Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

@ Penang dan Kisah di Sini

Add comments

Fakhrul sekarang sudah berada di Pulau Pinang. Kembali dari kuala lumpur pada malam semalam selepas berbuka puasa. Di sana akhirnya untuk memiliki foglamp tercapai jua akhirnya. Dengan harga RM290 (murah la tu, penang RM360) sudah tersenyum sampai ke telinga (saja ja kata ni padahai x kan la nak sengih sampai telinga) dengan girangnya. Penantian sudah berakhir. Terima kasih kepada AS MHCC (Malaysia Honda Civic Club) kerana memaparkan iklan untuk menjual foglamp tersebut.

12092009014

Aha.. Tercapai jua cita2. Walaupun bukan original. Tapi masih boleh dikategori sebagai quality AAA sebab barang DEPO. Brand DEPO terkenal dengan quality yang agak bagus sedikit.

Pada hari sabtu tu Malam tu ada keluar lepak di cheras. Tapi tak bawak kereta civic pun. Kereta civic tinggal di Subang di rumah Mat Arip. Jadi bawak kereta MyVi dia ke Cheras. Di sana kami melepak di McD. Bleh kata lepak sampai ke pagi lah memandangkan pada ketika itu hujan sangat lebat. So nak lari p ke kereta tetap lencun punya. Jadi sembang lah apa yang patut. Banyak jugak point2 yang terkeluar. Jangan marah ya kawan2. Biasa la tu lawak di bulan ramadhan. Hahaha.. Di situ kami semua bersembang dengan menggunakan bahasa utara. Dan dengan percakapan Afiq Duranni yang kuat juga menarik perhatian orang sekeliling. Mau taknya. Dok hang aku hangpa la. Dok gelak kuat lagi. Mau orang tak tengok. Alah, itu tidak menjadi masalah. Jika orang KL dan Kelantan boleh berloghat sendiri di Kuala Lumpur beramai2 awat kami semua takleh kan. Hehehe.. So dalam pukul 5 macam tu balik. Hujan masih ada. So ingat nak tunjuk jalan yang senang dkt Mat Arip. Tapi sampai di Pudu saja ayaq dah bah dah. Jadi kot mana pun Fakhrul memang nak U-Turn sbb takmau biaq kereta dia masuk ayaq camtu ja. So time nak U-Turn tu memang tiada kenderaan. So Turn lah seperti biasa. Semasa tu Fakhrul dikejutkan oleh Mat Arip bahawa ada bas laju dok tala mai. So cuak gak la. Last2 tekan hon ja. So dia berenti betul2 sebelah Mat Arip. So Fakhrul meneruskan U-Turn di situ sebab memang tak lepas ada kereta parking tepi jalan. Jadi selepas turn ja ada lopak ayaq besaq gak la. Bas tu rasanya mungkin nak membalas dendam k0t. So dia bawak laju2 dan ayaq mercik kena pada kereta sehinggakan hilang kawalan. Apa lagi, berenti terus la tunggu ok dlu. Tak cukup dengan tu dia juga memangkah. Heh, apa punya orang lah. Bulan2 posa ni. Sabar je lah.

So semalam bertolak balik. Al kisahnya bercadang nak tekan pedal minyak tu sehingga ke negeri Perlis. Tapi disebabkan perjalanan yang sudah jauh buat masa la ni dan dengan timing belt pun dah mencecah 90k ++ agak risau sedikit lah. Tapi alhamdulilah selamat jua sampai di penang. Semasa di dalam perjalanan tu ada singgah di ipoh untuk menghantar cerita Nur Kasih kepada Kiey dan Nu’man. Selepas selesai sahaja terus tayar golek ke penang. Dan dari Ipoh memang kelajuan kereta berada di tahap maksimum memandangkan masa pun dah lewat. Kalau dok bawak rilek2 nanti mengantuk pulak kan.

Bumper belakang sudah crack sikit selepas reverse yang tak perasan ada apa belah kanan. Dok tgk belah kiri ja. Hadei. Dapat nasihat daripada seorang kawan bahawa hanya perlu tampal guna fiber sket dan touchup ja cat tempat yang perlu tu. So tak perlu nak membeli bumper belakang baru. Jadi nampaknya berfikir banyak kali jugak lah. Lagipun kalau bumper baru Jepung punya ada dalam RM250. Kira ok lah tu. Tgk lah nanti. Kalau dah bleh touchup apa guna kan?

Berbuka puasa harini sedikit dalam kekalutan dengan teralit di hadapan laptop. Tgk2 dah dekat pukul 7 malam dah. So apa lagi kalut turun bawah untuk ke bazaar ramadhan. Tu pun sampai di rumah time orang dah berbuka dah.

Berkenaan dengan windows 7. Ramai yang dah guna. Ada juga menanyakan pendapat pada Fakhrul. Pada Fakhrul tidak rugi guna. Sebab apa? Sebab interface vista. Tapi performance windows XP. So mmg xda masalah lah ye. Selamat menggunakan Windows 7. Fakhrul masih setia lagi dengan windows XP. Masih tak teringat nak tukar lagi. Kalau tukar mungkin hanya di pc sahaja. Biarkan laptop ini dengan windows XP. Walaupun orang kata ketinggalan zaman dan tak style biarlah. Asalkan Fakhrul selesa menggunakan windows XP sudeyy..

Oh ya, Nampaknya selepas ini HP subsidi iaitu E71 mungkin bakal di tarik kembali selepas N82 sudah siap di repair dan digunakan kembali. Lalala.

p/s: Ada orang dapat nama dari hasil titik peluh orang lain.

Life September 15th 2009

2 Responses to “@ Penang dan Kisah di Sini”

  1. rose Says:

    “Ada orang dapat nama dari hasil titik peluh orang lain”
    lembu punya susu, sapi dapat nama eyh??
    ade org amik kesempatan kat u ke??
    btw, u drive sorang2 ke dari kl ke penang tu?

  2. Afiq Says:

    Hemm.. Yup. Ambil kesempatan.
    Ha’a, sorang2 ja. Nasib ada carta fulamak sms sinar.fm. Bley gak layan2. hahaha

Leave a Reply