Hehu.. Ada di KL. Tapi kalini mungkin kerja yang agak gila sikit. Bukan lah apa. Tetiba ja bleh jadi balik penang semata2 untuk amek kereta. Alkisahnya mcm ni. Hari rabu malam dijangkakan akan ke Kuala Lumpur dengan Mat Arip, Epih, dan Mat Razin. Takpa la. So tunggu di penang lah. Memula di dalam dilemma. Samada hendak membawa kereta @ tak. Tapi selepas di fikirkan mereka hanyalah nak p sehari ja dan memandangkan kelas ada hari jumaat so tinggai trus lah kereta. Tumpang depa ja lah. So kereta tinggai di Pelita Nasi Kandar di AutoCity. Marah mamak tu keh tinggai lama di depan kedai. Hahaha.. Sori ek. Bkn sengaja. Dah parking depan tu takdak. So solutionnya parking dkt mana yg ada lah memandangkan hujan time tu. So pastu selepas di KL apa lagi. Ingat nak balik malam. Tapi dah masing2 berikhtiar balik pagi esok (Jumaat) So ikut ja lah. Pastu plak kelas takdak. Aduss.. Memang rasa rugi gila tak bawak kereta. Tapi takpa la. Depa ni semua geng2 laju. Fakhrul sahaja geng2 bawak sel0w. Haha.. Jadi nak dijadikan kisah. Petang baru dapat keluar dari KL. So balik ke penang. Di temani oleh pandey. Nasib la dia ada. Mau tidak ni sorang2 la dalam kereta. So lepas ja sampai time nak p amek kereta tu mamak tu laju ja mai ketuk tingkap. “Adik, lain kali jangan parking depan ni 2-3 hari dah.” So Fakhrul pun kata lah “Ok. No Problem.” Selepas itu berlalu sudah daripada situ. Takpa lah. So dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tadi hanyalah mantain sekitar 100 dan keatas. Haha..
Jam dah tunjuk 5 pagi. Nak kena tid0q dah ni. Letih2. Haduih.. Kepada cedin. Pinjam pc sat n0. Malas nak bukak laptop. Haha..
Hehe.. Entri ni dah lama nak update. Tapi dah teringat update p lah tumpang ada masa dan terjaga ni. Tadi senja dah sampai kembali ke penang. P KL pun sat ja lah. P ja sana dengaq ceramah sat pastu sign apa yg patut. Habis ja dok pusing2 ja lah dalam tu. Afta that dapat duit makan so apa lagi, terus p makan la memandangkan dah tengah hari dah. Lapaq diq diq diq dah time tu. hehe. Orang makan tapi Fakhrul on laptop dulu. Usha sat game2 dan ternakan dan restaurant apa yg patut. Pastu off dan makan time. Haha.. Orang lain pakat habeh baru nak start makan. Jenuh la pulak depa menunggunya. Sorry la na.
Berkenaan dengan UNIKL plak. Tetiba ja tgk balik segala pelajaran yang terkandung di dalamnya. Selepas meneliti satu per satu rupanya mmg susah lah. Kalau transfer jam kredit pun silap2 dok ada 2 taun setengah ataupun 2 tahun. Susah nak dapat setahun seperti poli. Sebab apa? Sebab diaorg computing engineer. So multimedia mmg takdak la. Tudia. multimedia takdak langsung. Network pun rasanya cam xda. X perasan la plak. Byk gak yg xda. Tapi biasalah tu. Almaklumlah depa lebih kepada computing manakala SIT lebih kepada semua subjek. Mau tak blajaq kesemua tu. Tapi di sebalik mendapat UNIKL ada seseorang gembira. Haha.. Wateva lah. Biarlah. Rasanya maybe tunggu poli ja lah kot. Tapi la ni pun tengah dok buat kembali resume. Untuk hantar minta kerja di Jalan Tangsi Kuala Lumpur. Ada satu menara situ kan? So situlah. hehe..
InsyaAllah. Kalau xda pa2 mungkin dapat sana. Pepun just wait n C.
N82 juga sudah siap seperti sediakala. Kos untuk membaiki dengan membeli kembali peralatan selepas kehilangan bateri, penutup belakang, dan memory card agak tinggi. Cukup untuk membeli sebuah HP baru yang agak canggih sedikit. Takpalah. Biarlah macam mana pun. Sayang jugak nak jual HP ni. So dengan serayanya juga HP E71 yang disubsidikan sebelum ini telah pun ditarik balik. Hemm.. Xpa lah. Rasanya Eighty Two ini lebih seronok lagi jika hendak dibandingkan E71 kerana jika memandu nak menaip serba sedikit pun senang sket.
Pagi tadi lepas ja bangun tidur, tok terus bagitau yang ada surat sampai atas nama Fakhrul. Heh, pelik gak la. Lepas ja tgk ada lambang UNIKL di hadapan. So da dapat agak. Mesti tawaran daripada UNIKL. Lepas ja bukak tgk2 dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bahagian Diploma in Engineering Technology in Computing. Daftar pulak pada 3 Jan 2010. Fuhh.. X lama dah la. Tapi tu lah. Tarikh tutup untuk jawapan ni 25 Oktober. Tapi result politeknik pula keluar 8 November. Aduih.. Mau kata tak dapat Poli rugi jalah tak terima yang ni. Macam mana la nak buat. Takpa. Nanti pikiaq lain.
Harini takda apa yang best sangat. Cuma ke padang besar ja. Dan nampaknya pada minggu hadapan Fakhrul akan dua kali ke Kuala Lumpur. Pertama pada hari selasa iaitu rombongan kelas ke Kuala Lumpur naik bas. Woo0.. Dengaq cam best. Haha.. Kali kedua ialah hari jumaat tu plak. Mungkin berlarutan sampai hari ahad. Lagipun ada seminar fx pada hari jumaat dan sabtu tu di KLCC.
Dan pada bulan ini juga telah overbudget. Sebenarnya setiap bulan ada budget tersendiri. Tapi setelah 3 kali ke KL mau tak overbudget. Skali p dok habeh dkt RM500 dah. Tu tak kira mau ada aktiviti lain lagi di sana. Huhu.. Takpa. Restucture balik budget. Mungkin ada yg nak kena tolak utk bulan depan supaya dapat di imbangkan sedikit. Pening lagi nak buat lain budget. Adeh..
Pada hari ini Fakhrul berangkat dari Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman di Perlis. Pada mulanya dengar khabar ramai juga nak balik. Tapi last2. Hanya yon sahaja yang sampai. Tak pa lah. Balik ni pun ada gak tujuan. Takkan lah pulak nak p KL lagi plak. Cukup la 2 minggu berturut2. Heh. Letih woo0. Lagipun mungkin next week ke Kuala Lumpur. Tu pun kalau depa nak p tgk konsert ak0n lah. Kalau jadi maka sampai lah. Kalau tak, Perlis lah jawabnya. hehe.. Tapi hari selasa tu akan ke KL gak mcm mana pun. Kelas membuat rombongan cik kiah ke Kuala Lumpur. Haha.. P pagi malam balik penang. Naik bas yg di sponsor 100%
Dalam sehari dua ni kegilaan bermain game menjadi2. Ketika di dalam kelas, kawan-kawan lain sibuk dengan membuat training configure router maka Fakhrul dengan senang lenangnya bermain game. Bleh kata dari awai pagi masuk ke kelas sampai lah balik. Tak sentuh langsung benda tu. Apa nak jadi taktau lah. Adeh.. Gian tak sangga ni main game. Kena kurangkan sket nampaknya. Rilek2. Pastu dalam seminggu dua ni aktif pula tengok movie kat panggung wayang. Bleh kata semua pawagam dkt penang ni dah test lah. Haha.. Tapi yang paling best TGV lah. Sebab apa? Sebab seat dia lah best. Syok ja tgk wayang berbanding GSC. Tapi yang sedihnya TGV hanyalah ada sebuah sahaja dan di belah Perda. So nak taknak kena seberang guna jambatan gak la. Mau nak naik kena tol lagi RM5.60. Haha.. So rasanya tak berbaloi lah nak tgk di sebelah sana. Tgk dalam pulau lah. Tu pun hanyalah di Queensbay Mall dan Gurney Plaza sahaja. Tapi di Queensbay Mall agak besar jgak lah. Byk panggung. Xpa tinggalkan sebentar hal itu.
Ramai juga yang bertanyakan “bila nak tukaq enjin?” Jawapannya tungguhlah selepas habeh kursus ni dulu. Rilek2 ja dlu. haha… Mau buat la nanti xdak transport plak nak p ke kelas dn tempat lain. Oh ya, timing belt di dalam perjalanan untuk mengelupas sedikit demi sedikit. Takpalah. Kalau jadi awal pun boleh la tukar awal sket kan? Cuma tak syok kalau jadi di masa tengah highway lah. Jenuh nak dok hall0o..
Posting kalini ialah mungkin di tahap rajin sedikit. Bukan apa, idea ada. Tapi malas nak taip. Malas ja. Lagipun nak kata masa takdak mmg masa ada. Yalah. Aktiviti rutin harian pun hanyalah bangun, ke kelas. balik ke rumah dan tido. Tu ja. Dan pada masa2 tu mmg mengadap komputer ja. Samada membuat kerja ataupun dak. Dek kisahnya pada hari ini mungkin sedikit tekanan. Rasanya bukan minggu ni. Start dari minggu lepas lagi. Al-kisahnya ialah kena mengira sepanjang masa untuk mendapatkan Cisco notation punya IP dan subnetmask. Naik letih jugak lah sbb soalan memang lain dan tak sama. Tapi apabila pengiraan dilakukan maka jawapan yang akan dapat tetap akan sama. Tapi untuk jawapan yg sama ia bergantung kepada berapa bit. So kalau dah bit tu confirm byk tu mmg takyah dok kira lah kan? Tapi tutor tu suruh kira. Huii.. Ingat robot ka apa. Sehari ja dah dekat 40 soalan. Letih gini..
Dan dalam sehari dua ni dah pun cuba membuat configure pada router menggunakan command ja. Fuhh. Agak mencabar. Tapi ada gak part yang tak paham. Takpa. Menda tu bleh blajaq lain nanti. Sebabkan ada internetlah kurang sedikit tumpuan pada kelas. Yalah, on Facebook apa lagi, main lah game apa yg patut dan komen apa yg patut. Ada juga tutor tu perasan main game. Tapi dia pun dok main game. Macam mana cerita? Dia suruh student present tapi pada masa yg sama dia tengah melayan FB. heh.. Satu contoh yg tidak sihat untuk anak murid.
Sehari dua ini juga lah di dalam mood demam ja. Heh.. Kadang2 banyak tidoq. Memang dok depan laptop. Tapi tid0q pun macam tidoq ayam ja. Rasa terjaga sat tgk sat laptop pastu katup balik dan pejam mata. Huhu.. Harapnya esok legalah.. Dan akhirnya tak sabar nak menanti hari esok. Dengan hari esok jugalah maka Fakhrul tidak sabar untuk pulang ke perlis. Lalala… Dan adakah ini dinamakan perlunya menukar sebuah nadi baru disebabkan minyak yang sudah bercampur. Huhu..
Pepun ini gambar raya. Layan dlu sat. hehe
