Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Dalam terkadang

No Comments »

Dalam semasa beberapa hari ini banyak berubahnya.. Ubahnya pada diri sendiri.. Makan minum hanya ikut suka sahaja.. Masa banyak dihabiskan di hadapan komputer membuat ulangkaji dan kajian-kajian yang sepatutnya.. Dan pernah juga kelmarin hanyalah makan sekali sahaja. Tu pun time tgh hari sehinggalah pagi ini semasa ada jamuan semperna hari raya. Dan semasa dalam pagi ini juga banyak makan. Mungkin sebab kelaparan. Di bila kekenyangan tidur rileks sahaja di bahagian pentadbiran. Mujurlah bos masih belum balik lagi hari ni.

Dan semasa dalam minggu ini juga lah banyak berfikir. Fikiran bercelaru. Dah menjadi carca marba. Walaupun pada hakikatnya tidak perlu sangat memikirkan tetapi ia perlu demi untuk teknik-teknik yang boleh dipraktikalkan. Dan masuk hari ini juga dah cukup sebulan tidak menulis report harian. maknanya 30 muka surat perlu menulis. Nampaknya hujung minggu ni akan keletihan tangan untuk menulis kembali report-report harian yang tertangguh sebelum ini dan juga masih belum di cop untuk 2 minggu sekali.

Kadang-kadang kita boleh merasa gembira. Dan bila sampai saat kita boleh merasa sedih dan sugul. Dan di dalam kekecewaan kita juga boleh lagi bergelak ketawa. Dan kadang - kadang di dalam ketawa tiada yang tau mana mungkin kita kecewa dan sedih.

Oh ya.. Bercakap mengenai forex. Ia juga mempunyai perumpamaan..

forex adalah laut.. luas terbentang.. banyak rezeki .. kena ada ilmu untuk memukat rezeki .. ombak terkadang besar… terkadang kecil..

dan di dalam terkadang itu..

Terkadang ku berilusi
Terkadang ku teringat..

to be continue..

Life October 10th 2008

Al-Fatihah untuk Asrol Aizan Bin Zahari

No Comments »

Pada petang tadi dapat satu sms yang terkejut daripada saudara Amirul atau Yon. Katanya dek jan telah meninggal dunia eksiden. So beberapa minit selepas itu juga dapat call daripada saudara epih berkenaan dengan benda yang sama. Dan berdasar risikkan mendapat tau bahawa dia masih lagi berada di bilik mayat. So p sana trus dan di-ikuti oleh kimi selepas itu. Walaupun pada kadarnya dia eksiden dengan kereta. Agak teruk jugak lah. Tengkuknya patah dan bahagian pinggang dengar kata habis jgak lah.. Otak juga mengalami pendarahan. Semasa hayatnya baru2 ini dapat berjumpa di kuala perlis semasa lepak beramai-ramai dan juga di d’ jelapang arau. Itulah kali terakhir berjumpa dengan arwah. Tapi takpalah.. Dah sampai seruNya.. Allah lebih menyayanginya.

Inalillah wa inalillahirajiun. Semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Semoga Allah memberkati kehidupannya di dunia dan di akhirat.. Dan dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa.. Semoga dia terlepas dari seksaan kubur dan azab api neraka.. Moga allah swt. meluaskan dan menerangkan kuburnya dan memberikannya keselesaan di alam kubur.. Serta memudahkannya melangkah di atas titian sirat..

Al-Fatihah.

AMIN

Life October 7th 2008

Tiada kata apa-apa

1 Comment »

Hanya sekadar mengupdatekan sahaja blog ini. Dan juga di masa yang tenang ini dalam mendengar carta fulamak sinar.fm dan selepas itu hanyalah mendengar lagu-lagu lama. Di kesempatan itu juga menjenguh sebentar ke dokumen-dokumen yang tersimpan di dalam hard disk lama. Dan masa itu juga diambil untuk disusun kembali supaya menjadi di dalam satu folder. Amat berceramuk jugalah.. Dan semasa di dalam sususan itu banyak juga kazanah-kazanah dahulu kala sehingga kini. Di masa aktif men karya kan puisi dan madah. Namun pada masa ini amat susah untuk melihat satu karya. Mungkin kerana terlalu mensibukkan diri. Dan di dalam file-file itu terdapat juga dua kata-kata yang dipetik daripada dokumen tu yang menarik perhatian.. Antaranya ialah..

Kita mengimpikan Segala apa yang bakal terjadi
Indah dan membahagiakan..
Tiada duka dan kecewa..
Tiada duka dan sengsara..
Alangkah baiknya..

Cukuplah sekadar itu sahaja. Mungkin perlu simpan dengan elok yang lain-lain..

Esok apakah akan terjadi.. Entahlah.. Cuti lagi sehari. Tak tau nak kemana.. Mungkin apabila bangun dari tidur akan membuat keputusan samada menghadap pc atau drive ke satu tempat yang tidak lagi pasti arah tujuannya..

Life October 6th 2008

4 Oktober 2008

No Comments »

Hari ini dah masuk hari raya ke empat. Dan selepas 4 hari berhari raya dan menunggu sebuah album gambar untuk di pertontonkan kepada semua. Pada kadarnya yon amat syok pada gambar itu. Kerana dia kelihatan putih dan tiada jerawat (katanya lah). Klik kat gambar tu utk tgklebih besar.

So petang tadi hanyalah beraya di rumah miown bersama dengan bihun sup. Pada kadarnya walaupun tambah 2 kali tetapi ia tidak mengenyangkan lagi perut yang tengah lapar. Selepas tu p ke juliana untuk lepak bersama Hafiz, Numan, Petung, Mumat, Quib, Syed, Amer, Yap, Pak ku, Pak Bong, Cipit, dan adik man. Walaupun pada hematnya ia seperti agak best lah sbb bleh jumpa ramai2. Tetapi selepas beberapa ketika dihentak dengan perasaan terus merasakan perlu beredar daripada situ. Tetapi jika beredar tidak tahu untuk kemana sehinggalah selepas selesai petung makan dan amer mengajak untuk ke bukit air utk web shooting. Dan semasa hendak blah daripada situ dan ketika di dalam kereta terdapat satu mesej yang berkenaan dengan Fakhrul. Di kesempatan itu turut dilakukan dengan mengabaikan sahaja.. Cukupklah setakat itu..

Pada sebelah malamnya tadi mula2 pergi ke abi. Dan selepas tu ke Alor Star bersama cedin, man, farid, pandey dan mat arip untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang amat mustahak dilakukan..

Life October 5th 2008

Tagged by alicia rnro

3 Comments »

Ok.. Dah lama tangguh menda ni. So nak melengkapkan apa yang telah di tag haritu

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any question that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by continue this game by sending it to other people.

Tagged by : alicia

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?

neno

2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Kebahagiaan hidup dan Dream Wish. Ahaks, Oh ya. Mungkin B18C R, Civic Type R, Merantau ke Aus dan Italy, dan slain

3. Whose butt would you like to kick?

Ariel Sharon?

4. What would you do with a billion dollars?

Establish Yayasan Reflector Studio.

5. Will you u fall in love with your best friend?

Nanti orang kata gay plak?

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

loving someone and being loved..

7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Ifinity..

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

Hanya maut pemisah jodoh.

9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

kalau aktor mungkin.. Mamat?

10. What takes you down the fastest?

Perkara yang melibatkan sesuatu..

11. How would you see yourself in ten years time?

Great Computer Network Admin.. Maybe..

12. What’s your fear?

Markah exam. haha

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?

baik

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

orang kata married and rich. haha

15. What’s the first thing you do when you wake up?

menggunakan masa bertenang dengan sepenuhnya sebelum menggunakan masa kecemasan

16. Would you give all in a relationship?

kalau kasih sayang yon kata kena bagi 100%. hehe

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

Bak kata2 kepada Numan, sorang sudey..

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

Manalah reti nak marah dan sudah tentu boleh memaafi. Cuma orang kata ingatan tu tetap ada..

19.Do you prefer being single or having a relationship?

Dream Wish mengatakan relationship

20.List 5 people to tag

Adam
Cedin
Tole

Cukuplah 3.. Dua lagi diskaun. haha

Life October 4th 2008

Seketika

2 Comments »

Seketika teringat akan kisah beberapa yang telah diungkapkan pada sebentar tadi di hadapan rumah yon. Tp biarlah.. Biar ia di takat situ sahaja. Seketika juga boleh merubah segalanya… Dan di mana dalam perjalanan pulang ke perlis semalam di highway changlun sehingga ke kangar amat mengantuk.. Seketika tidur sebentar sambil drive.. Dasyat sungguh kan. Tp apakan daya. Hanya itu yang termampu.. Bukanlah mengantuk.. Cuma apabila tiba masa 3 pagi hingga 4 pagi itu adalah masa mengantuk dan selepas ja pukul 4 petang tiada lagi masa mengantuk sehingga sendiri punya hati nak tidoq.

Dan seketika itu juga merubah segalanya yang dirancangkan. Ia juga merubah beberapa agenda yang tersembunyi..

Harini tiada tempat kemana.. Hanya bermain di sekitar kangar dan kuala perlis untuk mengambil cipun dan membawa untuk bersembang bersama rakan - rakan di rumah raya.

Life October 4th 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 Comment »

Nampaknya buat beberapa hari ini amat malas untuk mengupdatekan post2 di dalam ni disebabkan rasanya perlu ditangguhkan walaupun banyak aktiviti yang sudah dijalankan dan amat syok juga lah.. Tetapi apa-apa pun harapnya Minta maaf banyak-banyak buat semua yang mengenali Fakhrul Afiq Bin Abd Aziz dan jika ada salah dan silap harap di maafkan. Kadang-kadang tersalah cakap, terkasar bahasa, mengucai kawan-kawan, ber’gossip’ dan seangkatan dengannya harap di maafkan di bulan yang mulia dan hari yang baik ini. Raya pada kali ini mungkin agak kurang meriahnya walaupun pada kadarnya mengharapkan sesuatu yang akan berlaku tetapi tidak berlaku.

Haritu ada ke pulau pinang bersama-sama dengan adam, epih, yon dan mat arip untuk membeli kelengkapan berhari raya yang akan menjelang tiba sehari selepas itu. Walaupun pada kadarnya memulakan perjalanan pada pukul 1 mcm tu tapi ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan ke pulau pinang bersama kawan - kawan dan destinasi yang pertama di tujui ialah pc depot untuk urusan pembelian graphic card dan ram 1 GB. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Queensbay Mall untuk menengok apa yang ada di situ. Di situ juga terdapat banyak sale dan antaranya saudara epih yang terlepas peluang untuk membeli baju raya John Master yang telah di diskaun kan sehingga kepada harga RM 79.90 berbanding pada harga asalnya seratus lebih. Sempat juga membeli sehelai baju t shirt sebelum meneruskan perjalanan ke prangin mall untuk menengok part2 hp. Di situ saudara adam telah membeli sebuah hp baru iaitu Nokia E71 hasil daripada minat beliau (Harap-harap mcm tu lah). Dan yang paling mengejutkan ia juga telah membuat pembelian set AVAXX iaitu satu set original berbanding AP.

Selepas itu ke Jusco Bukit Mertajam dan berbuka puasa di sana dan tinjauan pembelian kelengkapan raya oleh epih dan yon sebelum meneruskan perjalanan ke SP untuk menjenguh sebentar di bazaar aidilfitri untuk mencari baju melayu untuk epih. Pada kadarnya terdapat harga melebihi seratus lebih dan di dalam kesempatan itu telah melawat saudari khalilah yang menolong kakaknya berniaga di situ. Dan di dalam pencarian baju di situ juga telah menemukan satu tempat yang agak murah iaitu RM85.. Ok lah tu.. Lari RM5 ja dari John Master.

Selepas tu meneruskan perjalanan pulang ke perlis bersama kawan-kawan sambil di pandu oleh Adam dari sungai petani hingga ke kangar. Satu pengalaman yang menakjubkan sehinggakan dibuai lena yang nyenak sehingga tidak sedar apabila sampai ke depan rumah adam. Sehari sebelum hari raya juga disambut dengan Majlis berbuka puasa bersama ahli Reflector Studio. Pada hematnya ia telah dibuat di Restoren Ziana Ikan Bakar di Kuala Perlis. Walaupun di rancang pada minit last tetapi ia tetap meriah di samping berjenaka dan mengeluarkan kisah-kisah lama.

Hari raya disambut dengan penuh makna.. Bersembahyang di Masjid Negeri, Arau dan apabila balik rumah bermaaf-maafan semasa ahli keluarga. Kepulangan ke kampung di santan juga dinantikan. Antara rumah yang dikunjungi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ialah di rumah Yb. Sabry. Sembang2 tentang projek yang akan berlangsung pada selepas raya ini. Mungkin.. Dan selepas itu ke rumah Yb. Khairi dan memerangkap kepada rumah ilah. Selepas itu balik ke rumah dan rehat sebentar melayan sepupu yang pulang daripada perak. Walaupun beza umur jauh ( dia sudah pencen ) tapi hubungan tu adalah satu yang menakjubkan iaitu hanyalah sepupu.

Selepas itu keluar beramai-ramai ke depan library kangar untuk berkumpul sebelum ke kedai foto Rex untuk bergambar beramai-ramai. Akan siap pada hari Sabtu. Tgklah nnt mungkin akan scan dan masukkan ke dalam blog ini. Pada sebelah malamnya mengadakan lawatan hari raya ke rumah Ika memandangkan ia menjemput dan kesenangan pada masa itu telah membuatkan Fakhrul bersama dengan yon memacu kenderaan ke balai baru. Dan selepas itu hantar yon untuk lepak bersama-sama dengan member2 yang lain dan pulang ke Abi. Agak seronok jugak lah seperti tahun-tahun yang sebelum kerana semua ada di sini. Cuma seorang adik beradik sahaja yang dah lama tak balik ke perlis. Mungkin sibuk agaknya yang perlu membahagikan kampung untuk pulang beraya.

Raya tahun ini mungkin kurang meriah sedikit. Mungkin ada kurangnya.. Tetapi amat berpuas hati. Insyallah cuba memenuhi beberapa lagi buah rumah yang dijemput untuk hadir. Walaupun agak letih pada masa sekarang yang menunjukkan pukul 6 pagi. Lagipun baru sahaja pulang tadi. Saja keluar dan menonton sukan kereta dan minum2. Dan juga ucapan terima kasih buat saudara Karl @ Jiwang yang sudi mengirimkan kad raya kepada Viere @ Jiwang. Jasa anda dikenang.

Di rumah yon

Saudara Epih melakukan photo shooting dan menjadikan Fakhrul sebagai model

Dok tunggu apa lagi..

Syoknya farid

Life October 3rd 2008