Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikirkan derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

July 14th, 2009 at 11:33 am
betul,di setiap ujian yg diturunkan adalah utk menguji keimanan kita..so kena bersabar ats apa yg diturunkan.mcm ada satu ayat tu,kadang2 Allah hilangkan kita matahari, dia gantikan pula dgn hujan dan petir,tanpa kita sedar akan hadir pelangi indah
July 14th, 2009 at 7:16 pm
@ sepi – Yup. Oleh itu kesabaran pun perlu tinggi. Lagipun sabar tu separuh dari iman. Pasal ayat tu betul. Ada dah sebelum ni. Di sini Sudirman – Pelangi Petang