Al-kisahnya masa ni tengah dok taip sesuatu. Posting berkenaan dengan jawapan kepada persoalan yang dimainkan oleh kawan-kawan. Tapi apakan daya. Hanya kerana tersentuh sikit ja Permata Hati telah jatuh dari atas meja dengan kelajuan yang sangat laju dan bunyi yang kuat. Mulanya rasa ok ja takda masalah. Sbb di bahagian luaran tiada apa yang cedera pun. Selepas ja bukak. Tgk2 dah ada crack. Oh no!. Cedera di bahagian mata. Adess… Pecah sudah lcd laptop ni. Dan sadisnya apabila teringat yang bahawanya laptop ni guna LED. Bkn LCD biasa. So harga pun mahal sket lah daripada biasa. Tapi apa nak buat. Kalau rosak2 bahagian lain boleh lah jugak tgk2 sket. Tapi apabila membabitkan bahagian ni mmg takleh nak buat apa la. Tukar baru lah jawabnya. Dan silap juga tak ambil FULL COMPLETE WARRANTY dulu. Kalau ambil yang tu mmg boleh claim warranty punya sekalipun laptop jatuh dalam kolam pun depa akan ganti. Tapi disebabkan dok rasa ok takdak masalah dan dok buat rilek banyak. Haa, amek la pengajaran buat kalini. Huhu..

Begitulah wajahnya. Sudah cacat cela. Ada p tanya di kedai di kangar. So LED punya harga boleh jadi RM780 siap pasang. Takpa. Sok try call DELL tgk macam mana. Ada juga p tanya di Prangin Mall sebelum tengok wayang tu. Tapi apakan daya. Dia kata depa tak buat walaupun depa antara authorised dell. Semua tu kena CALL. Dah la malas bab2 nak bercakap ni. Hemm.. Takpa. Stop sat cita tu. Sambung cita lain plak.
Kalini kelas dah guna punch card. Nampaknya agak susah lah kedatangan kali ni. Nak tuang pun susah sket lah. Tapi bagi Fakhrul ia hanyalah mungkin sebagai syarat disebabkan ramai yang datang lewat dan ikut suka ja. Kegilaan bermain Airline Manager menjadi2. Mungkin dah jadi ketagihan. Yalah. Dulu dapat interview jadi pilot bersama dgn mat arip tapi di nasihatkan tunggu sehingga abes belajar dahulu. Ni takpa lah kot. Kurang dah minat. Hehe..
Ok. Mengenai persoalan yang diberitakan oleh kawan-kawan sebelum ini. Banyak sungguh persoalan yang dilanda. Ada katanya Fakhrul sudah mempunyai awek. Oh NO! Tidak sama sekali. Kalau dah ada buat apa nak semunyi kan? Baik bagitau ja benda baik. Buat apa nak simpan2 lagi.. Kalau ada satu malaya dah heboh. Jadi buat kawan – kawan semua usahlah berprasangka buruk. Semua itu hanyalah khabar angin yang berterbangan dan tidak benar sama sekali seperti debu yang ditiup angin. Hahaha..

November 4th, 2009 at 3:44 pm
tunggu pa g
bli ja baru
hehehhe