Kelmarin di tegur oleh seorang kawan jauh. Mungkin dia juga memerhati serba sedikit blog Fakhrul. Katanya apa dah jadi sampai bersarang ni kan. Takda perkembangan terbaru kah katanya. So dengan ini Fakhrul nekad untuk kembali berblogging semula. Kata kata nya yang pedas itu terasa juga. Yalah. Dari dok bayaq mahai setahun sekali baik bagi kat dia @ derma dkt rumah anak yatim. Pembaziran apabila tidak digunakan. Astaga. Semoga Allah memaafkanku atas pembaziran sebelum ini. InsyaAllah Fakhrul akan cuba kembali ke arena blogging semula. Semangat baru neh (da berapa kali da ni Fakhrul? haha)
Ok mulakan dengan kelas. Sem ni rasanya subjek yang paling susah ialah database. Rencah jugak nak faham. Tapi apa yg sekarang bermain di fikiran ialah bila nak jadi mcm dulu balik. Dimana masa bermain maka bermain. Jadi masa study adalah study. Dalam kelas tak main. Kekadang terfikir juga apa yang patut dibuat untuk menjadi semua begitu. Di dalam hal kelas nampaknya Fakhrul sudah tertinggal jauh. Ada yang jadi hal itu. Ada yang jadi hal ini. Tapi tu mngkin disebabkan tidak berdunia sangat dengan orang. Kalau rasa nak lepak baru lepak. Kalau tak memang balik umah samada main game @ keluar buat apa yang rasa nak buat. Tapi semoga kelas kalini tak jadi seperti di sijil suatu ketika dulu. Tapi biarlah kan. Perkara dah lepas. Jangan dikenang lagi. Ambil yg jernih buang yang keruh. Tak usahlah tanamkan perkara dendam kesumat itu. Mungkin kadang kala kita tidak dapat nak sesuaikan. Tapi jangan jadikan itu alasan utk jadi perkara itu lagi. Bagi Fakhrul, jangan ingat perkara yang lepas. Kelak kita akan merana. Jadi hidup perlu diteruskan. Anggaplah itu adalah asam garam manis kehidupan yang pernah dilalui. Lupakan sahaja. Fokus untuk bergerak ke hadapan. Kelak di hadapan kita tidak pasti bagaimanakah keadaannya. Tiada perkara yang membolehkan kita kembali ke zaman silam dan perbaiki. Setiap manusia ada kelemahan diri masing masing. Jadi terus mara ke hadapan dengan langkah yang berani dan penuh keyakinan.
Apabila berbicara mengenai hidup pula maka masa sekarang adalah di bulan Ramadhan. Selamat menyambut puasa dan Aildilfitri bagi setiap umat islam. Harapnya tahun ini Fakhrul tidak lagi sakit seperti 2 tahun lepas. Sihat sehingga ke akhir puasa. Mata sudah mengantuk. Esok ada test. So kena buat sehabis baek. Semoga dapat keputusan yang boleh dibanggakan. Tiada repeat paper harapnya. Sebelum ni Fakhrul suda bersemangat untuk belajar betul2. Tiada lagi main2 di dalam kelas. Tapi entah kenapa tiba2 ia hilang diterbangan begitu sahaja. Pencarian semula telah pun dimulakan. Semoga belajar kalini lebih bermakna.
Sambung di episod yang akan datang.
