Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Puasa oh puasa

Add comments

Yaa.. Bulan puasa ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Bermacam juga perkara yang memerlukan kesabaran tinggi berlaku. Tapi alhamdulillah.. Dapat juga fakhrul tempuhi begitu sahaja. Semoga dapat terus sabar dan menempuh liku-liku kehidupan di masa akan datang. Dan bulan puasa ini jugalah Fakhrul masih berpuasa penuh. Oke la tu kan. So teruskan sehingga ke pengakhiran bulan ramadhan. InsyaAllah.. Dan bulan puasa ini jugaklah kenangan lama datang kembali. Datang seperti tak diundang langsung. Tapi nasib baik dapat singkirkan dengan cepat. Semoga kenangan itu terus pegi tanpa datang lagi.

Ok. Lupakan sekejap bab tu. Raya dah nak dekat. tapi apapun tak ready lagi. Baju raya pun taktau mcm mna lagi. So biarkan dulu. Kadang kala malas juga nak fikirkan. Raya seperti tidak rasa yang raya tu sudah hampir walaupun dah berbelas hari berpuasa. Bulan puasa ini juga ada ditayangkan drama di astro. Lagenda Budak Setan. Sebuah cerita yang di adaptasikan daripada novel dan filem yang boleh kata mencecah box office malaysia. Jadi time awalnya tak dapat nak tgk. Ini kerna masa itu mencemburuiku.. Time tu kerja. So dapat tgk stgh jam lepas tu ja. Nasib situ ada astro. Kalau tak kena bergegas balik ke rumah jugaklah. Untuk nk tgk silalah bukak astro prima ya. 10.30 Malam. Dan ulangan pada hari ahad petang. Boley la kalau takat nak tgk sat2 tu kan. Bagi fakhrul bila dengar cerita ni teringat akan seorang mmber lelaki yang menceritakan keluar tgk wayang bersama gf nya. Katanya dia menangis. Adesss.. Muka serupa gengster pun masih menangis lagi. Tapi itulah yg orang kata kan. Semua ini kikut keadaan. Tak menjadi masalah bab nak teriak andainya keadaan itu membuatkan luluh hati itu.

Okey. Tinggal sebentar di situ. Harini plak dah cuti. So fakhrul boley cuti 5 hari. Tapi cuti 5 hari seperti tak cuti lah kot. Tiada apa yang hendak dibuatkan. Jadi rutin harian seperti biasa. Pergi kerja lepak dan balik rumah.Boleh jugak dpt tenangkan diri dari belajar. Serabut kepala nak memikir. Kekadang apa yg diajar lecturer itu sangatlah paham. Tapi sayang. Paham itu hanya disitu sahaja. Apabila melangkah keluar kelas maka lupa terus. Ini yang cuba untuk diperbaiki lagi. Harap tak menjadi lagi. Dan kena buat latihan yang sangat banyak lepas ni. Final exam pun bukan lama lagi. Tak jauh dah.. Orang kata pejam celik pejam celik nnt abes la. Ini dah satu sem. Masih berbaki satu sem lagi. Semoga dapat tempuh pelajaran yang sangat mencabar itu.

Life August 27th 2010

Leave a Reply