Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Mengidam kemudi baru

2 Comments »

Assalamualaikum.

Pertama sekali Fakhrul ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan biarpun puasa sudah beberapa hari dah. Bkn takmau post haritu. Tapi disebabkan rasa yang malas nak menaip tu lah yang terjadi tertangguh beberapa hari tu. Dan tidak lupa juga Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.

Oh ya, berkenaan mengidam kemudi baru tu memang sungguh. Dah lama dah mengidam untuk mempunyai sebiji. Apa tu kemudi? Steering kereta lah. Haha. Steering kereta ini telah digunakan di EK 9. Kira kot mana pun amek dari halfcut lah. Takpa lah. Dah order dah pun dari pada seorang kawan di johor. Tunggu masa ja untuk sampai ke perlis. Nun jauh di selatan. Hoho.. btw, ni lah steering tersebut.

Image000

Image007

Inilah kemudi yang di idamkan tu. Dijangka akan tiba di rumah beberapa hari lagi. Ahaks. Bak kata orang termimpi2. Hahaha.. Melawak saja. Di dalam sahur selama berpuasa ini memang tak tidur dari malam. Kira tidur pun dalam pukul 6 lebih. Bukan buat apa sangat. Main game ja. Sahur pun jenuh tunggu habis sesuatu misson baru bleh p sahur. Kegilaan bermain game menjadi jadi.

Sebelum ni pun mengilakan bermain game di facebook. Game yang dimain ialah UNO. Rasanya mesti ada yang pernah dengaq kan? So yang ni bleh main online. Dimana sahaja berada asalkan ada akses internet b0ley saja. Ahaks. Game ni juga telah menjadi gian kepada kawan-kawan yang lain. Jgn marah na. hahaha..
Mau brani j0m la jumpa di l0bby. ahaha… Tapi Fakhrul hanyalah seorang player yang tak reti main sangat. Selalu dikalahkan oleh champion wani dan champion pandey. h0h0.

Life August 27th 2009

Setahun Sudah Berlalu

2 Comments »

Berkenaan dengan setahun sudah berlalu ialah tiada apa2 pun sangat. Teringat nak tulis ja tadi time balik dari rumah naqib. Dok dengar sinar tiba2 di pasangkan lagu Alleycats – Setahun Sudah Berlalu. Layan la sat. Haha.. Xpa lupakan saja perihal itu.

Berkenaan dengan pengalaman ketika di Perak amatlah berfaedah sedikit. Berfaedah tu dapat jugak jumpa kengkawan dan keluar dari negeri perlis setelah sekian lama tak keluar. Kalau dok pi pun paling jauh penang. Tapi sudah menjadi seperti kebiasaan kerana Perlis – Penang tak jauh mana. Sejam stgah dah sampai dah. So Ipoh ni jauh la sket. So di sana berjumpa la jugak dengan man dan kawan2 dia. Ada juga keluar merayap dengan Hafiz tgk lelumba kereta. Ahaks. Nasib lah pandey ada turun di Ipoh. Kalau tak mungkin boring sat kot setengah. Seperti taktau nak buat apa tu. Heuu.. Tapi apa2 pun terima kasih atas layanan Nu’man ketika di Ipoh. Ketika di dalam perjalanan Fakhrul bersama Naqib dan menghantar beliau berkawan dengan unggas di terong, perak. Lepas tu baru meneruskan tayar golek sehingga ke Ipoh.

Tapi apa lah nasib badan dok Ipoh ingat boleh la jugak jumpa servis center lenovo tu. Tapi hasil pencarian alamat membawa kepada rumah teres. Heh, xpa lah. Nanti p ke tempat lain plak. So selepas berada di Ipoh Fakhrul juga pergi melawat di Lumut. Tapi time tu pun nak balik dah. Ok lah tu. Lagipun Ipoh – Lumut dalam sejam ja. So bila bawak tu tak terasa la sangat lamanya. Hehe.. So di Lumut ada juga sembang perkara2 yang sepatutnya.. Takpa lah. dah habeh petang tu kami bertiga memulakan perjalanan untuk pulang ke Perlis. Tapi ketika dalam perjalanan singgah sebentar di Penang bersuka ria sebelum bertolak balik 3 jam selepas tu. Buat apa sampai 3 jam? hahaha.. Adalah. Biarlah rahsia.

So esok dok nampak macam nak ke Penang lagi. Nak mencari sparepart kereta yang sepatutnya. Semoga jumpa lah. Harap2 macam tu lah.

Life August 19th 2009

Asri Rabbani ‘pergi tak kembali’

No Comments »

b8f3f5f42b4b42de2a0c7683c225a303Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut – yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

“Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.
0e81e2aa8a949c6f6a8b6f6dec954b26

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu ‘Pergi tak kembali’ itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik – album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

p/s: Dapat berita ni pagi tadi. Mula2 terkejut jugak la. Yalah, sebelum ni tak penah dengaq apa2 pun pasai dia ada penyakit. Tapi tu lah.. Sesungguhnya setiap manusia tak mengira usia akan dipanggil jua kembali. Asri ni adalah hampir2 mirip pak chaq Fakhrul. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.Takziah buat keluarga arwah..Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri bin Ibrahim. Lagu-lagunya menjadi inspirasi dan wadah dalam berdakwah di bumi Allah ini dan akan dikenang sepanjang zaman generasi. Usaha dakwah beliau akan dirahmati selalu. Sebenarnya kumpulan Rabbani ni meningkatkan juga nama Malaysia di persada antarabangsa. Sbb melalui konsert mereka pada satu ketika dahulu dan dakwah2 yang dilakukan oleh mereka. Kalau di sebut Malaysia maka mat salleh mungkin akan sebut Tun Dr. Mahathir, Rabbani, Raihan, KLCC.

Takziah

Life August 14th 2009

Betoi ka sibuk @ buat2 sibuk?

No Comments »

Pertanyaan itu ditanyakan kepada Fakhrul oleh seorang kenalan. Katanya lama la ni susah nak contact Fakhrul. Heh.. Sungguh Fakhrul katakan bahawa entah semenjak dua ni memang sungguh kalut. Mana ada masa nak pikiaq benda2 lain. Hal2 lain. Hal2 yang x sepatutnya. Namun biarlah. Kalau dia menjadi diri Fakhrul tentu dia tau sesibuk mana Fakhrul. Sampaikan la ni laptop shidin masih tersadai (dah buat sket). PC aiman pun masih belum disentuh. Dan apatah lagi kereta iaitu kenderaan yang di sayangi masih belum di basuh walaupun sudah beberapa hari di ambil dari kedai cat kereta. Nampak macam sibuk kan? Heh.. Itu lah ironinya kehidupan ini. Sentiasa saja ada perkara yang hendak dan perlu di buat. Kelmarin ada juga di tegur oleh Mat Razin. Katanya lama la amat susah nak contact Fakhrul. Haha.. Ya lah, hp mmg rasa seperti tidak wajib dah la ni. Rasa nak guna baru ada dekat. Mau rasa cam takdak pa tu rasanya dok tempat lain lah kot.

Tadi dah test kelisa dia. Agak best jugak la. Enjin yg ditukar pun baru lagi. Ok lah tu.. Nampaknya sudah ada saingan la nanti. Ahaks. Nampaknya pada hari jumaat ini Fakhrul akan ke Ipoh. Dan mungkin juga ke kuala lumpur. Tapi Kuala Lumpur itu belum lagi di muktamadkan kerna masih banyak perkara yang perlu dibuat. Tapi tu lah.. Rasa cam lama la plak tak p ke KL. Hahaha.. Xpa la.. Nanti2 lah. Lepas raya ka. Biarlah siap dalam kereta dulu. Pastu baru pikiaq camna nak p ke KL. Banyak benda lagi yang nak dibuat. Kereta pun xda sgt la ni. Mau nak guna pun kena p amek di kangaq la disebabkan V6 itu di cat baru. Heuu.. Xpa lah. Ok la tu. La ni pun derek mangkit pun dah pukul 12 lebeh. Kadang2 lajak sampai pkul 2 camtu.

Selepas ini nampaknya akan hilang pula 2-3 bulan. Hmm.. Nampak macam satu masa yang lama. Takpa lah. Tgk dulu camna.

Oh ya, baru2 ini Fakhrul di tegur oleh seorang yang rasakan pelajar sek men lagi. Nak tau dia kata apa “Abg ni sek men lagi kan?” So Fakhrul jawab. “X lah. Dah habeh dah” pastu dia kata lagi “Oh ya, baru habis form 5 lah?” jadi Fakhrul berfikir sejenak. Huh, muda lagi rupanya aku ni. hahaha.. Xpalah..So jawab kat dia “Dak lah. Dah habeh 3-4 taun dah..” pastu dia pun kata “Oh takpa. Silap orang lah kot. Sorry”. Hehe.. Mungkin ada persamaan kot. Nak kata budak sek takkan la budak sek boleh simpan rambut2 panjang kot. Sbb sampai la ni Fakhrul masih tidak lagi memotong rambut. Malas la plak. Haritu dok target nak simpan sampai raya. Dok nampak cam nak p gunting esok ja. Tgk macam mana adakah berjaya misi ni @ x. Haha..

Begitulah perbualan Fakhrul dengan dia ketika tengah kalut time tu. Hahaha.. Whatever lah.

Ada seseorang kenalan ni bertanyakan hal politik pada la ni dekat Fakhrul. Jawapan Fakhrul hanya satu saja iaitu Fakhrul akan mendiamkan diri berkenaan hal politik. Sebenarnya dah lama dah. Malas nak kata apa lagi dah. Mau kata satgi kot silap plak kan. So baik sengap ja. Buat macam taktau.. Biarlah pemimpin yang menentukan apa yang patut dan tidak. Kalau rasa bagus gunakanlah kuasa tu. Apa guna ada kuasa mengundi tapi dok pongpang lebeh dari ahli politik?

Cukup sekadar pada kali ini. Bersambung lagi di posting akan datang. Letih mau tidoq.

Life August 13th 2009

Kelalutan Yang Lebih

No Comments »

Kekalutan boleh jadi macam2. Kadang2 dok kalut banyak benda yg rancang tak jadi @ jadi lambat. Tp jadi lambat ok lagi dari tak jadi kan. Heh.. Dalam seminggu ni awat tah kalut lebeh ja. Banyak benda dok buat. Naik letih badan ni nak membuat benda yg sepatutnya dan tidak sepatutnya. Dari mana nak mula dulu tah.. Takpa. Mula hari jumaat lah. Oh ya… Pada hari jumaat haritu dah cukup pun countdown yg Fakhrul buat sebelum ini. Iaitu di pukul 12:34:56 sec di tarikh 7/8/09.. Jadi pun 1,2,3,4,5,6,7,8,9.. Haha.. Bukan senang.. Namun tak sempat nak snap apa2 time tu. Takpa lah.. Terlepas sudah peluang. Whateva.. Hari jumaat tu juga kalut.. Tidoq lewat bangun awai. Mau tak kena bangun awai. Parent p KL. So jadi tugasan mcm biasa la dengan menghantar adik2 dan buat apa yg patut. Dalam tu juga dok kalut ada yg tak cukup. Haha.. Macam2..Oh ya, al kisahnya dah amek pun baju melayu @ raya. Dah siap pun dengan warna hitam. Tersimpan rapi di dalam almari. Tapi tu pun terkena dengan sepupu.. Katanya “posa pun belum dah siap baju raya”.

Tapi yg p amek baju tu hari khamis. Dah naqib ada so p dgn dia la. Dia pun free plak time tu. Ada gak memba2 bleh sembang. Takpa.. Balik pada hari jumaat. Time sembahyang di masjid Arau tu ada juga jumpa 3-4 orang kenalan lama. Sempat juga bersembang. Ada yg dah bekerjaya ada juga yang masih belajar. Tahniah. Semoga teruskan usaha ke peringkat tertinggi. So petang tu takda apa yg nak di buatkan sangat. Cuma teman mat razin p tgk kereta dia. Nampaknya WJY dah siap dah. Bleh la nak tumpang perentam nanti ni. Hahaha..

Harini aktiviti adalah menonton wayang G.I Joe. Namun dalam kekalutan dekat 3.40 jugak la baru bertolak dari perlis. Jadi apa lagi. Macam biasa la. 170 diatas angin la. Haha.. Sampai pun time tu movie dah start 10 minit. Terkandas beberapa minit di traffic light changlun. Nampaknya changlun sudah di landa jem. Kerna time nak balik pun tgk dok jem lagi. Nampaknya pasni kena cari jalan alternatif lah dari mengelak kesesakkan yang mendatang tu. Heuu.. So komen tgk G.I Joe ni agak best jgak la. Banyak gadget canggih yang dihasilkan. Banyak juga aksi2 yang membolehkan memukau penonton apabila menengok. Ada juga aksi yang menakjubkan. Macam2 lah senang kira. Haha.. Al-kisah p tgk dgn naqib, numan dan mart. Selepas ja tgk man dan mart meneruskan perjalanan pulang ke ipoh manakala kami pulang ke perlis. Untuk man ingat pesanan naqib. Pukul 5 ok. Kalau hg takleh kami ada. Hahahaha.. Lawak ja no.

Lepas ja balik terus ke kedai cat untuk mengambil kereta. Hemm.. Puas hati jugak la selepas lama mengidamkan. Cuma rasa cam menyesal la plak suruh p tambah pearl aritu. Tapi takpa la.. Ni pun ok dah.. Agak kelia dah.. Ahaks.. Buat orang2 melaka dan kl nak tgk bleh. Hangpa mai turun ipoh la. Kita tgk puas2 ok? hahaha.. Yang pastinya “The Power of Dream”.. Langkah seterusnya ialah untuk membeli momo. Tunggu sat saja. Lalala..

Life August 9th 2009

Lama tak dengar berita?

No Comments »

Al – kisah lama tak dengar berita itu baru2 ni terkeluar dari mulut seorang kenalan lama. Ya, lama dah kenai. Dari sekolah rendah lagi. So sembang2 lah apa yg patut. Bukan lupa trus tapi kadang kala sibuk jgak. So mmg tak tercontact lah. Namun Fakhrul di sini ok saja. Kalau nak kata perubahan ketara tu rasanya takdak la kot. Hanya sebagai insan biasa saja.
Takpa. Tutup lah cerita tu. Takdak penting sangat mana pun kan.

ru_011

Baru – baru ni terkejut dengan berita Yasmin Ahmad meninggal dunia. Banyak juga cerita2 yang keluar. Ada juga kawan – kawan yang minta pendapat. Bagi Fakhrul biarlah. Itu dia dengan ALLAH. Dia dah takdak dah di dunia ni. Buat apa nak di ungkitkan lagi. Jadi pemergiannya satu kehilangan lah buat industri perfileman dan iklan di malaysia. Bagi Fakhrul iklan – iklan raya, merdeka dll mmg menyedih hati jika di tengok berulang kali. Walaupun kadang kala ia dikecam hebat oleh orang2 lain tapi itulah ragam orang malaysia. Antaranya ialah.

Rasanya menyayat hati pun ada kan? Hehe.. So siap sedia lah tisu banyak2. ahaks. Terjumpa pula tribute ni.

3771169805_79cc049947_o

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat….
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..

~ Umar Khayyam ~

Sedekah lah al-fatihah untuk arwah. Semoga ia ditempatkan di kalangan orang beriman.

Baru – baru ini juga sijil daripada Adobe dah dapat. Tgk macam biasa ja. Takpa lah. Ok la tu susah gak nak dapat. hehe.. Tapi yg syok dalam sijil tu tulis expert in dreamweaver cs3 lagi. hahaha. Expert la sangat kan.. Mai try dulu la. haha..

Pagi tadi jgak dikejutkan oleh beberapa msg dan call dari kawan2 yg dok kata ayah Fakhrul masuk paper. haha.. Bangun ja saja tgk kosmo. Mmg ada pun. Gambar dia dgn yb sabry. Takpalah.. Tgk dkt berita harian (muka depan) ada plak gambar pekerja tu. Heh. femes dia. Baru ja masuk kerja sebenarnya. haha.. Takpa lah. Ok lah tu. Bukan senang nak masuk paper kan.

Hari ni juga dok kalut dengan bermacam2 perkara. Antaranya kursus yang akan dimulakan di dalam masa yg terdekat. Kalut jgak la mula2. Tapi nak buat camna. Terima je lah. Dan andaikata dapat tawaran sambung blajaq di poli pun mmg akan blah lah. Heh. Tgk lah camna dulu. Dari la ni xda dok buat pa. Kerja tidoq dan main game. Hehe.. La ni mmg kegilaan main game sudah mai balik. Antara game yang tgh dok main la ni ialah Grand Theft Auto 4. Yg terbaru tu. Fuhh.. Layan. Sampaikan lpas subuh baru tidoq. Sebelum ni jarang2 skali. Maybe tunggu nak katam dulu kot baru nak terasa boring. Haha.. Dengan seraya itu jugak lah pc Fakhrul yg dah beberapa bulan tersadai tu dibuka semula. Memula ingat nak main dkt laptop ja. Tapi pikiaq2 balik buat apa penat2 p kl naik moto semata2 nak beli graphic card tu pastu taruh peram saja tak guna. Jadi la ni dah guna lah.. Layankan dulu.. Haha..

Life August 5th 2009