Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Kelas Asas Forex untuk Newbie < part 1

No Comments »

Assalamualaikum.. Rasanya terpanggil untuk memberi serba sedikit ilmu yang ada di internet ni. Sebenarnya dapat dalam bentuk .pdf. So saja pecah kan untuk share dalam blog ini untuk tatapan umum dan tidak perlu lagi untuk membuka pdf, boleh membaca terus menerus melalui posting ini.. So apa2 pun amaran diberi bahawa mungkin akan lambat sedikit memandangkan akan banyak picture yang akan load kerana Kelas ini beserta screenshot sekali.. Mungkin dengan ini yang sudah bepuluh2 kali Margin Call boleh meminimumkan margin call tu.

Semoga terus berjaya dan sukses di dalam dunia forex..

Click here to read more.. »

Forex November 2nd 2008

Pemahaman Leverage

1 Comment »

Ada beberapa orang menanyakan mengenai Leverage ni, dan nampaknya ada juga yang tidak faham. Dan harap dengan ini dapat memahami dengan sebetulnya.

Pemahaman untuk leverage:

LEVERAGE RATE
1:100 kalau anda open 1lot bersamaan 1000usd di gunakan dr equity anda
1:200 kalau anda open 1lot bersamaan 500usd di gunakan dr equity anda
1:400 kalau anda open 1lot bersamaan 250usd di gunakan dr equity anda
1:500 kalau anda open 1lot bersamaan 200usd di gunakan dr equity anda

1:100 kalau anda open 0.1lot bersamaan 100usd di gunakan dr equity anda
1:200 kalau anda open 0.1lot bersamaan 50usd di gunakan dr equity anda
1:400 kalau anda open 0.1lot bersamaan 25usd di gunakan dr equity anda
1:500 kalau anda open 0.1lot bersamaan 20usd di gunakan dr equity anda

Click here to read more.. »

Artikel, Forex October 24th 2008

Di antara hidup dan forex

3 Comments »

Kelmarin hanyalah tiada apa2.. Melakukan pemanduan sejak keluar dari rumah dan berakhir di kedai dan rumah.. Walaupun berjauh-jauhnya pemanduan itu banyak yang di fikirkan dan ter-nampak apa yg di dalam kepastian dan tidak. Dan semasa berada di kangar ternampak sesuatu yang amat menarik..

Perkara ini telah dipanjangkan kepada saudara adam dan solution-nya menyuruh hack menda tersebut dengan msg hacked by viere inc. Maaf bukanlah hacker yang pro. Nak hack apa-apa pun tak reti. Hahaha.. Cukuplah sekadar hanya tahu bias-biasnya sahaja. Pada sebelah malamnya keluar untuk makan dan selepas itu hanyalah pergi untuk menutup akaun. Saya juga bukanlah reti sangat berkenaan dengan akaun. Semasa di sekolah di aliran Kejuruteraan dan Math SPM juga amat mendukacitakan. Cuma boleh lah sekadar sedikit-dikit sahaja.

Buat trader pair GU.. Paus dan jerung ada di hari Isnin, Rabu dan Khamis.. Kadang kala hari selasa pun ada juga. So masa tu boleh lah memasang pukat samada untuk menangkap apa sahaja yang ada minat. Masa ini akan berlaku pada selepas news keluar. So berjaga-jaga time tu. Sbb selepas ja news keluar maka price akan bergerak laju tak kira samada spike ke utara atau selatan. Dan sapa-sapa yang terlepas untuk memasang pukat tu tgk dulu. Kadang-kadang dia akan buat reversal untuk menyakinkan trader baru supaya lost. Biasalah.. Broker. Depa pun berniaga jugak. Kerugian kita keuntungan pada depa. Apa2 pun buatlah analisa news. Insyallah anda akan mendapat keuntungannya.. Kalau nak meyakinkan lagi gunalah indi-indi yang boleh dipercayai. Insyallah rezeki tu ada. takkan lari pip di kejar. ek.. di ligan.. Saya bukanlah master berkenaan dengan forex cuma hanyalah newbie yang tahu menahu untuk mendapatkan mata hijau. Tapi terkena mata merah tu biasalah bagi trader. Tiada trader di dunia ini yang hijau semuanya.. Mesti akan ada yang merah. Tak kira lah semasa di awal pembelajaran atau pun semasa di dalam pro-nya. Sikit masa nanti kalau ada kelapangan insyallah saya akan postkan berkenaan indi-indi yang sepatutnya digunakan dan ok.

Jangan terkejar-kejar ayam di hutan sedangkan ayam percik di dlm hidangan di depan mata pun masih belum habis diratah..

Dan saya juga telah dipuji oleh seorang IB (agent deposit dan withdraw instaforex) ketika untuk menimba ilmu lebih. Yelah, ilmu kita kena cari. Internet ni juga antara dunia yang luas dengan ilmu. Dan di dalam chatting di ym bersama dengannya itu adalah ini sahaja..

Fakhrul Afiq : tunjuk ajar ku sifu..
Fakhrul Afiq : haha
anuar investor : ko dah kaya
anuar investor : dah balik modal
anuar investor : dah x main dah
Fakhrul Afiq : takpun..
anuar investor : ooo
Fakhrul Afiq : takda teknik2 yg ok ke bro?
anuar investor : rasa aku teknik ko lagi ok
anuar investor : aku tgok pun rsa kagum
anuar investor : sungguh
Fakhrul Afiq : hehe.. market trending aku reti la trade.. mau market sideway aku pening la..
anuar investor : oooo

Ia hanya berakhiran di situ sahaja memandangkan ada kerja selepas tu dan terpaksa meninggalkan pc. So esok news juga banyak. Boleh buat analisa. Dan jika ada profit amek juga. Tapi berhati-hati.. Graf tidak selalunya ok. Di dalam lautan yang luas macam2 boleh terjadi.. Ia seperti ombak. Ia pi dan ia akan mai..

Artikel, Forex, Life October 12th 2008

Antara pair yang sepatutnya

No Comments »

Di dalam test sebelum ni main pair EG iaitu Euro Gbp.. So far takdak masalah dan memberi pulangan yang lumayan.. Dan janaan high impact news pun kadang kala masih boleh mengcover margin level di dalam akaun tersebut.. Dan selepas kajian keatas EG berjaya saya mencuba untuk menukarkan kepada pair lain iaitu GU Gbp Usd. Dan dalam test pertama membawa keuntungan dan test kedua dan ketiga banyak membawa kepada kerugian kerana oleh news yang high impact.. Lain yang dirasakan lain yang menjadi.. Pada hermat saya menjangka kan berdasarkan news ia akan naik tetapi apabila tiba sahaja time news ia menjadi teknik reversal. Ia menurun dan menurun sehingga lah hampir makcik Margin Call (MC) memanggil. Mungkin saya perlu study lebih berkenaan dengan ekonomi untuk membuat analisa berkenaan dengan news2 yang akan terjadi.. Tapi apapun pair GU adalah pair yang boleh bergerak 200pip keatas sehari.. Begitu juga pair GJ iaitu Gbp Jpy. Sekali spike ia boleh membawa keuntungan jika kita berjaya.. Jika tidak berjaya bersedialah untuk MC memanggil kesemuanya.

Dan analisa yang dibuat oleh saya dan penasihat membuktikan bahawa pair EG adalah pair yang paling selamat buat sementara ini. Mungkin perlu kembali kepada keadaan asal. Buat yang hendak trade di pair GU bolehlah menggunakan teknik Cara Trade di Pair GU. Insyallah boleh membawa lebih kepada keuntungan sehari cuma antara bernasib baik dan tidak sahaja. Dan selalu selepas news ia akan mengorak langkah haluannya dan semasa tu kalau sempat boleh masuk post. Selalunya kadang2 tak sempat. Sbb price bergerak terlalu laju.. Selalunya ia akan naik reqoute price. Tp kita boleh menggunakan max dev di bawha itu. Apa2 pun Happy Trading..

Bak kata2 hikmah di dalam memorek

“Ilmu boleh di share.. rezeki masing-masing..”

Forex September 27th 2008

Cara Trade Pair GU

3 Comments »

GU = Gbp Usd
merujuk kepada pair GU
1. masa nak trade antara 2 ptg ke 5 ptg waktu malaysia—->siang
2. masa nak trade antara 9 mlm ke 12 mlm waktu malaysia —–> malam
3. klu trendnya menjadi boleh mencecah 100 ke 150 pip siang dan antara 200 ke 440 pip malam.
4. hari isnin dan jumaat selalu terjadi trending ni.
5. hari selasa, rabu dan khamis selalu dia main naik turun.
6. apa2 pun itu semua hanya kebiasaan yang pernah berlaku…. maka berhati2lah utk terkadang2 tu dia berlaku di luar kebiasaan..

So berdasarkan tengah hari tadi selepas news dia melonjak sebanyak 150 pip.. Namun saya terlepas pandang hal ini. So siapa trader 24 hour yang trade GU mungkin makan sedap harini.. Apa2 pun Selamat Hari Raya.. Dan mungkin malam ni GU akan turun mendadak.. Harapnya boleh duit raya yang banyak

“Kerugian ialah pengajaran kepada trader”

Forex September 25th 2008

Forex

5 Comments »

Diatas permintaan saudara Adam untuk saya adakan satu post berkenaan dengan forex, so ini lah postnya..

Apa itu Forex?
Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Forex Trading:
Ianya melibatkan pertukaran melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri dari Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur individu seperti anda.

Perdangangan Mata wang (Forex Trading)
Click here to read more.. »

Artikel, Forex September 16th 2008