
Apa kuntar? Sebenarnya ‘Kuntar’ bukanlah satu perkataan yang disahkan sebagai Bahasa Melayu kerana belum ada mana-mana badan perbadanan bahasa seperti Dewan Bahsa dan Pustaka mengisytikaran Kuntar ini sebagai sebahagian daripada Bahasa Melayu atau Dialek Daerah.
Penggunaan ‘Kuntar’ kebiasaannya diucapkan oleh golongan atau puak tertentu yang menghuni negeri Perlis Indera Kayangan. Namun, hanya mereka yang tertentu sahaja yang mendengar dan menggunakan perkataan ini dalam situasi tertentu.
Bagi memudahkan pemahaman, Kuntar ialah satu kata yang merujuk kepada perkara yang kekuntaran.
Contoh penggunaan:
1. “Hang dok mana? Aku dok kuntar sorang-sorang kat Juliana ni”
2. “Derek aku dok jadi kuntar sorang-sorang bila hampa pi main snuker”
3. “Hang tengok Epih dok jadi kuntar. Haha.”
Translasi
1. “Awak dimana? Saya sedang menjadi kuntar di Juliana”
2. “Asyik aku yang menjadi kuntar dikala kalian bermain snuker”
3. Tengoklah, Epih menjadi kuntar. Haha”
Penjelasan
Kuntar membawa maksud kepada sesuatu yang janggal atau luarbiasa. Kadangkala “kuntar” digunakan untuk membawa sesuatu yang tidak disukai atau dibenci. Bergantung kepada keadaan dan situasi, “kuntar” boleh digunakan secara meluas sebagai tanda marah.
++ sket lagi
kuntar adalah kumpar.. iaitu kekuntaran teramat sangat dialami oleh seseorang tatkala keboringngan/kebosanan/dan perkataan yg seangkatan dengannya
Sekian.
