta bermacam2 dah. Di masa yang cepat ini kita perlukan penguasan ilmu. Ilmu bermacam2 bahasa. Tapi kebanyakkan di dalam bahasa inggeris. Jadi untuk memantapkan lagi kita perlulah menguasainya terlebih dahulu.

Jika anda kata dengan PPSMI ni akan boleh membunuh bahasa ibunda. Ok, saya ada seorang kawan yang berada di perantau di Jerman. Apabila saya ym dengannya beliau masih bertutur bahasa melayu dengan elok biarpun sudah 4 tahun di sana. Ini kerana bahasa ibunda takkan dapat dilupakan. Lagipun PPSMI hanya menitik beratkan kepada bidang matematik, sains dan teknologi sahaja. Ia tidak berkait rapat pun dengan perbualan seharian. Adaka p menyembang kat kedai kopi tepi2 jalan nak sembang mengenai sains. Sudah pasti tidak. Banyak sembang2 kosong dan mohong banyak.

Bahasa ibunda takkan dapat dilupakan walaupun kita belajar bahasa lain. Ingatlah kita hanya belajar untuk memantapkan lagi pengetahuan ilmu mengenai sains, matematik dan teknologi selaras dengan visi Wawasan 2020. Jika kita tidak maju pada masa sekarang pada masa bila lagi kita nak maju. Sebenarnya PPSMI ni perlu dibiarkan selama 20 @ 30 tahun. Tgk lah Proton. Dulu kereta agak teruk gak la.. Tapi la ni cuba bandingkan persona dengan saga. Pastinya persona sekarang sedap di naiki berbanding saga pada masa dikeluarkan dahulu.

Mari kita lihat kembali sejarah. Apa peranan Abdullah Munshi kepada rakyat Melayu Melaka di zaman beliau? Untuk menolong bangsa Melayu, Abdullah Munshi belajar Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan baik dengan Stamford Raffles. Jadi apa itu Bahasa Inggeris?

Satu medium atau perantaraan. Dengan menggunakan perantaraan ini banyak yang kita dapat lakukan, salah satunya menolong mereka yang jahil tentang ilmu berkaitan Bahasa Inggeris..

Reverse the question.. Apa ilmu yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan atau medium? Apa ilmu yang ‘significant’ yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan apa ilmu kritikal yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris?

Dengan bahasa inggeris kita akan lebih memahami apa jua yang terkandung dan dikeluarkan pada ketika itu. Berbanding dengan bahasa melayu yang perlu diterjemahkan dahulu untuk memahami. Ini kerana di dalam english ia senang kerana berdasarkan konsep sudah boleh faham macam mana. Fakhrul tak nafikan yang dalam bahasa melayu pun boleh. Tapi tu lah, berapa kerat penterjemah yang kita ada? Jika masalah penterjemah ni boleh diselesaikan maka PPSMI tidak diperlukan. Macam tu lah negara2 maju seperti Jepun, Perancis, Jerman dsb apabila ada saja buku yang diterbitkan maka dengan cepat mereka mengalihkan ke bahasa ibunda mereka. Kita? Mungkin 2 taun.. Takpun 4 taun lagi belum tentu pasti semua itu dialihkan. Oh bangsa ku.. Sampai bilakah kita hendak maju ke hadapan.

Panjang benar penulisan pada ketika ini. Mungkin ada pandangan dari pembaca sekalian amatlah dialukan. Sudahlah kot takat ni. Nak keluar plak. Lalala…

Artikel, ICT, Life, News, Webbie July 10th 2009

7 Responses to “PPSMI dimansuhkan”

  1. rose Says:

    betul tu..ppsmi tak harus di mansuhkan..
    i sedih bende ni di mansuhkan..
    sbb i kan bakal cikgu math yg di taja mara untuk ajar anak2 bangsa kite..
    hope sgt kalau depa nak sangat maths n science dlm BM, hanya pada peringkat skolah rendah shj..

  2. tole Says:

    owang melayu x akn dapat bersaing.. memang betul kita perlu mertabatkan bahasa… ya saya sokong, tapi mengikut cara kerja zaman sekarang semua paten pembelajaran dalam bahasa inggeris, istilah pun dalam bahasa inggeris, satu dunia pakai benda yang serupa.. sedih, tapi ada owang x sedaq yang sebenaqnya PPSMI ni la yang akan bantu student dan orang KITA pada masa akan datang, dunia sekarang semuanya pakai bahasa inggris, kita da x boleh ditakok lama, yer la kan; balik umah ngadu mak PPSMI ini susah, selalu dapat keputusan teruk, bleh terima lagi, ni BM pun dapat 7,8 macamana.. ynng penting kemahuan sendiri..

  3. tole Says:

    pandangan aku terpulang pada diri seorang pelajaq, tapi PPSMI penting dan nak bantu ank bngsa kita.. tapi sayang ada sesetengah daripada orang kita suka politikan bnda2 camni, dan x mempunyai pandagan jauh..

  4. musa Says:

    Buat mereka yang anti ppsmi

    tanya kat bengkel kete, atau mekanik akan tanya anda masalah kete yg rosak “tuan hamba punya kereta ada masalah kebocoran CINCIN OMBOH, saya dah periksa ACI ENGKOL dalam keadaan baik”

  5. Afiq Says:

    @ rose – tu lah.. apa nak bleh buat. Apabila ia dipolitikan macam2 terjadi. heh

    @tole – Depa takmau bangsa depa maju. Tu sebab depa kata macam tu. Lagipun perlaksanaan baru ja bermula 2005 fully ppsmi. Patutnya tunggu dulu

    @musa – Rasanya takda kedai yg kata macam tu.. Piston, Ring, Timing Belt dll sudah sebati.

  6. tole Says:

    betul sokong cakp musa tu.. sama klu pegi kedai komputer tanya ingatan capaian rawak depa tau ka pa dia… nganga la yang dok dekat kaunter tu…. lain pada habaq RAM ja… x kan sok2 klu nak menetap dekat oversea nak g kedai komputer mat saleh nak ckap mai ingatan capaian rawak…” maua dok uat mat saleh tu balas “MAI SECAWAN” x haru ka..

  7. Afiq Says:

    @ tole – Kita memerlukan bahasa tersebut untuk menambah ilmu dan pembangunan negara dan bukannya kita mengikut budaya cara hidup barat. kita sudah jauh ketinggalan, sampai bila kita mahu duduk berdiam diri begini? sudah sampai masanya kita mencipta sepenuhnya sesuatu di dalam negara kita dan negara kita akan dikagumi seluruh dunia. bukan saja dari segi etnik yang perlbagai, bersatu padu, mampu menggunakan bahasa yang pelbagai malah dapat mencipta sesuatu yang dapat dunia kagumi.
    Malaysian, jangan jadi pak turut…negara-negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris telah lebih awal maju daripada kita dan mereka rasa mereka tidak memerlukan bahasa tersebut. sementara kita? fikirkan…..jangan terlalu berada di dalam kotak yang sempit. pepatah melayu sendiri menyebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. malah kita baru setengah jalan apa kita sudah putus asa?

Leave a Reply