Al – kisah lama tak dengar berita itu baru2 ni terkeluar dari mulut seorang kenalan lama. Ya, lama dah kenai. Dari sekolah rendah lagi. So sembang2 lah apa yg patut. Bukan lupa trus tapi kadang kala sibuk jgak. So mmg tak tercontact lah. Namun Fakhrul di sini ok saja. Kalau nak kata perubahan ketara tu rasanya takdak la kot. Hanya sebagai insan biasa saja.
Takpa. Tutup lah cerita tu. Takdak penting sangat mana pun kan.

Baru – baru ni terkejut dengan berita Yasmin Ahmad meninggal dunia. Banyak juga cerita2 yang keluar. Ada juga kawan – kawan yang minta pendapat. Bagi Fakhrul biarlah. Itu dia dengan ALLAH. Dia dah takdak dah di dunia ni. Buat apa nak di ungkitkan lagi. Jadi pemergiannya satu kehilangan lah buat industri perfileman dan iklan di malaysia. Bagi Fakhrul iklan – iklan raya, merdeka dll mmg menyedih hati jika di tengok berulang kali. Walaupun kadang kala ia dikecam hebat oleh orang2 lain tapi itulah ragam orang malaysia. Antaranya ialah.
Rasanya menyayat hati pun ada kan? Hehe.. So siap sedia lah tisu banyak2. ahaks. Terjumpa pula tribute ni.

Kalam Loh Mahfuz mencatat
Dan sesudah mencatat
Lagi mencatat….
Segala doa dan ikhtiar
Tidak dapat memadamkan catatan Ilahi
Biarpun hanya sekerat baris
Pun seberapa banyak air mata
Sepatah pun tidak akan terhakis
Catatan Tuhan Yang Maha Menyayangi…..
~ Umar Khayyam ~
Sedekah lah al-fatihah untuk arwah. Semoga ia ditempatkan di kalangan orang beriman.
Baru – baru ini juga sijil daripada Adobe dah dapat. Tgk macam biasa ja. Takpa lah. Ok la tu susah gak nak dapat. hehe.. Tapi yg syok dalam sijil tu tulis expert in dreamweaver cs3 lagi. hahaha. Expert la sangat kan.. Mai try dulu la. haha..
Pagi tadi jgak dikejutkan oleh beberapa msg dan call dari kawan2 yg dok kata ayah Fakhrul masuk paper. haha.. Bangun ja saja tgk kosmo. Mmg ada pun. Gambar dia dgn yb sabry. Takpalah.. Tgk dkt berita harian (muka depan) ada plak gambar pekerja tu. Heh. femes dia. Baru ja masuk kerja sebenarnya. haha.. Takpa lah. Ok lah tu. Bukan senang nak masuk paper kan.
Hari ni juga dok kalut dengan bermacam2 perkara. Antaranya kursus yang akan dimulakan di dalam masa yg terdekat. Kalut jgak la mula2. Tapi nak buat camna. Terima je lah. Dan andaikata dapat tawaran sambung blajaq di poli pun mmg akan blah lah. Heh. Tgk lah camna dulu. Dari la ni xda dok buat pa. Kerja tidoq dan main game. Hehe.. La ni mmg kegilaan main game sudah mai balik. Antara game yang tgh dok main la ni ialah Grand Theft Auto 4. Yg terbaru tu. Fuhh.. Layan. Sampaikan lpas subuh baru tidoq. Sebelum ni jarang2 skali. Maybe tunggu nak katam dulu kot baru nak terasa boring. Haha.. Dengan seraya itu jugak lah pc Fakhrul yg dah beberapa bulan tersadai tu dibuka semula. Memula ingat nak main dkt laptop ja. Tapi pikiaq2 balik buat apa penat2 p kl naik moto semata2 nak beli graphic card tu pastu taruh peram saja tak guna. Jadi la ni dah guna lah.. Layankan dulu.. Haha..
