Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Din Beramboi meninggal dunia. Al-Fatihah

Add comments

header_din

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

—–

Al-Fatihah. Berita ini Fakhrul dapat daripada fan pages Afdlin Shauki. Hilang sudah permata lawak negara. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terngiang lagi kata2nya ketika menjadi juri final raja lawak di tahun ini. , “kecik, kalau saya dah takde dekat ERA, kecik boleh ganti saya…” Al-Fatihah

Daripada Dia Kita Datang,Kepada Dia Juga Kita Kembali,Al Fatihah sekali lagi.

Life April 2nd 2010

One Response to “Din Beramboi meninggal dunia. Al-Fatihah”

  1. Wanie Says:

    al-fatihah…..

Leave a Reply