Yeahh.. Posting kali ini lebih kepada raya. Dengan ini Fakhrul ingin meminta maaf andaikata ada tersalah kata, tersalah buat dan apa lah sekalipun. Seribu kali kemaafan diampun. Kalini tiada graphic raya. Sebab malas nak buat. haha.. Pemalas punya fakhrul afiq. Apalah nak jadi neh. Hujung minggu ini mungkin ke penang. Mencari sedikit baju dan seluar untuk di pakai hari raya. Semoga dapat apa yang mengikut citarasa. Esok juga memandangkan test ada tapi ditukar ke hari jumaat. Kesian pada kawan2 yang telah merancang nak balik jumaat malam . Tak dapat jugak lah. So kena balik sabtu malam la. Kesian2.. Begitu juga saya. Kesian juga dkt saya. Baru merancang untuk balik kampung ke araustralia. Tempat dimana lahir dan membesar. Tak dapat jugak. Kesian kan kan. Heee..
Apa yang diharapkan raya kalini sangat bermakna. Tak sabar juga nak tunggu raya. Semoga raya datang dgn cepat. Dan mood raya sangat panjang. Dan juga dapat kumpul duit raya. Ahaa.. Besar pun jgn risau. Duit raya mesti kutip. Satu kemestian tu. Alasan masih belajar lagi boleh digunakan. Ahaks. Tapi kalini raya cuti hanyalah seminggu raya sahaja. Sangat tidak seronok. Bagilah 2 minggu cuti raya. Baru sangat best. Jadi 3 minggu lah semuanya. Tp hanya dapat 2 minggu sahaja. Dan juga kerja2 yang menanti selepas raya ialah report utk mini projek database dan 1 test. Oh noo.. Raya pun tak macam raya sangat. haishh.. Takpa lah. Esok kelas pun start pkul 10. Takleh nak tidoq lelambat sgt. Kalau tak mengantuk pulak lah dlm kelas. Hehu..
Yaa.. Bulan puasa ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Bermacam juga perkara yang memerlukan kesabaran tinggi berlaku. Tapi alhamdulillah.. Dapat juga fakhrul tempuhi begitu sahaja. Semoga dapat terus sabar dan menempuh liku-liku kehidupan di masa akan datang. Dan bulan puasa ini jugalah Fakhrul masih berpuasa penuh. Oke la tu kan. So teruskan sehingga ke pengakhiran bulan ramadhan. InsyaAllah.. Dan bulan puasa ini jugaklah kenangan lama datang kembali. Datang seperti tak diundang langsung. Tapi nasib baik dapat singkirkan dengan cepat. Semoga kenangan itu terus pegi tanpa datang lagi.
Ok. Lupakan sekejap bab tu. Raya dah nak dekat. tapi apapun tak ready lagi. Baju raya pun taktau mcm mna lagi. So biarkan dulu. Kadang kala malas juga nak fikirkan. Raya seperti tidak rasa yang raya tu sudah hampir walaupun dah berbelas hari berpuasa. Bulan puasa ini juga ada ditayangkan drama di astro. Lagenda Budak Setan. Sebuah cerita yang di adaptasikan daripada novel dan filem yang boleh kata mencecah box office malaysia. Jadi time awalnya tak dapat nak tgk. Ini kerna masa itu mencemburuiku.. Time tu kerja. So dapat tgk stgh jam lepas tu ja. Nasib situ ada astro. Kalau tak kena bergegas balik ke rumah jugaklah. Untuk nk tgk silalah bukak astro prima ya. 10.30 Malam. Dan ulangan pada hari ahad petang. Boley la kalau takat nak tgk sat2 tu kan. Bagi fakhrul bila dengar cerita ni teringat akan seorang mmber lelaki yang menceritakan keluar tgk wayang bersama gf nya. Katanya dia menangis. Adesss.. Muka serupa gengster pun masih menangis lagi. Tapi itulah yg orang kata kan. Semua ini kikut keadaan. Tak menjadi masalah bab nak teriak andainya keadaan itu membuatkan luluh hati itu.
Okey. Tinggal sebentar di situ. Harini plak dah cuti. So fakhrul boley cuti 5 hari. Tapi cuti 5 hari seperti tak cuti lah kot. Tiada apa yang hendak dibuatkan. Jadi rutin harian seperti biasa. Pergi kerja lepak dan balik rumah.Boleh jugak dpt tenangkan diri dari belajar. Serabut kepala nak memikir. Kekadang apa yg diajar lecturer itu sangatlah paham. Tapi sayang. Paham itu hanya disitu sahaja. Apabila melangkah keluar kelas maka lupa terus. Ini yang cuba untuk diperbaiki lagi. Harap tak menjadi lagi. Dan kena buat latihan yang sangat banyak lepas ni. Final exam pun bukan lama lagi. Tak jauh dah.. Orang kata pejam celik pejam celik nnt abes la. Ini dah satu sem. Masih berbaki satu sem lagi. Semoga dapat tempuh pelajaran yang sangat mencabar itu.
Okey. Minggu ini saya sangat bz. Terutama sekali apabila kuiz dan ujian dan kuiz hampir berlangsung setiap hari. Jenuh gak la nak study kan. So apakan daya. Sebagai seorang pelajar kena jugak la. Kalau tak study nak jawab apa. Takkan nak hantar kertas yang hanya bersulamkan nama dan no matrik sahaja kan. Jadi untuk nak berjaya kena berusaha lebih la kan. Semoga semester ni Fakhrul lebih berjaya. Lagipun bukan apa. Nak berjaya bukan senang. Takmau berjaya sangat senang. I wanna i wanna. Hehuu..
Kelmarin quiz database. Harini plak test database. Niceee.. Sangat nicee.. Nak kata boley buat? Boleh la.. Semoga dapat markah yang oke lah. Lagipun ni penentu carry mark. Kalau yg ni pun tak score. Nnt nak score time final lagi lah susah. huhu.. Minggu depan plak ada lagi. So orang kata sebelum raya abeskan apa yg patut. Tapi tak jugak. Lepas raya pun ada. So tak mcm tu lah. Tekanan oh tekanan. Haha. Biasa la study full time kan. Bknnya part time. Tapi di dalam study sem ni ada beberapa ketakutan. Yalah. Tgk ada subjek yang kekadang boleh kata menggerikan. Antara rasa nak dpt ok dgn tak ja.. So harap apa yg diharapkan itu berjaya sajalah.
Sekian habes sudah minggu yang bz ini. Bersambung di episod yang akan datang
Kelmarin di tegur oleh seorang kawan jauh. Mungkin dia juga memerhati serba sedikit blog Fakhrul. Katanya apa dah jadi sampai bersarang ni kan. Takda perkembangan terbaru kah katanya. So dengan ini Fakhrul nekad untuk kembali berblogging semula. Kata kata nya yang pedas itu terasa juga. Yalah. Dari dok bayaq mahai setahun sekali baik bagi kat dia @ derma dkt rumah anak yatim. Pembaziran apabila tidak digunakan. Astaga. Semoga Allah memaafkanku atas pembaziran sebelum ini. InsyaAllah Fakhrul akan cuba kembali ke arena blogging semula. Semangat baru neh (da berapa kali da ni Fakhrul? haha)
Ok mulakan dengan kelas. Sem ni rasanya subjek yang paling susah ialah database. Rencah jugak nak faham. Tapi apa yg sekarang bermain di fikiran ialah bila nak jadi mcm dulu balik. Dimana masa bermain maka bermain. Jadi masa study adalah study. Dalam kelas tak main. Kekadang terfikir juga apa yang patut dibuat untuk menjadi semua begitu. Di dalam hal kelas nampaknya Fakhrul sudah tertinggal jauh. Ada yang jadi hal itu. Ada yang jadi hal ini. Tapi tu mngkin disebabkan tidak berdunia sangat dengan orang. Kalau rasa nak lepak baru lepak. Kalau tak memang balik umah samada main game @ keluar buat apa yang rasa nak buat. Tapi semoga kelas kalini tak jadi seperti di sijil suatu ketika dulu. Tapi biarlah kan. Perkara dah lepas. Jangan dikenang lagi. Ambil yg jernih buang yang keruh. Tak usahlah tanamkan perkara dendam kesumat itu. Mungkin kadang kala kita tidak dapat nak sesuaikan. Tapi jangan jadikan itu alasan utk jadi perkara itu lagi. Bagi Fakhrul, jangan ingat perkara yang lepas. Kelak kita akan merana. Jadi hidup perlu diteruskan. Anggaplah itu adalah asam garam manis kehidupan yang pernah dilalui. Lupakan sahaja. Fokus untuk bergerak ke hadapan. Kelak di hadapan kita tidak pasti bagaimanakah keadaannya. Tiada perkara yang membolehkan kita kembali ke zaman silam dan perbaiki. Setiap manusia ada kelemahan diri masing masing. Jadi terus mara ke hadapan dengan langkah yang berani dan penuh keyakinan.
Apabila berbicara mengenai hidup pula maka masa sekarang adalah di bulan Ramadhan. Selamat menyambut puasa dan Aildilfitri bagi setiap umat islam. Harapnya tahun ini Fakhrul tidak lagi sakit seperti 2 tahun lepas. Sihat sehingga ke akhir puasa. Mata sudah mengantuk. Esok ada test. So kena buat sehabis baek. Semoga dapat keputusan yang boleh dibanggakan. Tiada repeat paper harapnya. Sebelum ni Fakhrul suda bersemangat untuk belajar betul2. Tiada lagi main2 di dalam kelas. Tapi entah kenapa tiba2 ia hilang diterbangan begitu sahaja. Pencarian semula telah pun dimulakan. Semoga belajar kalini lebih bermakna.
Sambung di episod yang akan datang.
Ok. Dah start semula. Mungkin disebabkan dapat ilham bulan 7 ada la inisiatif sket nak update blog ni yang dah lama. Dulu pun post bulan 5 kata nak update. Tapi haruss jugak. Terlupa mcm tu ja. Haishh.. Tapi takpa. Insya’allah akan Fakhrul buat sehabis baik utk kembali rajin. Sekarang sudah masuk belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Tempat di mana belajar dahulu. Tak lama lagi masa untuk habis. Next week perkara penting. Sepang Drag Battle menanti dan sesuatu perkara. Ahahaa..
Hidup semakin gembira. Berat badan pun semakin naik. Mungkin dulu sedikit susah dan skrg mungkin dah oke sikit. Mungkin metabolisma sudah mula menunjukkan pecah pecah kot rasanya. Takpa la. Moga dpt archive goal yg Fakhrul harapkan iaitu berisi sedikit. Oh sudah.. Mau keluar. Cukup setakat ini.
Ok. Tada pa lah sangat. Cuma macam dapat semangat baru untuk update kan blog ni. Cuma tunggu dan lihat. Masa di depan Lappy/PC mmg ada saja. Cuma nak menaip tu orang kata sedikit kemalasan. Kan mudah kalau hanya perlu bercakap dan cakap cakap cakap dan automatik naik tulis apa yg dicakapkan. Tu yg orang kata alangkah mudahnya hidup jikalau kita tau apa itu buku kehidupan. Nice. Buat masa sekarang ada juga perkembangan terbaru dan terpanas di abad ini. Tapi biarlah pada lepas2 ni lah update. Tak larat nak taip. haha.. Berjumpa lagi lepas ni.
p/s: Panjang gak. Satu permulaan yang baik

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.
—–
Al-Fatihah. Berita ini Fakhrul dapat daripada fan pages Afdlin Shauki. Hilang sudah permata lawak negara. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terngiang lagi kata2nya ketika menjadi juri final raja lawak di tahun ini. , “kecik, kalau saya dah takde dekat ERA, kecik boleh ganti saya…” Al-Fatihah
Daripada Dia Kita Datang,Kepada Dia Juga Kita Kembali,Al Fatihah sekali lagi.