Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Din Beramboi meninggal dunia. Al-Fatihah

1 Comment »

header_din

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini.

—–

Al-Fatihah. Berita ini Fakhrul dapat daripada fan pages Afdlin Shauki. Hilang sudah permata lawak negara. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terngiang lagi kata2nya ketika menjadi juri final raja lawak di tahun ini. , “kecik, kalau saya dah takde dekat ERA, kecik boleh ganti saya…” Al-Fatihah

Daripada Dia Kita Datang,Kepada Dia Juga Kita Kembali,Al Fatihah sekali lagi.

Life April 2nd 2010

Menyapu sedikit sesawang

No Comments »

Dah lama dah tak update. Bukan apa, rasa malas nak taip. Tapi takpa lah. Gagah pi la sat nak taip. Janji update. La ni pun dah masuk tahun baru 2010. Bermakna tahun ni genaplah Fakhrul berumur 21 tahun. Semakin hari semakin tua. Terus di telan umur. Ahaks. Takpa. Azam? Azam biarlah dgn azam. Malas nak fikir sangat. Malam new year tak kemana sgt pun. Mengantuk pun ada. Nak tgk gerhana bulan tgk2 sampai tak nampak. Awan byk sgt. Pastu sehari dua ni pun sedikit sibuk. Banyak kerja yang nak kena settlekan.

Berkenaan dengan kereta baru – baru ni dah dapat bumper belakang. Untuk menggantikan kembali yang pecah dulu ni. Baru la ni sempat nak cari. Dulu nak beli kat honda banyak songeh la plak. Nak no chasis la apa la. Last2 cari kedai halfcut senang. Bengong honda. Dok kata takleh masuk. Padahal dah guna dah kot. Memang bleh masuk la. Mau malas nak order barang habaq ja. Aku tak kisah. Banyak lagi tmpat honda yg ada. heh. Kondisi enjin pun sedikit teruk. Mungkin hujung minggu ni ke halfcut lagi kot. Tgk apa yg patut. Mana murah mana mahai. Kalau kata ada nak amek ja dulu. Nnt 4 bulan lagi kalau ada duit baru tukar ke B18c. InsyaALLAH.

p.s: Buat manusia yang tak puas hati tu janganlah dok menyamar. Msg saja. Takdak masalah aih. Nnt akan di balas. Jangan baling batu pastu semunyi tangan ok.

Life January 8th 2010

Entah apa sebab

1 Comment »

Berkenaan dengan posting langkawi tu rasanya malas nak taip dah. Kemalasan menjadi2. So kalau nak tgk pic tu tgk la dkt FB. Ada lah. Nak taip dan insert dalam ni jadi malas la plak. haha.. Apalah kau Fakhrul. Dok jeadi malas teruk bleh. Takpa lah. Buat ja posting apa yg patut. Semalam team RS telah memulakan perjalanan ke Air Panas Lenggong, Kedah. Perjalanan kami agak mencabar pada mulanya. Memandangkan Fakhrul sudah berada di penang jadi tak dapat nak join mereka berkonvoi untuk ke Air panas tersebut. Fakhrul tunggu sahaja di Exit Gurun. Tapi selepas menunggu terus Fakhrul call bertanyakan. Rupanya kereta mereka mempunyai masalah. Overheating. Pelik benar jugak lah. Tetiba nak jadi kan. Jadi takpa lah. Depa tunggu sat bagi sejuk dan tambah air. Lepas tu terus memulakan perjalanan ke Air Panas. Di pertengahan jalan di Jalan Bendang Man ada banyak juga lopak. Sempat juga Fakhrul mengelak. Cuma nasib tidak menyebelahi miown. Keretanya tayar pecah. So kami dapat tau itu memang sudah menjadi petanda buruk. So nak bukak tayar memang tak bleh sebab skrunya tidak sama seperti skru biasa. Jadi kebetulan ada pakcik 2 orang lalu. Kami agak bernasib baik menandangkan keretanya juga menggunakan special skru dan sama dengan skru yg digunakan di kereta miown. Selepas menolong kami meneruskan perjalanan pulang dah singgah sebentar di RnR Gurun untuk bersembang2 menunggu keadaan reda. Dalam pukul 5 pagi kami memulakan kembali perjalanan untuk pulang ke perlis. Ketika di dalam perjalanan pulang Fakhrul drive bersendirian. Kekadang agak boring jugak lah. Nasib ada lagu sebagai peneman. Ahaks.

Petang tadi juga dengan kalutnya Fakhrul bergegas ke Iptips untuk sign dan chop invoice laman web. Buat pengetahuan ramai. Iptips ialah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Ia terletak di Guar Jentik berhampiran empangan timah tasoh. Perjalanan dari Kangar ke situ mengambil masa 20 – 30 minit. Di sini kami membangunkan laman web iptips dan menyelenggara laman web tersebut. Jika ada pihak berminat boleh lah melayari laman web www.rs.com.my untuk melihat pakej yang kami sediakan. Jika ada sebarang bantuan dan berminat bolehlah menelefon saudara Fakhrul & Adam.

Life December 29th 2009

Buat apa yang patut

3 Comments »

Pada 2-3 hari ini kawan – kawan banyak pergi ke keluar atas urusan bekerja dan bercuti. Jadi hanya tinggal beberapa kerat sahaja di Perlis. Tapi apapun kami mempunyai rancangan sendiri yang boleh juga dikatakan mengisi masa – masa lapang dengan perkara berfaedah dan tidak boring. Meskipun mungkin di dalam beberapa hari ini akan sedikit sibuk memandangkan Fakhrul dah pun berada di Perlis. Agak letih jugak lah sedikit bila bermain dengan masa dan pemanduan secara berhemah. Family masih berada di Kuala Lumpur. Haritu dah p tgk dah rumah di KL tu. Mungkin akan beli lah rasanya. Di Perlis Fakhrul terpaksa menguruskan serba sedikit apa yang patut. Yang pastinya keletihan itu ada lah. Lagipun di rumah pun hanya tinggal tok dan adik ke dua ja. Yg ketiga dan ke empat masih bersama family. Takpa, tinggalkan apa yang patut. Esok adalah 25hb. Terfikir jugak untuk ke Pesta Penang memandangkan wings ada ke situ. Begitu juga untuk seterusnya. Ada kristal, butterfly, bunkface dan xpdc. Orang kata best memang best. Tapi dah bila termasuk di dalam kerja ni susah sket la nak pi sana. Lagipun pesta penang pukul 12 malam dah tutup. Kerja pun kadang – kadang pukul 11 baru habes. Memang tak sempat la. Kalau pi pun dok bleh takat tgk orang dok sapu sampah dah la. Ahahaha..

Tapi ok lah. Setakat pesta penang tu dah merasai dah awal bulan haritu semasa Fakhrul masih berada di pulau pinang. Cuma konsert ni la tak sempat lagi merasa. Time tu ada tarian boria. Kurang sket la. Tak larat nak dengaq dah dok sana. Elaun untuk dua bulan masih lagi belum masuk. Terfikir jugak. Apa masalah yang terjadi sampai dua bulan tak masuk. Sebelum ni ok ja elaun tu. Jadi nak kena call lah. Bukan sikit amaun tu. Agak banyak jugak lah. So pepun harap dapat masuk lah. Bagi Fakhrul mungkin tak kisah masuk lambat, cuma kesian dekat kawan-kawan sekelas dkt penang. Ada yang susah pun ada. Makan pun save budget sangat2. Takpa lah. Tunggu sampai next week. Kalau tak masuk call ramai2 kejan sket. Mau nak pi bakaq pun boleh jugaaa.

Aktiviti ke air panas lenggong sudah dirancang. Mungkin ahad malam tu kot. Memandangkan semua dah ada di Perlis. Harapnya jadilah kali ni. Tidak seperti haritu yang lenggong di kuala kedah oleh kerana ketiadaan ramai orang. haha..

p/s; mungkin aku jua yang terlupa.

Life December 24th 2009

Setiap orang ada impian

5 Comments »

Memang benar, setiap orang ada impian. Jadi impian Fakhrul pun ada juga. Ada antaranya berubah – ubah. Ada antaranya tidak berubah. Tapi impian akan kekal impian. Dan harapnya impian itu juga akan menjadi kenyataan. Ada juga beberapa impian. Namun terpaksa dibatalkan kerana ada lagi perkara yang lebih bagus boleh dibuat dari impian itu. Antaranya proses menukar enjin kereta. Selepas apa yang difikirkan mungkin akan berhabisan antara RM20k hingga RM30k untuk membuat kereta dan menukar enjin. Jadi apa salahnya jika amaun itu digunakan untuk membuat downpayment kereta baru. So di dalam perancangan memang seperti itu. Cuma antara nak dapat dan tak dapat ja. Jadi sebuah kereta impian sekian lama sudah ada. Civic FD2 iaitu 2.0. Nak merasa Civic Type R mungkin agak jauh sedikit memandangkan ada beberapa perkara yang tidak cukup. Jadi FD2 pun ok juga. Cuma satu lagi yang lekat di hati. Iaitu Honda CR-Z. Kesinambungan daripada CRX. Cuma ia berhybrid sahaja. Tapi hybrid pun 1st model sport car in the world. Nak kata tak laju tu agak laju jugak lah. Tapi apapun itu semua impian. Nak tunggu tahun depan memandangkan CR-Z akan keluar next year. Tgk macam mana spec nya dahulu. Jadi kalau kata tak berkenan maka FD2 akan menjadi pilihan. Rasanya masa tu pun 9 Generation akan keluar. Buat masa ini Fakhrul menggunakan 6 Generation. Berkenaan bayaran bulanan selepas di hitung memang boleh bayar. Cuma kerna bekerja keras lebih sedikit kalau nak enjoy seperti sekarang. Yalah, nak p mana2 start kereta ja. Asalkan larat dgn tak larat ja. Ada juga impian lain. Jika itu impian berkenaan kereta idaman maka mesti ada impian lain kan? Jadi impian lain pun ada. Cuma malas nak taip ja. Lagipun ada sesetengah impian yang perlu disuluhi spotlight. Ahaha.. Takpa tinggalkan perkara itu di situ.

Buat masa sekarang ialah masa bekerja. Bekerja bersunguh-sungguh untuk mencari tiud. ahaha.. Jadi apa lagi. Mari bekerja. lalala

Life December 23rd 2009

Dah letih untuk semua ni

2 Comments »

Ok. Di saat ini kesedihan mungkin serba sedikit bermula. Ada beberapa perkara berlaku beberapa minggu ke belakang ni dan kebetulan itu dirasai pada sebentar tadi. Nak di ikutkan cerita ada banyak kali juga ‘makan hati’ tapi sebab tak kisah punya pasal saja pejamkan mata setiap perkara yang berlaku. Selepas satu peristiwa demi satu peristiwa berlaku jadi terjawablah segala persoalan sebelum-sebelum ni. Apa lagi nak dibuat. FULL STOP di sini. Kadang – kadang hairan juga dengan orang – orang ni. Ada sesetengah orang kadang – kadang dah nampak. Tapi saja buat tak nampak. Nak kata lain dari yang lain mmg secara terang terangan sudah nampak. Saja nak tgk apa nak jadi. Tapi lain jugak lah jadinya. Serupa batu kecil yang tidak nampak. Pejamkan saja mata buat ketika itu. Tapi kali ni banyak kali jgak la. Bukan sekali dua. Naik letih jugak la. Tapi takpa lah. Terima lah segala apa yang terjadi dengan hati yang terbuka. Apapun yang boleh dapat hanyalah bersangka baik. Cukuplah tu. Memang betul apa yang terjadi ada hikmahnya. Jadi apabila sudah terjawab maka tiada lagi sebab untuk segalanya. Bagi Fakhrul, dah letih dah untuk semua ni. Sengap dan sengaplah seperti tiada apa-apa dan wujud. Selepas berbagai selidik dan pertanyaan dilakukan memang sudah terbukti. Ini orang katakan sudah terang lagi bersuluh. Nak di ikutkan ada posting berkenaan dengan langkawi. Tapi tangguh dulu. Biarlah dulu yang tu. Malas pulak nak taip panjang2. Tak larat dah. Otak jadi tepu dah. Heh.

DSC_5765

Life December 22nd 2009

Dapatkan Duit mudah 100 USD dengan Facebook dan Paypal Wishlist

No Comments »

paypal

Dapatkan 100usd percuma daripada PaypalWishlist. PaypalWishlist boleh memberikan anda sehingga 100Usd maksimum. Jika ada orang mendaftar bawah anda. Lagi banyak lagi cantik. Cepat sebelum terlambat. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2009 ini sahaja. Jadi cepatlah. Buat apa main facebook dok habis masa. Jadi dengan paypal ini dapatlah jana duit sikit. Pembayaran dijangka dibuat pada bulan Februari 2010. Hanya Paypal yang verified sahaja boleh dicash. Jadi sapa yg taktau mcm mana nak verified boleh lah tanya. Akan dijawab. Terima kasih.

http://bit.ly/100usdFree

Tutorial ini dibuat oleh kawan Fakhrul iaitu Adam Roeslani. Copy paste ja

Apakah itu PayPal Wishlist on Facebook? Sebenarnya Adam baru tahu benda yang menjana wang ni semalam daripada saudara Fakhrul Afiq. Dia rekomen untuk cuba benda ini kerana dengan hanya buat Wishlist dan jemput rakan, anda akan diberikan 1USD setiap seorang. Apakah program ini sebenarnya? Apakah itu PayPal? Adakah program ini benar terjamin atau ’scam’ versi masa kini? Mari kita teliti apa sebenarnya program ini melalui laman T&C aplikasi ini.

Selama Masa Promosi (sebagaimana ditakrifkan di bawah), PayPal Wishlist download aplikasi di Facebook ( “PayPal wishlistâ€), membuat wishlist PayPal anda sendiri, dan kami akan membayar $ 1 USD ke akaun PayPal anda. Agar bagi kami untuk membayar jumlah yang diperolehi berdasarkan Promosi ini, anda akan perlu untuk menyediakan kami dengan alamat email PayPal anda melalui PayPal Wishlist. Untuk menyerahkan alamat email PayPal anda ingin menyambung ke wishlist PayPal anda, pergi ke laman rumah Wishlist PayPal www.paypalwishlist.com dan klik pada link di bawah ini ke ‘menghantar alamat email’ di bahagian sisi kiri laman.

Selain itu, PayPal Wishlist berkongsi dengan kawan-kawan anda melalui Facebook, dan untuk setiap teman yang men-download dan mencipta sendiri Wishlist PayPal daripada jemputan anda, kami akan membayar anda tambahan $ 1 USD (hingga maksimum jumlah total of $ 100 USD per account PayPal).

Okay, bagaimana mendaftar dan dapat USD1 pertama daripada permainan PayPal WishList ini?

1. Klik URL ini, dan ‘Allow’ untuk Facebook memasang aplikasi PayPal WishList di laman profile anda. Paparan seperti ini akan kelihatan. Teruskan dengan ‘Edit Your Wishlist’.

2. Double klik mana-mana pilihan anda, berdasarkan kategori yang disenaraikan di sebelah kiri anda. Pilih sehingga lima pilihan barang komputer, percutian atau jam tangan. Kemudian klik ‘SAVE & SHARE THIS WISHLIST’.

3. Nah, WishList anda akan dipaparkan ke profile anda. Ini adalah satu cara untuk mempromosikan WishList anda. Letakkan ayat-ayat manis untuk menarik perhatian kawan-kawan anda agar mendaftar dengan anda.

4. Ini satu lagi cara untuk menjemput rakan anda untuk menyertai anda. Selagi ramai anda jemput, lagi cerah anda untuk menjana 1USD daripada setiap pendaftaran! Anda mampu menjana sehingga 100USD daripada program ini.

5. Ini tips daripada saya, anda boleh gunakan URL shortener seperti bit.ly, cli.gs untuk memendekkan URL referal anda untuk dipromosikan melalui wall, Yahoo Messenger, Twitter atau laman blog. Cara ini lebih berkesan untuk promosi kerana kita dihadkan untuk menjemput 40 rakan pada setiap hari. CARANYA: Hoverkan mouse anda kepada PayPal WishList di profile anda, Copy Link Location. Link itu adalah alamat referal anda. Mudah, promosikan kepada rakan anda untuk menjana lebih pendapatan! Bekerja keras sebelum 31 Disember ini!

P/S: Baca T&C di sini sebelum bermain. Saya sokong permainan ini dan menggalakkan semua rakan-rakan di Facebook mendaftar untuk menjana sedikit pendapatan sampingan. Apa yang saya tulis di atas adalah sekadar membantu anda semua mendapatkan sejumlah USD daripada permainan ini. Jika anda rasa artikel ini mendatangkan faedah, sila kongsi dan daftar segera melalui pautan ini. Terima kasih.

P/P/S: Jika anda tidak mempunyai akaun PayPal, daftar melalui pautan ini. Jangan risau tentang cash-out, anda akan di cas RM4 untuk amaun bawah RM400. Jika atas RM400 ianya free untuk bank-bank tempatan.

Life December 9th 2009