Salam. Sebenarnya dah lega dah la ni. Cuma sebelum ni ja demam kebah yang tak lega. Banyak hari jgak la. Dkt 4-5 hari camtu. So tak banyak aktiviti yg dibuat. tidur dan bangun hanya untuk alas perut dan ubat sahaja. Lepas tu sambung balik tidur.. HP mmg silent dan letak ja dalam almari. So buat kawan2 yang dok contact tapi tidak terjawab tu minta maaf la ya. Rasanya domain viere.net.my ni pun dah nak expired haritu pada 26hb. Tapi dah bayar dah awal2 haritu untuk 2 tahun lagi. Nampaknya 2 tahun lagi lah domain ini akan wujud. Taktau lagi lepas tu macam mana plak kan. InsyaALLAH jika tiada aral melintang semoga ia kekal hingga akhir hayat dan sehingga syarikat yang menjadi agent domain ini pun masih wujud sbb ada kawtim sket. Hehe.. Seingat Fakhrul domain ini dibeli daripada tahun 2006 lagi. Jadi cukup ulang tahun ke tiga domain ini. Satu masa yang lama juga berblogging. Namun ini adalah domain ke tiga Fakhrul. Sebelum ini menumpang di perlisonline.net dan ada lah satu lagi dirahsiakan. Dan selepas itu barulah bermula era viere.net.my diwujudkan. Biarpun pada ketika .my boleh ditukar Fakhrul jadi seperti malas. Bkn pa, nak kena ejas hotlinking yang dah ada di dalam dunia maya ni. Takpa lah. Sekurang kurangnya masih setia pada .net.my. Ahahaha..
Baru – baru ni ada seorang sahabat mengajak memasuki facebook. Pada mulanya mmg nak menolak. Pikir balik ada apa lah sangat dengan facebook ni? Myspace, Friendster, Tagged, Dermarian dll pun tak terurus. Hahaha.. Jadi rasanya tak perlu lah kot. Eh.. Tapi sat.. Tgk bawah ni..
Dah ada dah. Hahahaha.. So kawan-kawan yang mana ada FB dan masih belum menjadi kawan Fakhrul maka add lah ye! Di FB juga jumpa ramai lecturer ketika di POLI. Begitu juga ada seorang dua rakan lama yang baru saja jumpa. Ahaks. Layan FB rupanya hangpa. Haha.. Takpalah. Tu saja lah kot setakat la ni. Nak keluar sat ada meeting. Hoho..
Di dalam la ni masih di dalam era kesibukkan. Project I-Cerdik iaitu e-learning untuk KPM masih on road. Nantikan.

