Berada di dalam kekalutan dan tidak banyak masa yang dihabiskan di hadapan pc. Mungkin terlalu malas untuk membuat perkara yang sepatutnya di buat tetapi banyak masa di habiskan dengan mendengar radio, tgk tv dan melakukan rutin-rutin dengan menutup akaun.
Di dalam kesempatan ini juga ingin mengucapkan takziah buat Affendy kerana baru sahaja kehilangan bapanya pagi tadi. Beliau juga merupakan antara kawan baik semasa di tingkatan 3 dan 4 dan apabila naik ke tingkatan 5 amat berkurangan memandangkan masa banyak dihabiskan di kangar. Dan disebabkan beliau jugalah jatuh minat kepada motor yamaha 125z memandangkan dia telah menjarum Fakhrul yang ketika itu bercadang untuk membeli motor memandangkan hendak mengambil lesen dan di masa yang sama dia pun menggunakan motor tu jugak. Dulu juga selalu ke padang besar ke rumah abg dia memandangkan abg dia ada membuka kedai makan di padang besar dan p meronda ke tempat yang sepatutnya. Tapi zaman gerek, maka zaman gerek lah. Zaman moto maka zaman moto lah.. Tapi semua tu hanyalah di dalam ingatan kenangan. Beliau kini berada di Ciast, Shah Alam bersama Fathuddin. Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Di dalam minggu ini juga amat mendebarkan dengan sudah memasuki kelab Geng Cemas. Geng KeCemas sentiasa ada. Dalam melalui beberapa waktu yang cemas adalah merupakan antara motif Geng Cemas di CG ditubuhkan. Tapi ia sudah lama cuma baru sahaja menganggotainya.
Kadang kala dok sakit otak juga. Pening2.. Mungkin kerana rambut telah terlalu panjang dan perlu menggunting. Dan tadi boss ada jumpa dan bagitau mulai minggu depan kena p check pc di setiap parlimen bermula di parlimen padang besar. Heuu.. Nampaknya Kerja akan mulai banyak minggu depan. Ok lah tu daripada takda buat apa sangat. Di pejabat pun banyak juga membantu dalam membuat kerja. Biarlah di situ sahaja. Dan ucapan berulang-ulang kali terima kasih diberikan kerana banyak membantu di dalam khidmat pengkomputeran. Malam ni nampak mcm best ja cerita dkt TV. Tgk tv dulu. Caiy0k2..




