Berkenaan dengan posting langkawi tu rasanya malas nak taip dah. Kemalasan menjadi2. So kalau nak tgk pic tu tgk la dkt FB. Ada lah. Nak taip dan insert dalam ni jadi malas la plak. haha.. Apalah kau Fakhrul. Dok jeadi malas teruk bleh. Takpa lah. Buat ja posting apa yg patut. Semalam team RS telah memulakan perjalanan ke Air Panas Lenggong, Kedah. Perjalanan kami agak mencabar pada mulanya. Memandangkan Fakhrul sudah berada di penang jadi tak dapat nak join mereka berkonvoi untuk ke Air panas tersebut. Fakhrul tunggu sahaja di Exit Gurun. Tapi selepas menunggu terus Fakhrul call bertanyakan. Rupanya kereta mereka mempunyai masalah. Overheating. Pelik benar jugak lah. Tetiba nak jadi kan. Jadi takpa lah. Depa tunggu sat bagi sejuk dan tambah air. Lepas tu terus memulakan perjalanan ke Air Panas. Di pertengahan jalan di Jalan Bendang Man ada banyak juga lopak. Sempat juga Fakhrul mengelak. Cuma nasib tidak menyebelahi miown. Keretanya tayar pecah. So kami dapat tau itu memang sudah menjadi petanda buruk. So nak bukak tayar memang tak bleh sebab skrunya tidak sama seperti skru biasa. Jadi kebetulan ada pakcik 2 orang lalu. Kami agak bernasib baik menandangkan keretanya juga menggunakan special skru dan sama dengan skru yg digunakan di kereta miown. Selepas menolong kami meneruskan perjalanan pulang dah singgah sebentar di RnR Gurun untuk bersembang2 menunggu keadaan reda. Dalam pukul 5 pagi kami memulakan kembali perjalanan untuk pulang ke perlis. Ketika di dalam perjalanan pulang Fakhrul drive bersendirian. Kekadang agak boring jugak lah. Nasib ada lagu sebagai peneman. Ahaks.
Petang tadi juga dengan kalutnya Fakhrul bergegas ke Iptips untuk sign dan chop invoice laman web. Buat pengetahuan ramai. Iptips ialah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Ia terletak di Guar Jentik berhampiran empangan timah tasoh. Perjalanan dari Kangar ke situ mengambil masa 20 – 30 minit. Di sini kami membangunkan laman web iptips dan menyelenggara laman web tersebut. Jika ada pihak berminat boleh lah melayari laman web www.rs.com.my untuk melihat pakej yang kami sediakan. Jika ada sebarang bantuan dan berminat bolehlah menelefon saudara Fakhrul & Adam.









