
Salam, pertama sekali Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap. Andaikata tersilap cakap, perbuatan dan terkasar bahasa. Pohon di maafkan.
Buat masa sekarang Fakhrul masih lagi berada di Pulau Pinang. Untuk balik ke Perlis pada mulanya excited sangat. Tapi dalam masa sehari dua ni jadi macam malas lagi la pulak nak balik ke perlis. So mungkin menghabiskan masa di sekitar2 sini sahaja dulu pastu baru balik ke sana. Tapi kot mana pun kena balik awai jugak lah. Kalau tidak jem highway tu nanti. So Fakhrul sudah diberi cuti selama seminggu. Rasanya cukup k0t walaupun pada kadarnya cuti hanya hari raya ketiga. Alhamdulilah. Pada Hari Raya ini juga tidak seperti yang Hari Raya tahun lepas. Biasalah, semua masa tidak sama dengan masa yang lepas dan akan datang.
Pada masa la ni terdengar juga lagu-lagu raya dan bunyian mercun. Syahdu sungguh. Ahahaha.. Nampaknya raya kalini mungkin sedikit terasa dengan pertama kali berada di perantauan. Yalah, terasa jugak nikmat pulang ber hari raya di kampung. Selama ni d0k di perlis ja. Ahahaha..
Baru-baru ini juga Reflector Studio dikejutkan dengan pesanan sebutharga daripada UNIMAP. Tapi alhamdulilah, boleh menangani dengan begitu pantas. Mungkin rezeki di bulan ramadhan. Harap lepas ini ada lagilah pengoderan barang-barang daripada sana. Insyallah. Takkan Lari Rezeki Di Kejar.
Capaian internet di sini amat mengecewakan. Mungkin masanya untuk pulang ke kg!
