Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

PPSMI dimansuhkan

7 Comments »

Assalamualaikum. Posting kali ini berkaitan dengan PPSMI di mansuhkan. Banyak cakap2 ada yang syok dan malah ada yang tidak menyokong pemansuhan ini pula. Bagi Fakhrul, lebih elok ia tidak dimansuhkan dan diteruskan. Kenapa Fakhrul berkata begitu? Di dalam dunia pada masa sekarang bahasa inggeris amat diperlukan. Ketika di dalam persekolahan Fakhrul tidak dapat mendalami PPSMI kerana batch Fakhrul ialah batch yang terakhir sekali pengajaran di dalam BM. Apabila kita menjenguh ke IPTA / IPTS atau ke mana2 sahaja menara gading pada masa itu bahasa melayu tidak digunakan di dalam teknologi, sains dan matematik. Ini kerana setiap hari ada sahaja kajian santifik dan teknologi baru dikeluarkan setiap hari. Ya, setiap hari. Dan dengan mahirnya kita di dalam bahasa inggeris akan mempercepatkan lagi pemahaman apabila sesuatu berita itu keluar. Kalau andaikata nak tunggu semua itu dimelayukan? 2 tahun lagi belum tentu lagi artikel itu dimelayukan dengan teknologi yang semakin hari semakin pantas. Kenapa perlu bahasa inggeris? Kerana kita akan cepat paham berbanding bahasa melayu. Ok, amek contoh yang terdapat di dalam internet ni.

Istilah Komputer Orang Malaysia Beginilah akibatnya orang Malaysia
menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah:
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client= pelanggan

Contoh:
“That server gives a plug and play service to the clients using either hardware
or software joystick. The joystick goes into the port of the client.”

Translated:
“Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan
batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia
itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan

Ya, apabila di bahasa melayukan ia seperti entah apa2. Fikirlah hard disk sebagai cakera keras. Tak ke pelik bunyinya. pernahkah anda pergi ke kedai komputer dan meminta dan menyebut cakera keras? Fakhrul pasti mungkin ada sesetengah. Tapi boleh dikatakan hampir semua akan ke kedai dan tanya “Tokey, hard disk ada tak?”

Jika hendak dimelayukan sekalipun negara kita tidak cukup penterjemah. Rasanya sasterawan yang membangkang tu pun takmau jadi penterjemah dan penterjemah bahasa seumur hidup. Jika kita cukup dan banyak penterjemah maka ini tidak menjadi masalah. Mungkin ada suara2 sumbang mengatakan bahawa perancis, jepun dsb hanya menggunakan bahasa ibunda mereka dan boleh maju. Benar, kerana mereka ada penterjemah dan mencipta teknologi. Pada masa sekarang Malaysia boleh dikategorikan sebagai transfer teknologi. Kita bukan lagi mencipta. Kalau kita mencipta pun adakah kita mencipta di dalam bahasa melayu? Adakah rujukan kita menggunakan bahasa melayu? Tentu tidak sekali. Bahasa inggeris lah yang digunakan.

Negara-negara seperti Itali, German, Perancis, Jepun, Austria, Czech, Poland, Russia, China, Sweden, Finland. Mereka mempunyai cendiakawan yang mungkin lebih hebat dan bijak dari kita dan Profesor berganda-ganda ramai berbanding kita. Tetapi negara-negara ini tidak pernah untuk menjahanamkan tamadun dan bahasa sendiri malah penguasaan Omputeh(English) mereka masih terbaik dibandingkan dengan kita dan mereka maju dan mara ke hadapan. Ini kerana mereka mempunyai banyak cendiakawan berbanding malaysia yang tidak menolong orang2 malaysia sendiri

Dan masalah satu lagi ialah di mana ada sesetengah (Harus di ingat sesetengah bukan semua ya) cikgu yang malas nak mengajar di dalam BI. Pengalaman dan luahan ni dapat ketika di sekolah dahulu. Masa tu dah mula dah dalam english. Ada cikgu mengeluh. Ya, kenapa perlu mengeluh. Bukan kah tanggungjawab pendidik itu kepada anda. Sekiranya ada mengeluh dan malas nak mengajar maka murid2 apa lagi. Lagilah bertambah malas nak belajar dan kurangnya minat untuk belajar. Dan luahan ini boleh di dengari di radio sehari selepas pemansuhan PPSMI ini. Ramai dok canang kot balik radio yang setuju dan kurang rasa malas.

Pada hemat Fakhrul kita sebenarnya memerlukan tuning yang bagus dan dengan itulah kita akan berjaya. Sistem pendidikan perlu distruktur semula. Sebab ada cikgu tidak dapat fokus pada pembelajaran. Yalah, kena check rekod tu lah, rekod ni lah, buat kerja tu lah, buat kerja ni lah kena p kursus lah. Banyak lagi idea untuk memantapkan sistem pendidikan negara. Lagipun bahasa arab tidak dilupakan kerana kelas bahasa arab juga diajar pada sek rendah pada masa sekarang.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains boleh mendedahkan pelajar pada keadaan sebenar sesuatu teknologi yang kita pelajari sekarang. Bukannya kita membelakangi bahasa ibunda kita sekiranya pengajaran Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

Dengan adanya PPSMI ini pelajar2 takkan mengalami kejutan budaya ketika memasuki menara gading. Rasulullah S.A.W pernah berkata tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China. Kalau kita ke China sekalipun kita perlu belajar bahasa mereka. Mereka ada gedung ilmu. Macam Fakhrul kata tadi yang buat masa sekarang Malaysia masih banyak transfer technology dari create technology. Apabila kita berjaya di dalam transfer technology pada masa itu nak buat bahasa melayu pun tiada masalah dan masa tu kita dah boleh cipta bermacam2 dah. Di masa yang cepat ini kita perlukan penguasan ilmu. Ilmu bermacam2 bahasa. Tapi kebanyakkan di dalam bahasa inggeris. Jadi untuk memantapkan lagi kita perlulah menguasainya terlebih dahulu.

Jika anda kata dengan PPSMI ni akan boleh membunuh bahasa ibunda. Ok, saya ada seorang kawan yang berada di perantau di Jerman. Apabila saya ym dengannya beliau masih bertutur bahasa melayu dengan elok biarpun sudah 4 tahun di sana. Ini kerana bahasa ibunda takkan dapat dilupakan. Lagipun PPSMI hanya menitik beratkan kepada bidang matematik, sains dan teknologi sahaja. Ia tidak berkait rapat pun dengan perbualan seharian. Adaka p menyembang kat kedai kopi tepi2 jalan nak sembang mengenai sains. Sudah pasti tidak. Banyak sembang2 kosong dan mohong banyak.

Bahasa ibunda takkan dapat dilupakan walaupun kita belajar bahasa lain. Ingatlah kita hanya belajar untuk memantapkan lagi pengetahuan ilmu mengenai sains, matematik dan teknologi selaras dengan visi Wawasan 2020. Jika kita tidak maju pada masa sekarang pada masa bila lagi kita nak maju. Sebenarnya PPSMI ni perlu dibiarkan selama 20 @ 30 tahun. Tgk lah Proton. Dulu kereta agak teruk gak la.. Tapi la ni cuba bandingkan persona dengan saga. Pastinya persona sekarang sedap di naiki berbanding saga pada masa dikeluarkan dahulu.

Mari kita lihat kembali sejarah. Apa peranan Abdullah Munshi kepada rakyat Melayu Melaka di zaman beliau? Untuk menolong bangsa Melayu, Abdullah Munshi belajar Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan baik dengan Stamford Raffles. Jadi apa itu Bahasa Inggeris?

Satu medium atau perantaraan. Dengan menggunakan perantaraan ini banyak yang kita dapat lakukan, salah satunya menolong mereka yang jahil tentang ilmu berkaitan Bahasa Inggeris..

Reverse the question.. Apa ilmu yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan atau medium? Apa ilmu yang ‘significant’ yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan apa ilmu kritikal yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris?

Dengan bahasa inggeris kita akan lebih memahami apa jua yang terkandung dan dikeluarkan pada ketika itu. Berbanding dengan bahasa melayu yang perlu diterjemahkan dahulu untuk memahami. Ini kerana di dalam english ia senang kerana berdasarkan konsep sudah boleh faham macam mana. Fakhrul tak nafikan yang dalam bahasa melayu pun boleh. Tapi tu lah, berapa kerat penterjemah yang kita ada? Jika masalah penterjemah ni boleh diselesaikan maka PPSMI tidak diperlukan. Macam tu lah negara2 maju seperti Jepun, Perancis, Jerman dsb apabila ada saja buku yang diterbitkan maka dengan cepat mereka mengalihkan ke bahasa ibunda mereka. Kita? Mungkin 2 taun.. Takpun 4 taun lagi belum tentu pasti semua itu dialihkan. Oh bangsa ku.. Sampai bilakah kita hendak maju ke hadapan.

Panjang benar penulisan pada ketika ini. Mungkin ada pandangan dari pembaca sekalian amatlah dialukan. Sudahlah kot takat ni. Nak keluar plak. Lalala…

Artikel, ICT, Life, News, Webbie July 10th 2009

Jom countdown masa 1,2,3,4,5,6,7,8,9

No Comments »

Yup… Pada masa 12hr 34 minutes and 56 seconds pada 7th of August 2009,
Masa akan menjadi

12:34:56 07/08/09
sama seperti bilangan
1 2 3 4 5 6 7 8 9

Jangan lepaskan peluang. Ianya berlaku sekali sahaja di dalam hidup anda!

Masih ada 30 hari lagi. Yehaa…

Artikel, ICT, Life, News, Webbie July 7th 2009

Perlis e-state bangunkan ekonomi berasas pengetahuan

No Comments »

KANGAR 16 April – Kerajaan negeri Perlis akan melaksanakan pelan pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang lebih berkesan dalam usaha mengubah negeri ini daripada ekonomi konvensional berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Sehubungan itu, Perlis e-state akan diwujudkan yang antara lain melibatkan penyediaan infrastruktur rangkaian jalur lebar (broadband) berkelajuan tinggi selain pembangunan dan penyediaan aplikasi e-kerajaan.

Rangkaian jalur lebar menawarkan penyambungan Internet antara 10Mbps hingga 50Mbps yang dikendalikan oleh VDSL TT Frontiers Sdn. Bhd. yang mendapat tawaran eksklusif.

Menteri Besar, Datuk Dr. Md. Isa Sabu berkata, kewujudan Perlis e-state akan menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat (IT) terutama bagi e-kerajaan.

“Matlamat mewujudkan Perlis e-state ini adalah bagi menjadikan infrastruktur e-kerajaan yang digunakan di negeri ini sebagai pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa.

”Kerajaan akan menggunakan kelebihan sumber di sektor swasta selain tanggungjawab sektor awam sendiri,” katanya di sini hari ini.

Md. Isa berkata, penyediaan infrastruktur seumpama itu juga menepati kehendak selain mengikut garis panduan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

“Projek permulaan yang akan dijalankan di bawah Perlis e-state termasuk pembangunan modal insan, portal maklumat negeri, pusat khidmat perkongsian, portal pertanian, pengurusan rangkaian bekalan pertanian, hab logistik, pusat data dan pembayaran elektronik.

“Inisiatif ini akan saling menyokong aplikasi e-kerajaan sedia ada dan akan turut membuka peluang pelaburan terutama di sektor teknologi maklumat (IT) dan telekomunikasi di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu juga akan meletakkan negeri Perlis sebagai hab untuk perkhidmatan jalur lebar dan aplikasi e-kerajaan bagi kawasan utara termasuk menyokong Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Syarikat industri IT dan telekomunikasi utama yang bersetuju untuk melabur dan membangun serta menyediakan cadangan pelaksanaan berhubung projek Perlis e-state ialah VDSL TT Frontiers Sdn. Bhd., MCM Technologies Sdn. Bhd., CENS (Singapore) Pte. Ltd., VDSL Network Sdn. Bhd. dan GI Solutions Gateway Sdn. Bhd.

————–

Hemm.. Jika menjadi kenyataan baguih la.. Harap2 menjadi la. Tambah2 tang broadband tu. Mengharap sangat lah. Laju sket dari streamyx sedia ada. Tp harapnya takda sekatan apa2 cthnya nak download takleh ka @ apa2 saja lah. Inilah yg ditunggu2 oleh rakyat perlis. Terima kasih MB Baru…

ICT April 17th 2008

PTSS.. Jasamu disanjung…

No Comments »

Kelmarin dah amek ujian math.. Fuhh.. Agak senang la jugak. Harap² bleh score la. Lagipun peningkatan aku pun dah mendadak dah.. Dulu slalunya kalau salah dalam 10 @ 20 markah.. Tp skrg dalam 1@2 markah mcm tu ja.. Kira ok la. Harapan nk dapat Anugerah Ketua Jabatan tu ada la jgak tp tu la.. Usaha sket ja.. Taktau la.. Tgk la dulu.. Td dah la terbangun lewat nak p kelas.. Tgk² ada kuiz.. Dan buat satu soalan ja dari 2 soalan.. Ni kes semalam la.. Start dari pukul 8 malam sampai 1 pagi aku dok mengadap pc ja.. Tunggu orang abes print.. Sembahyang terawikh pun tertinggal.. Tp sembahyang isyak tak la.. So far smlm untung banyak la jgak.. Ada la dalam RM120 mcm tu. Tu baru sket.. Ramai lagi yg tak siap tu. Taktau la mlm ni gena.. Heh.. Ni kes folio polibrigade lah.. Kalau bkn sbb ni tak penuh la bilik aku smlm.. Ingat nak angkat printer laser. Cepat sket dari buble jet yg la ni.. Tp tu la fulus takda lagi. Kena tunggu sebulan dua lagi kot. Nak kna berjimat dulu lah nampaknya.

Minggu lepas ada amek gambaq untuk assingment komputer grafik.. Mcm² posing ada. Dah upload dah.. Tgk la dalam album tu.. Kelmarin cik izziani masuk kelas utk mengajar math. Alhamdulillah.. Dia tak jadi tukar. Dia lepaskan kelas dip utk pensyarah baru. TQ lecture.. Bukan pa senang nak faham sbb dah biasa dah dgn lecture tu..

ICT September 20th 2007

Proton 2007 Merdeka Advertisement, 50 years of independence

No Comments »


Proton 2007 Merdeka AdvertisementThe most popular videos are a click away

author : The new merdeka ads

video at: http://www.terato.com/cars/content/view/198/40/

Ada bukak forum lowyat td. Pastu ternampak la satu iklan yg orang buat. Heh. Mcm perli proton ja. Tp takpa la. Dari segi teknikalnya mmg macam tu pun. Susah nak jumpa kereta proton yang 100% perfect. Rasanya diaorang punya QC(Quality Control) Kena diperbaiki.

ICT July 29th 2007

INFO: Idea yg Astro tak mahu kita tahu tapi salah le…

1 Comment »

Sekadar memetik daripada artikel daripada SIM.Org.My berkaitan penggunaan satu dekoder Astro untuk banyak TV.

Tamak kerana tawarkan lebih dari satu decoder dalam satu rumah, kemudian yuran langganan utk DMT kedua itu dikenakan pula 50% dari langganan DMT pertama iaitu sekiranya yuran DMT pertama RM80 sebulan, DMT kedua ialah RM40 sebulan. Ketamakan Astro menjadi-jadi bila hanya menawarkan DMT kedua kepada langganan yang melebihi RM80 sebulan saja, yang kurang RM80 sebulan, tak layak. Astro pandai mengumpan pelanggan dengan pemberian DMT percuma, kemudian mengikat pelanggan selama 24 bulan. Pelanggan pula kurang bijak, kerana tertarik dgn DMT Astro (yang harga tak seberapa) terpaksa tanggung yuran langganan selama 24 bulan. Sekiranya Astro mesra pelanggan, sepatutnya mereka perlu jual terus DMT tu pada pelanggan tanpa beri kad pintar kedua dan tak perlu bayar yuran untuk DMT kedua tu kerana ada teknologi yg membolehkan kad pintar dari DMT pertama itu dikongsi untuk beberapa DMT.

Click here to read more.. »

ICT June 23rd 2007

Pirating Microsoft Windows will get you a life sentence

1 Comment »

THE LAND of the Free is considering bringing in a new thought crime which is thinking about software or music piracy.
Details of Attorney General Alberto Gonzales’ Intellectual Property Protection Act of 2007, will criminalise “attempting” to infringe copyright.

It means that you can go to prison for one to 10 years for trying to copy a music CD and failing. In another move you could get life in prison for using a pirated copy of Windows on your home PC.

It will be possible for the FBI to get a wire tap to see if you are using pirated software. Anyone who uses counterfeit products who “recklessly causes or attempts to cause death” can be sent down for life. The Justice Department says an example of this will be a hospital which uses pirated software instead of paying for it.

Homeland Security will be allowed to use its terrorist search powers on behalf of the Recording Industry Association of America (RIAA). It would notify the RIAA when its sniffers detected “unauthorised fixations of the sounds, or sounds and images, of a live musical performance” are found.

Other copyright holders will not get the benefit of this service. According to News.com, it is unclear how these new laws will be received by the Democrats. While you would think the fact that Gonzales is as popular amongst them as the Boston Strangler, they have a lot of chums in the entertainment industry who think that pirates should be sent to the gas chamber.

Nice to know that the world’s richest country has such a great sense of perspective. More here

ICT May 16th 2007