Berkenaan dengan 1 Julai sebenarnya tiada apa yang specialnya. Cuma sekadar hari sahaja. 1 Julai juga membawa seribu kenangan sebelum ini. Dalam beberapa hari lagi nampaknya berpisah lagi. Selepas 3 minggu syok dengan kawan-kawan baru terpaksa berpisah lagi. Takpalah.. Ada rezeki berjumpa lagi di kursus akan datang.
Esok 2 hb Fakhrul akan menghadapi Ujian untuk menentukan samada lulus atau tidak dan layak kah untuk mendapat sijil daripada Adobe Dreamweaver. Sebenarnya sijil itu amatlah berharga dan berguna untuk dimasa hadapan. Biarpun software selalu diupdate tapi tidaklah update itu banyak sangat. Tetapi update itu boleh dibelajar. Hanya memerlukan buku sahaja anda sudah boleh menjadi pandai. Itulah sebab kita memerlukan lebih banyak membaca dan membuat kajian.
Isu kereta nampaknya tidak akan settle selagi Fakhrul tidak pulang ke Perlis. Disebabkan takut tersalah cat biarlah time ada di Perlis senang. Nanti kalau dah siap tak puas ati tak guna gak kan.. Rugi ja. Tgk lah camna pasni. Side Mirror pun belum sampai lagi. haduihh.. Mengenangkan nasib. Bila lah nak sampai.
Tadi baru ja lepas buat video call dkt kawan2 di Perlis. Nampaknya mereka sedang melepak di tepian seagate. Dan pasni mmg takdan nak jumpa kerana hampir semuanya akan pulang ke kampus masing – masing untuk meneruskan pembelajaran.
InsyaALLAH ada masa sampai jua nanti di KL dan Melaka. Nantikan kedatanganku dengan Civic RS in The Making. Ahaks.
Namun semua tu taktau lagi bila nak boleh p. Dok menanti hari ja. Lagipun pasni tetap sibuk kerana 3 bulan yang ada di dalam program terbaru yang baru sahaja dapat petang tadi.
Baru2 ni juga dapat berita semasa Micheal Jackson a.k.a Mikael meninggal dunia. Terdapat banyak spesikulasi yang berterbangan. Biarlah. Tengoklah macam mana nanti. Nampaknya pergi seorang Raja Pop yang juga diminati oleh Fakhrul. Terkejut juga apabila masuk ja kelas, trainer ada bagitau mengenai MJ yang meninggal dunia. Takpalah. Dah sampai masanya.
Broadband disini sudah menjadi bengong. Apabila kedudukan laptop diubah sat ja tiba2 akan disconnet. Entah apa penyakit yang berlaku. Heh..
